|
New Page 3
PERLEMBAGAAN BARU
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH
ISLAMIAH MALAYSIA
(PEKIDA MALAYSIA)
FASAL 1
1.
PERTUBUHAN
1.1 NAMA:
Pertubuhan ini bernama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH
ISLAMIAH MALAYSIA atau PEKIDA MALAYSIA.
1.2 IBU PEJABAT:
Alamat
tempat urusan Pertubuhan ini ialah No. 5 A, Jalan Pasar, 08000 Sungai
Petani, Kedah Darul Aman. Alamat tempat urusan tidak boleh
tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu.
1.3 LOGO:
Logo PEKIDA MALAYSIA berbentuk
a)
Buku/Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa.
b)
Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu pengetahuan
serta kemahiran hidup.
c) Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan
silaturrahim diantara satu dengan lain.
d) Warna hijau melambangkan agama Islam
e) Warna kuning melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan
Raja-Raja Melayu.
f) Warna merah melambangkan keberanian, keperwiraan dan kecekalan dalam
merealisasikan matlamat perjuangan.
1.4
BENDERA:
Bendera PEKIDA MALAYSIA ialah:
a)
Warna Hijau diatas
b)
Warna Kuning ditengah
c)
Warna Merah dibawah
d)
Logo PEKIDA MALAYSIA ditengah-tengah warna kuning.
1.5
PENAUNG/ PENASIHAT
Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA akan melantik seorang
penaung diperingkat pusat dan seorang penasihat kehormat di peringkat pusat dan
negeri.Manakala pengerusi ayahanda akan menjadi penasihat pusat dan negeri yang
akan dibentuk sebagai sebuah Badan Penasihat PEKIDA MALAYSIA yang akan
menjalankan tugas sebagai penasihat di semua peringkat.
1.6
BAHASA RASMI:
Bahasa rasmi PEKIDA MALAYSIA ialah Bahasa Melayu.
FASAL 2
-
TUJUAN/ MATLAMAT:
2.1 Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan
Hadis.
2.2 Mengujudkan
taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan
Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
2.3 Mengujudkan
sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli
untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan
taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta,
bangunan, dan lain-lain harta.
2.4
Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.
2.5
Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan
golongan anti Islam.
2.6
Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai
tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan
masyarakat umum.
FASAL 3
3.
AHLI-AHLI:
3.1
KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA:
Keahlian
terbuka kepada semua orang Melayu yang beragama Islam dan Warganegara Malaysia
yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam.
3.2
JENIS AHLI:
Ahli PEKIDA MALAYSIA ter bahagi kepada (2) kategori:
a)
Ahli Biasa
b)
Ahli Seumur Hidup.
3.3
SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI:
a) Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada
lapan belas ( 18 ) tahun.
c) Mengaku untuk menurut sepenuhnya syarat-syarat menjadi ahli, sanggup
menerima dan mematuhi Perlembagaan dan dasar-dasar rasmi PEKIDA MALAYSIA.
3.4 TANGGUNGJAWAB, SYARAT DAN HAK AHLI:
a)
Setiap Ahli mestilah:
i.
Membayar wang pendaftaran mengikut bab 6.1(a) dan Yuran Tahunan mengikut
bab 6.1(b).
ii.
Wajib taat dan patuh kepada Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.
iii.
Menjalankan semua arahan majlis Tertinggi dan patuh kepada segala
keputusan yang telah dicapai dan diarah.
iv. Berusaha memajukan dan menjayakan segala projek, rancangan dan kegiatan
PEKIDA MALAYSIA.
v.
Berusaha menyatu padukan ahli-ahli PEKIDA MALAYSIA bangsa Melayu dan
Warganegara keseluruhannya.
vi.
Mengadakan
dan mempertingkatkan daya usaha bagi menambah, mengembang,
memperkukuh, dan mempertahankan ahli dan nama baik PEKIDA MALAYSIA.
b)
Tiap-tiap Ahli mempunyai hak seperti berikut:
i.
