|
Perkhidmatan
Pengiklanan di www.pekida.org
Internet merupakan media pengiklanan yang
paling berkesan disamping kosnya yang lebih rendah
ia juga boleh menyampaikan mesej ke seluruh
pelusuk dunia. Internet juga boleh digunakan untuk
kempen memperkenalkan produk dan perkhidmatan
secara langsung dengan membenarkan anda
berinteraksi terus dengan pelanggan anda.
pekida.org mengalu-alukan mana-mana syarikat
terutamanya daripada syarikat swasta dan korporat
untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan dalam
laman web pekida.org.
Kenapa iklan di
pekida.org?
- PEKIDA adalah sebuah NGO yang mempunyai ahli
bersekutu melebihi 5 juta orang dan terdiri
daripada golongan remaja hingga golongan dewasa
yang boleh dijadikan sasaran untuk pemasaran
produk anda. Ia mewakili sebuah organisasi
Melayu Islam terbesar di Malaysia, yang mana
penaungnya ialah YAB PERDANA MENTERI sendiri.
Ini tentunya menarik minat ramai pihak, baik di
dalam maupun di luar negeri, dari segenap
golongan peneliti perkembangan politik dan agama
untuk turut mengetahui perkembangan terbaru
PEKIDA melalui web
www.pekida.org
-
Statistik menunjukkan bahawa
www.pekida.org
mempunyai jumlah trafik yang tinggi walaupun
ianya belum diwar-warkan lagi. Setelah segalanya
selesai dikemaskini, kami akan mengiklankan web
ini di akhbar dan media tempatan untuk
memaklumkan tentang kepentingan dan potensi web
ini kepada sekitar 5 juta ahli bersekutu
organisasi ini. Ini amat sesuai untuk
pengiklanan produk anda. Tambahan pula, pekida
banyak menganjurkan program komuniti baik di
peringkat tempatan maupun peringkat national,
yang pastinya akan diiklankan dan diwar-warkan
semua program yang di anjur melalui web ini.
-
www.pekida.org yang telah dirasmikan oleh
YAB Perdana Menteri Malaysia bersaksikan lebih
45 ribu orang dalam Majlis Keluarga Pekida
Bersama Pemimpin di Lakum, Pahang pada 24 April
2004, adalah laman web tempatan yang telah wujud
sejak tahun 2004 dan telah diportalkan bermula
Februari 2006. Laman web ini adalah di antara
perintis kepada laman web komuniti tempatan di
Internet dan kekal menjadi laman web yang selalu
dikunjungi oleh pelayar laman web pelbagai
bangsa dan agama, khasnya Melayu dan Islam. Ini
didorong dengan keunikan nama dormain
www.pekida.org
sendiri yang memudahkan pengguna internet untuk
mengenali laman web ini di samping adanya portal
interaksi berbentuk Forum. Keputusan carian dari
pelbagai laman search engine yang popular
akan segera memaparkan
www.pekida.org
apabila pengguna menaip kekunci "pekida".
Search engine tersebut termasuklah,
Google.com
Yahoo.com
Altavista.com
Hotbot.com
Msn.com
Tidakkah anda yakin bahawa kami sentiasa
mempunyai pengunjung baru setiap hari?
- Statistik menunjukkan 90% dari pelayar laman
web
www.pekida.org adalah terdiri daripada
rakyat tempatan, 2% darinya terdiri daripada
rakyat Singapura, 5% juga terdiri daripada
rakyat Indonesia, 1% daripada rakyat Brunei
Darulsalam manakala selebihnya adalah dari
negara-negara lain termasuk Amerika, United
Kingdom, Rusia, Jepun, Korea, Afganistan, Arab
Saudi, Pakistan, Bangladesh, Australia, China
dan banyak lagi negara-negara di dunia.
- Laman web
www.pekida.org yang lama, iaitu sebelum
sistem portal ini di lancarkan, telah menerima
purata lebih kurang 5,000 pengunjung setiap
hari. Ketika laman ini di update
(15 Feb 2006)
ianya telah menerima sebanyak
15,000 pengunjung sehari
dan kami menjangkakan pertambahan
yang mendadak apabila sistem portal yang baru
dilaksanakan ini diketahui umum, dengan tambahan
pelbagai kemudahan di web ini - termasuklah
portal IRC atau chatting, webmail (khidmat
e-mail percuma), pautan (links) di web lain dan
sebagainya.
- Jika dibandingkan dengan jumlah bilangan
paparan banner anda dalam tempoh sebulan, maka
anda akan dapati kos yang kami tawarkan jauh
lebih rendah jika berbanding dengan sistem
pengiklanan lain.
- Anda akan mendapat maklumat khusus pasaran,
terutamanya untuk golongan remaja berdasarkan
kajiselidik yang akan kami jalankan dari semasa
ke semasa.
- Iklan anda bukan saja akan dipaparkan di
laman utama kami, malah ianya akan terpapar di
setiap laman portal pekida.org berdasarkan pakej
yang dipilih.
- Pelanggan akan menerima satu akaun
pengendalian (administration) di mana anda akan
dapat melihat pendedahan ( impression )
iklan dan click through iklan anda.
- Salah satu keunikan terbesar kami ialah
bahawa semua pelanggan kami merupakan ahli forum
yang aktif berforum dan chat. Mereka ini akan
mendaftar dengan memberikan butir-butir diri
serta email masing-masing untuk menjadi ahli
portal kami. Dengan demikian, pengiklanan secara
terus boleh anda lakukan sendiri untuk
menerangkan tentang tawaran produk dan
perkhidmatan anda di forum secara percuma.