Berhak bercakap dan bersuara, mengemukakan pendapat dan mengundi dalam
mesyuarat-mesyuarat PEKIDA MALAYSIA.
ii. Berhak untuk memilih dan dipilih untuk sebarang
jawatan dalam PEKIDA MALAYSIA.
iii. Berhak mendapat pertolongan, bantuan dan
lain-lain faedah sebagai ahli
3.5
PERMOHONAN MENJADI AHLI:
Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah
dibuat didalam satu borang khas dan mestilah dicadangkan dan disokong oleh ahli
lama yang telah menjadi ahli lebih daripada setahun.Permohonan mestilah dihantar
kepada Majlis Tertinggi melalui Pengerusi Daerah.
3.6
PENERIMAAN MENJADI AHLI:
a) Setiausaha Daerah hendaklah
mengemukakan permintaan dan Permohonan di Mesyuarat Jawatankuasa Daerah dengan
seberapa segera untuk mendapat persetujuan Jawatankuasa, seterusnya mengemukan
permohonan untuk mendapat kelulusan Majlis Tertinggi.
c)
Majlis Tertinggi hendaklah menimbang segala permintaan menjadi ahli
dan memutuskan sama ada menerima, menolak atau menangguhkan permohonan. Majlis
Tertinggi mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan tanpa perlu memberikan
sebab keputusan tersebut.
3.7
LUCUT MENJADI AHLI:
a)
Sekiranya
ahli dengan sengaja melanggar Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. Keahlian adalah
gugur dengan sendirinya dan Majlis Tertinggi berhak dan akan menghantar surat
pemecatan rasmi sebagai ahli kepadanya.
b) Ahli yang didapati gila atau
fikiran tidak siuman atau seumpamanya.
c) Gagal menjelaskan yuran tahunan
selepas diberi notis selama tiga Bulan.
d) Menarik diri.
3.8
RAYUAN BAGI AHLI YANG
DIPECAT:
a) Ahli yang telah dipecat boleh
membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi dengan mengemukakan permohonan melalui
pengerusi daerah dan disokong oleh pengerusi negeri.
b)
Bagi seorang ahli yang telah dipecat, kelayakan untuk memohon kembali
menjadi ahli tempoh edahnya ialah selama satu (1) tahun.
FASAL
4
4. SUSUNAN ORGANISASI
4.1 BENTUK SUSUNAN:
a) Pusat :
Perhimpunan Agong
b)
Negeri : Ahli Majlis
Perhubungan Negeri dilantik oleh Presiden dengan mendapat persetujuan Ahli
Majlis Tertnggi (AMT)
c) Daerah : Ahli jawatankuasa Daerah dipilih oleh
mesyuarat Agong Daerah.
4.2 TATA
PERTUBUHAN MAJLIS/ JAWATANKUASA:
a) Pusat : Mengandungi Ahli Majlis
Tertinggi yang dipilih dalam perhimpunan Agong.Tertakluk bab 4.4.
b) Negeri : Mengandungi Pengerusi dan
timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Presiden.Tertakluk bab 4.13.
c) Daerah :
i. Dipersetujui dan diluluskan oleh
Majlis Tertinggi.
ii. Terletak dalam sebuah daerah
pentadbiran kerajaan.
iii. Mempunyai sekurang-kurangnya
150 orang ahli berdaftar.
iv. Tertakluk kepada bab 4.19.
4.3
MAJLIS TERTINGGI (MT):
Majlis Tertinggi (MT) menjadi badan tertinggi yang berkuasa
menjalankan segala urusan pentadbiran dan hal-ehwal PEKIDA dibawah kuasa dan
perintah perhimpunan Agong.MT berkuasa penuh menjalankan sebarang langkah bagi
pihak Perhimpunan Agong pada masa ketiadaannya, tetapi segala langkah dan
tindakan tersebut mestilah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agong.
4.4
MAJLIS TERTINGGI HENDAKLAH MENGANDUNGI:
a)
Presiden
b)
Timbalan
c)
Tiga (3) orang Naib Presiden
d)
Setiausaha Agong
e)
Penolong Setiausaha Agong
f)
Bendahari Agong
g)
Ketua Penerangan
h)
Tidak lebih daripada dua puluh tiga (23) orang yang dipilih oleh
Perhimpunan Agong.
i) Tidak lebih daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Presiden.
4.5 Setiausaha Agong, Penolong Setiausaha Agong, Bendahari Agong Ketua
Penerangan dan tujuh (7) orang ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilantik oleh
Presiden dan akan memegang jawatan mereka selama tiga (3) tahun kecuali
diperbaharui atau mereka meminta berhenti ataupun diberhentikan.
4.6
TUGAS AHLI MAJLIS TERTINGGI IALAH:
a)
Presiden:
i.
Bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan dan kesempurnaan perjalanan
PEKIDA.
ii. Melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PEKIDA Negeri dan Daerah.
iii.
Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi.
iv.
Menandatangani cek bersama dengan Setiausaha Agong atau Bendahari bagi
semua akaun simpanan atas nama PEKIDA.
b) Timbalan Presiden:
i. Membantu tugas-tugas Presiden.
ii. Bertanggungjawab
sebagai Pemangku Presiden dan tanggungannya sewaktu ketiadaan Presiden.
iii. Mempengerusikan Mesyuarat
Majlis tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden.
c) Naib Presiden:
i. Membantu tugas-tugas Presiden dan Timbalan
Presiden
ii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi
sewaktu ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.
iii.
Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dan tanggungannya apabila
ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.
d)
Setiausaha Agong:
i.
Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden.
ii. Boleh
dilantik sebagai Pengurus Operasi PEKIDA.Bertanggungjawab sepenuhnya bagi
mentadbir perjalanan dan operasi PEKIDA.
iii.
Bertanggungjawab melapurkan kepada Presiden
segala tindakan dan perjalanan PEKIDA MALAYSIA.
iv.
Menyediakan Penyata Tahunan, menerangkan aktiviti PEKIDA MALAYSIA dalam masa
setahun ke setahun kepada Majlis Tertinggi.
v.
Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat Majlis Tertinggi dan Perhimpunan
Agong.
vi. Berhak
menubuhkan Sekretariat dan memilih pegawai-pegawai dengan persetujuan Majlis
Tertinggi.
e)
Penolong Setiausaha Agong
i. Membantu tugas-tugas Setiausaha Agong.
ii.
Menjalankan segala tugas Setiausaha Agong sewaktu
ketiadaan beliau.
f)
Bendahari Agong:
i. Bertanggungjawab
dan ‘accountable’atas kesempunaan perjalanan kewangan PEKIDA MALAYSIA.
ii. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan
untuk diperiksa oleh Jurukira yang dilantik oleh Perhimpunan Agong.
iii. Membentang Penyata Kewangan dan Butir
Kira-kira Kewangan yang telah disahkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong dalam
sidang majlis Tertinggi.
iv. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira
Kewangan yang telah diperiksa oleh Jurukira dan disahkan oleh Presiden dan
Setiausaha Agong.
g)
Ketua Penerangan:
i. Bertanggungjawab bagi mengendali kegiatan penerangan dan pendakwah.
ii.
Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah.
iii. Berhak memilih dan melantik jawatankuasa Penerangan
Dan Dakwah dengan persetujuan Majlis Tertinggi.
iv.
Melapurkan kepada Majlis Tertinggi kedudukan dan kegiatan penerangan dan
dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya.
4.7 a)
i. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan
kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka
bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara
pengedaran surat pekeliling.Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah
diterima:
ii. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah
dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada
tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat;
iii. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan
ahli-ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan
mereka terhadap cadangan itu dan.
iv. Keputusan
hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi
melalui surat pekeIiIing hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam
peringatan mesyuarat.
b) i. Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir
menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga (3) kali berturut-turut tanpa
alasan bertulis yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan
di dalam Jawatankuasa Pusat.
ii. Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan
jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian
tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Pusat melantik
ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agong
Tahunan diadakan.
4.8 Jika Presiden berhenti atau meletak
jawatan atas apa sebab sekalipun, maka Timbalan Presiden hendaklah memangku
jawatan itu sehingga berkaitan dengannya.
4.9 Tertakluk kepada
bab 4.5 seorang ahli Majlis Tertinggi boleh meminta berhenti daripada
jawatannya dan jika diterima, Majlis Tertinggi berkuasa melantik penggantinya.