Pelanggan kami hanya perlu click saja iklan anda
setelah melihat tawaran istimewa dari syarikat
anda. Selain itu, dengan sedikit caj
perkhidmatan, anda boleh menggunakan khidmat
BLOCK EMAILING melalui kami kepada semua
email yang berdaftar dengan kami.
Definasi dan Terma
yang digunakan dalam Pengiklanan Banner
a) Impressions and Hits (Paparan dan
fail diakses)
Impression ialah apabila pengguna internet
membuka sesuatu mukasurat laman web yang
memaparkan iklan anda. Pengiklanan berdasarkan
Impression adalah lebih mudah dan tepat untuk
dikira kerana kos yang dikeluarkan adalah untuk
jumlah yang telah ditetapkan iklan anda akan
dipaparkan. Hit pula dikira berdasarkan bilangan
berapa jumlah fail yang telah diakses atau
dibuka dalam sesuatu laman web.
b) Click-Through (Klik untuk akses)
Apabila banner iklan diklik dan pengguna
telah dibawa ke laman web pengiklan maka ia
dinamakan sebagai `click through.'
c) Cost Per thousand Model (Kos untuk
setiap seribu paparan)
Model pengiklanan Cost Per thousand Model
(CPM) lebih popular pada masa ini. Model
pengiklanan ini membolehkan anda menilai
perbandingan berapakah kos yang diperlukan untuk
setiap kali iklan anda dipaparkan. Sebagai
contoh, jika kos CPM adalah RM20 bermakna kos
setiap 1 paparan iklan adalah 2 sen. Ia memberi
anda kadar berapa kali iklan anda dipaparkan
kepada pengguna internet.
d) Flat Fee Advertising (Kadar
bayaran tetap)
Pengiklanan Banner dikira mengikut tempoh
masa seperti bulanan atau tahunan banner akan
dipaparkan dalam laman web. Kadar bayaran tidak
mengikut berapa jumlah paparan atau klik.
Pakej-pekej yang
ditawarkan
www.pekida.org
menawarkan ruangan pengiklanan di ruangan yang
akan dipaparkan di setiap halaman portal
www.pekida.org
.
Oleh itu, tidak kira
halaman mana yang dibaca oleh pengunjung
pekida.org, iklan anda pasti akan dipaparkan...
a) Pakej Flat Fee (Setiap bulan)
|
Pakej Flat Fee
|
| Ruangan Iklan
|
Saiz
Banner |
Caj
Bulanan |
Caj
Tahunan |
Ruangan utama (Header)
Bahagian atas di dalam setiap halaman
pekida.org. |
468 x 60 pixel |
RM 3,000.00 |
RM 30,000.00 |
Ruangan sisi (Block)
Bahagian kiri dibawah menu setiap halaman
pekida.org. |
137 x 127 pixel |
RM 1,500.00 |
RM 15,000.00 |
Ruangan sisi (Block Sky-Scrapper)
Bahagian kiri dibawah menu setiap halaman
pekida.org. |
137 x 676 pixel |
RM 4,000.00 |
RM 40,000.00 |
* Untuk tempahan 1 tahun
banner design adalah diberi percuma
a) Pakej CPM (Cost Per thousand Model)
Kos setiap 1000 paparan
|
Pakej CPM
|
| Ruangan Iklan
|
Saiz
Banner |
Harga
|
Paparan
|
Ruangan utama (Header)
Bahagian atas di dalam setiap halaman
www.pekida.org
. |
468 x 60 pixel |
RM 100.00 |
1,000 |
Ruangan sisi (Block)
Bahagian kiri dibawah menu setiap halaman
www.pekida.org
. |
137 x 127 pixel |
RM 50.00 |
1,000 |
Ruangan sisi (Block Sky-Scrapper)
Bahagian kiri dibawah menu setiap halaman
www.pekida.org
. |
137 x 676 pixel |
RM 130.00 |
1,000 |
* Untuk tempahan 15,000
Impression banner design adalah diberi percuma.
Bagaimana cara
untuk membuat tempahan?
Untuk membuat tempahan pengiklanan dengan
www.pekida.org
, sila email kepada kami dan sediakan maklumat
lengkap untuk dihubungi. Kami akan menghubungi
anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja samada
melalui telefon atau email. Jika anda mempunyai
sebarang pertanyaan sila hubungi kami melalui
talipun atau sms di 013-6065101 (Yasir) atau
013-3671112 (Dr.Masjuki).
Jika anda memilih pembayaran melalui Maybank2u
sila guna maklumat berikut dan hubungi kami
setelah pembayaran dibuat:
Bank Name : Maybank Berhad
Bank Address : Seri Serdang, Selangor
Account Name : PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT
Account Number : 562142708519
Email Address :
rnd@pekida.org atau
pekida@hotmail.com
Berminat untuk
menjadi ejen atau reseller?
Jika anda berminat untuk menjadi ejen kami,
sila email kepada kami, sediakan maklumat lengkap
untuk dihubungi. Setiap ejen akan dibayar 20% dari
hasil jualan iklan yang diperolehi.
Terima kasih kerana memilih
www.pekida.org
untuk kempen pengiklanan online anda.
|