4.10
Jika Presiden dan Timbalannya berhenti dengan apa sebab
sekalipun daripada jawatan mereka, Naib Presiden hendaklah memangku jawatan
Presiden sehingga seorang Presiden baru dipilih mengikut bab 4.4.
4.11 Jika dua
pertiga (2/3) daripada Ahli Majlis Tertinggi berhenti dengan Serentak, maka
majlis itu dianggap telah terbubar dengan sendirinya dan ahli-ahli yang tinggal
hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari daripada
tarikh perletakkan jawatan beramai-ramai itu mengadakan Persidangan Agong Khas
untuk menubuhkan semula Majlis Tertinggi.
4.12 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS TERTINGGI (MT):
a) Menubuhkan Jawatankuasa Negeri dan Daerah serta menentukan aktiviti
menurut Perlembagaan
PEKIDA MALAYSIA.
b)
Merangka
tatacara untuk memberhentikan mana-mana Ahli Majlis tertinggi
termasuk yang dipilih melainkan Presiden dengan persetujuan sekurang-kurangnya
dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli.Jika tindakan mereka didapati
bertentangan dengan dasar PEKIDA MALAYSIA atau mereka telah tidak
menjalankan kewajipan masing-masing dengan cekap dan sempurna dan
Presiden berkuasa melantik penganti mereka yang diberhentikan.
c) Mengarahkan diadakan Mesyuarat Agong Daerah dan
Mesyuarat Perwakilan Negeri.
d) Menyelesaikan
permasalahan dan perselisihan yang berbangkit diperingkat Negeri dan Daerah.
e) Menjalankan kehendak perlembagaan serta disiplin PEKIDA MALAYSIA
dan berkuasa menggantung dan melucutkan keahlian mana-mana ahli.
f) Menggantung atau membubarkan Jawatankuasa Daerah.
g) Menetapkan yuran daerah bagi kelayakan menghantar wakil ke
perhimpunan Agong.
h) Menerima dan mempersetujui permintaan menjadi ahli.
i) Mengadakan peraturan-peraturan atau syarat-syarat yang
tertentu dalam perkara berkaitan permintaan menjadi ahli.
j) Memutuskan rayuan dari seseorang yang telah ditolak menjadi ahli
oleh daerah atas permintaan hendak menjadi ahli biasa.
k) Mengarahkan
mana-mana Daerah tanpa perlu memberi sebab untuk menerima dan mendaftarkan dalam
daerah tersebut seseorang yang didapati layak untuk menjadi ahli setelah
meneliti pendapat daerah yang berkenaan.
l) Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah
dipecat atau menarik diri daripada PEKIDA MALAYSIA yang diterima semula
sebagai ahli.
m) Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa-apa jua langkah
selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA
MALAYSIA.
n) Menubuhkan beberapa jawatankuasa biasa kecil yang difikir perlu dan
menetukan pekerjaan masing-masing mengikut perlembagaan
PEKIDA MALAYSIA.
o) Melantik
Firma akauntan Bertauliah bagi mengurus dan menyelia
akaun Pertubuhan jika difikirkan perlu.
4.13 TANGGUNGJAWAB MAJLIS JAWATANKUASA
PUSAT
Jawatankuasa
Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan. Ia boleh menggantung atau melucutkan
jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,
curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
4.14 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI.
Majlis Jawatankuasa Negeri menjadi badan yang menjalankan
pentadbiran hal-ehwal PEKIDA Negeri dengan mengikut arahan daripada Majlis
Tertnggi di peringkat Pusat.Sebarang langkah yang hendak diambil mestilah
mendapat persetujuan Majlis Tertinggi dan dilaporkan kepada Majlis Tertinggi
untuk makluman dan tindakan.
4.15 MAJLIS JAWATANKUASA
NEGERI MENGANDUNGI:
a)
Pengerusi
b)
Timbalan Pengerusi
c)
Setiausaha
d)
Bendahari
e)
Ketua Penerangan
f)
Ketua-ketua atau Pengerusi daerah sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Negeri.
g)
Tidak lebih daripada lima (5) orang yang dilantik oleh Pengerusi Negeri.
h) Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi
Negeri.
4.16 TUGAS MAJLIS
JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI:
a) Pengerusi:
i.
Menjadi Pengerusi Negeri, PEKIDA MALAYSIA dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan PEKIDA Negeri.
ii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Negeri.
iii. Menandatangani cek bersama Setiausaha atau Bendahari bagi akaun semasa
atas nama PEKIDA Negeri.
b)
Timbalan Pengerusi:
i. Membantu tugas-tugas Pengerusi
ii. Mengganti dan menjalankan tugas Pengerusi termasuk
mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Negeri sewaktu ketiadaan
Pengerusi.
c)
Setiausaha:
i. Bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi.
ii.
Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA Negeri.
iii. Bertanggungjawab bagi melapurkan kepada
Pengerusi segala tindakan dan perjalanan PEKIDA Negeri.
iv. Menyediakan Penyata Tahunan menerangkan
aktiviti PEKIDA Negeri dalam masa setahun ke setahun kepada Majlis Jawatankuasa
Negeri.
v.
Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Jawatankuasa Negeri.
vi. Berhak menubuhkan
sektariat dan memilih pegawai-pegawai yangdipersetujuai oleh Majlis Jawatankuasa
Negeri.
d)
Bendahari:
i. Bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan kewangan PEKIDA Negeri.
ii. Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira untuk
Negeri.
iii. Membentangkan kenyataan dan butir-butir yang telah
disahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha dalam sidang Majlis Jawatankuasa Negeri.
e)
Ketua Penerangan:
i. Bertanggungjawab atas kegiatan penerangan dan dakwah
ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah.
iii. Berhak memilih Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah dengan persetujuan
Jawatankuasa Negeri.
iv. Melapurkan kepada Majlis Jawatankuasa Negeri
kedudukan penerangan, dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya.
4.17 Jika Pengerusi
berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka Timbalan
Pengerusi hendaklah memangku jawatannya itu hingga seorang Pengerusi baru
dipilih mengikut bab 4.13.
4.18 TANGGUNGJAWAB DAN
KUASA MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI IALAH:
a) Mengiktiraf Penubuhan
Daerah dan menentukan tugas-tugas menurut Perlembagaan PEKlDA MALAYSIA.
b) Menjalankan
sebarang tugas-tugas atau
apa-apa langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi
kesempurnaan PEKlDA Negeri.
c)
Menubuhkan Biro kebajikan dan khairat antara lain
untuk pengurusan jenazah.
4.19 JAWATANKUASA DAERAH:
a) Jawatankuasa Daerah menjadi
badan yang menjalankan Pentadbiran hak-ehwal PEKlDA Daerah dibawah.
b) Kekuasaan dan perintah Majlis
Tertinggi melalui Majlis Jawatankuasa Negeri dan menjalankan penguatkuasaan bagi
pihak Majlis Tertinggi.
c) Daerah perlu menubuhkan Biro
kebajikan dan khairat untuk kepentingan ahli antara lain untuk pengurusan
Jenazah.
4.20 JAWATANKUASA DAERAH HENDAKLAH MENGANDUNGI:
a) Pengerusi
b) Timbalan Pengerusi
c) Setiausaha
d) Bendahari
e)
Ketua Penerangan
f)
Tidak lebih daripada 15 orang Jawatankuasa yang dipilih atau
di sahkan oleh Mesyuarat Agong Daerah.
g) Tidak lebih daripada 3 orang Jawatankuasa yang
dilantik oleh Pengerusi.
h) Bagi
memudahkan pentadbiran pihak Daerah boleh menubuhkan
Jawatankuasa kecil bagi kawasan yang difikirkan perIu.
4.21 Pengerusi, dan
Timbalan Pengerusi dipilih didalam mesyuarat Agong Daerah pada tiap-tiap tiga
(3) tahun sekali dan mereka akan, memegang jawatan itu selama tiga (3) tahun.
4.22 Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tiga (3) orang
Jawatankuasa dilantik oleh Pengerusi.Daerah dengan
persetujuan Jawatankuasa dan akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun kecuali
mereka berhenti atau diberhentikan.
4.23 TUGAS JAWATANKUASA DAERAH IALAH:
a) Pengerusi:
i) Menjadi Pengerusi PEKIDA Daerah
dan.bertanggangjawab atas kesempumaan pentadbiran Daerah.
ii) Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat
Jawatankuasa Daerah.
iii) Menandatangani cek bersama Bendahari atau
Setiausaha bagi akaun simpanan atas nama PEKIDA Daerah.
b) Timbalan Pengerusi:
i) Membantu tugas-tugas Ketua.
ii) Bertanggungjawab sebagai ketua dan
tanggungannya ketika ketiadaan ketua.
iii) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa
Daerah apabila Pengerusi tidak hadir.
c) Setiausaha:
i)
Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua.
ii) Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA
Daerah
iii) Bertanggungjawab melapor kepada pengerusi segala
tindakan dan perjalanan PEKIDA Daerah.
iv) Menyediakan Laporan Tahunan menerangkan aktiviti
PEKIDA, Daerah kepada Persidangan Perwakilan Daerah.
d) Bendahari:
i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
kewangan PEKIDA Daerah.
ii) Bertanggungjawab menyediakan Penyata kira-kira
untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh Perwakilan Daerah.
iii) Membentangkan kenyataan dan butir kira-kira dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Daerah.
iv) Menandatangani cek bersama Pengerusi atau
Setiausaha bagi akaun simpanan PEKIDA Daerah.
e) Ketua Penerangan:
i) Bertanggungjawab keatas kegiatan Penerangan
Dakwah.
ii) Berhak melantik Jawatankuasa Penerangan dan
Dakwah Daerah.
iii) Melapur kepada Jawatankuasa Daerah kedudukan
penerangan dan Dakwah peringkat Daerah dan lain kegiatan yang berkaitan
dengannya.
4.24 Jika Pengerusi berhenti dengan
apa-apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka Timbalan Pengerusi hendaklah
memangku jawatannya itu sehingga Pengerusi baru dilantik mengikut bab 4.18.
4.25 Seseorang Ahli Jawatankuasa Daerah
yang dipilih boleh meminta berhenti daripada jawatannya. Keputusan menarik diri
tersebut tidak boleh diganti semula kecuali Jawatankuasa yang dilantik.
4.26 Jika 2/3 Ahli Jawatankuasa Daerah
berhenti.dengan serentak maka Jawatankuasa dianggap telah dibubar.
4.27 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA DAERAH:
a)
Menyediakan lapuran tahunan Daerah, menerangkan aktiviti
PEKIDADaerah kepada Perhimpunan Agong.
b) Menjalankan sebarang kegiatan atau apa langkah
seliaan daripada perkara -perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA
Daerah.
FASAL 5
5. SUSUNAN MESYUARAT
5.1 SUSUNAN MESYUARAT PEKIDA MALAYSIA.
Susunan mesyuarat PEKIDA MALAYSIA yang dijalankan adalah
seperti berikut:
a)
Perhimpunan Agong:
Perhimpunan
Agong hendaklah diadakan tiap-tiap tahun mengandungi:
i) Ahli Majlis Tertinggi
ii) Pengerusi-Pengerusi Negeri, wakilnya dipersetujuai oleh Majlis Tertinggi.
iii) Pengerusi dan sepuluh (10) orang wakil Daerah
untuk seratus lima puluh (150) orang yang menjelaskan yuran dan berikutnya satu
(1) wakil daripada seratus lima puluh (150) orang ahli yang menjelaskan yuran.
b)
Korum untuk mesyuarat Agong dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir,
tidak kira jumlahnya lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan
Daerah yang layak untuk menghadiri mesyuarat Agong.
c) Jika kuorum tidak cukup
selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka
mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pusat; dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada
waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah
wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah
berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan
mengenai semua ahli.
d)
MESYUARAT AGONG DAERAH:
Mesyuarat
Agong Daerah hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun mengandungi:
i) Ahli Jawatankuasa Daerah.
ii) Ahli yang menjelaskan wang pendaftaran dan yuran
tahunan sebagaimana Bab 6.1 a, b dan c.
e)
MESYUARAT/JAWATANKUASA
i) Mesyuarat/Jawatankuasa hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya (dua) 2 bulan sekali.
ii) Lebih dari separuh Ahli Jawatankuasa adalah cukup
bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa.
5.2 MASA MESYUARAT
AGONG DAERAH.
a)
Mesyuarat Agong hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31hb
bulan Julai tiap-tiap tahun atau tarikh yang akan diputuskan oleh Ahli Majlis
Tertinggi (AMT).
b) Mesyuarat Perwakilan Daerah diadakan tidak lewat
daripada 31hb bulan Mei tiap-tiap tahun.
c) Sekiranya terdapat sesuatu hal yang tidak dapat
dielakkan, maka mesyuarat-mesyuarat ini bolehlah ditunda kepada satu tarikh yang
sesuai yang telah diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT).
d) Notis
mesyuarat-mesuarat ini hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya tempoh 14 hari
sebelum diadakan
5.3 Mesyuarat
Agong Daerah hendaklah dijalankan dengan undi angkat tangan kecuali kalau
diputuskan oleh perwakilan dengan cara undi sulit maka satu borang khas
hendaklah digunakan untuk undian tersebut.
5.4 TUGAS DAN KUASA
PERSIDANGAN/MESYUARAT:
a)
PERHIMPUNAN AGONG :
i)
Membentang Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan, yang
disiapkan oleh Majlis Tertinggi.
ii) Menentukan
dasar-dasar PEKIDA MALAYSIA untuk menjalankan rancangan dan kegiatannya.
iii)
Membentang dan membahaskan usul-usul yang dibawa oleh para
perwakilan yang telah dikemukakan 2 minggu terlebih dahulu.
iv) Memilih ahli
Majlis Tertinggi mengilkut bab 4.4.
v) Memilih
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap mengikut bab 5.6.
vi) Melantik 2
orang Pemeriksa Kira-kira mengikut bab 6.9 (a)
vii) Mengusulkan
kepada Majlis Tertinggi jika difikirkan perlu supaya meminda perlembagaan
mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari semasa ke semasa
meninggikan syiar Islam dan taraf kehidupan umat Islam.
viii) Mengawasi pergerakan Majlis
tertinggi yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi.
ix) Melantik
Pemeriksa Kira-kira yang bertauliah dan menentukan bayaran perkhidmatan
jika difikir mustahak.
b) MESYUARAT AGONG DAERAH:
i) Membentangkan Penyata Tahunan dan Penyata
Kewangan yang disiapkan oleh Jawatankuasa Daerah.
ii) Memilih Jawatankusa Daerah mengikut bab 4.18.
iii) Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi tetap mengikut bab
5.6.
iv)
Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut bab 6.9.
v) Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi jika
difikirkan perIu supaya meminda perlembagaan mengikut perkembangan yang berlaku
kepada umat Islam dari masa kesemasa untuk meninggikan syiar Islam dan taraf
kehidupan umat Islam.
5.5 TUGAS MESYUARAT MAJLIS/ JAWATANKUASA:
a) Membahas Menimbang dan mengesahkan
catitan mesyuarat yang lalu.
b) Membentang dan mengesahkan
Penyata Kewangan yang lalu.
c) Membincang perkembangan
PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa.
d) Membuat rancangan
yang dirasakan baik untuk kemajuan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa.
e)
Lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk kebaikkan
PEKIDA MALAYSIA dan lain-lainnya.
5.6 PENGERUSI TETAP/ TIMBALAN PENGERUSI
TETAP:
a) Dua orang ahli biasa dipilih
didalam perhimpunan Agong dan mesyuarat Agong Daerah.
b) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi
Tetap akan menjalankan tugas secara berganti-ganti semasa Perhimpunan Agong
dan Mesyuarat Agong Daerah.
c) Pengerusi Tetap dan
Timbalan Pengerusi Tetap dipilih mengikut Masa pemilihan Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Daerah.
d) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan membuat keputusan
apabila undi didapati sama dalam
perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah.
FASAL
6
6. KEWANGAN
6.1 Bayaran Masuk /Yuran:
a) Bayaran masuk
menjadi ahli sebanyak RM 10.00
b) Yuran tahunan
sebanyak RM 12.00 setahun.
c) Yuran seumur
hidup sebanyak RM 250.00
d) Yuran sukarela diberi oleh ahli
denganjumlah yang tidak terbatas.
6.2 Sumber-sumber Lain:
a)
Hasil-hasil lainnya dari kegiatan yang dilancarkan oleh
MajIis Tertinggi dan Jawatankuasa Negeri.
b) Sebarang sumber kewangan yang akan dikutip atau
penganjuran untuk kutipan derma oleh semua pihak hendaklah mendapat . kelulusan
Majlis Tertinggi.
6.3 Pembahagian/Peruntukan Kewangan:
a) Wang
Pendaftaran Masuk dan lain-lain sumber.
i) 30 % diserahkan kepada Daerah
ii) 70 % diserahkan kepada Pusat
b) Wang Yuran Tahunan:
i)
20 % diserahkan kepada Daerah.
ii) 80 % diserahkan kepada Pusat.
c)
Peruntukan
Negeri:
i) Bantuan dari pusat 100 %
ii)
Daya usaha Negeri adalah untuk Negeri.
6.4 Akaun Semasa:
Majlis Tertinggi Majlis Jawatankuasa
Negeri dan Jawatankuasa Daerah hendaklah mengadakan kira-kira dan membuka Akaun
Semasa.
6.5 Akaun Cadangan Umum:
Kira-kira kewangan yang dimasukkan kedalam akaun ini adalah:
a) Semua derma, wakaf,
sedekah hadiah dan sebagainya.
b) Semua wang yang telah
diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
6.6 Pengeluaran Wang:
a) Pengeluaran Wang yang
lebih dari Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM 10,000.00) hendaklah mendapat
persetujuan dari Majlis Tertinggi.
b) Pengerusi/ Ketua,
Setiausaha atau Bendahari berhak mengeluarkan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000.00) untuk keperluan pertubuhan.
6.7 Wang Tunai
:
a) Bendahari Majlis Tertinggi Negeri boleh menyimpan
wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seribu (RM: 1,000.00)
b) Bendahari Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang
tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00).
c) Bendahari Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang
tunai sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima Puluh. (RM 350.00).
6.8
Bantuan Tambahan dan Bantuan Khas:
Sebarang
permintaan untuk mendapatkan bantuan tambahan dan bantuan khas daripada semua
peringkat (Majlis/Jawatankuasa) hendaklah dikemukakan kepada MajIis Tertinggi
untuk diluluskan.
6.9 Pemeriksa Kira-Kira:
a) Dua (2) orang ahli biasa akan dilantik didalam
Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah sebagai pemeriksa kira-kira.
b) Pemeriksa Kira-kira bertugas menyemak dan
mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan dan Kira-kira untuk Perhimpunan Agong dan
Mesyuarat Perwakilan Daerah.
c) Pemeriksa Kira-kira dilantik mengikut jangka masa
perlantikan Majlis Jawatankuasa.
d) Satu Firma Audit yang bertauliah hendaklah
dilantik jika difikirkan perlu.
FASAL 7
7. PEMEGANG AMANAH
7.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah
yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah
dilantik didalam mana-mana mesyuarat Agong Tahunanan, dan mereka akan berkhidmat
selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. kepada mereka diamanahkah semua harta
tetap kepunyaan Pertubuhan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of
Trust).
7.2 Pemegang
amanah tidak boleh menj ual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan
Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mana-mana
Mesyuarat Agong.
7.3 Seseorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada
jawatannya oleh Mesyuarat Agong oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman,
tidak berada didalam Negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak
boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan.Jika berlaku
kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang Pemegang amanah, maka
kekosongan itu bolehlah dilantik oleh Majlis Jawatankuasa.
FASAL 8
8. UNDANG-UNDANG
AM:
8.1 Untuk menjayakan tujuan yang terdapat dalam bab 2
dalam Perlembagaan ini maka seluruh ahli Majlis/Jawatankuasa semua peringkat
diberi kuasa supaya aktif bergerak disegala bidang sesuai untuk kebaikan dan
faedah pertubuhan ini.
8.2 PEKlDA boleh memiliki harta yang boleh dialeh
(moveable) dan harta yang tidak boleh dialeh (immoveable).
8.3 Peraturan Tambahan:
Peraturan tambahan khasnya Peraturan Kebajikan Am
dan lain-lain di bentuk dari semasa ke semasa, jika dipandang perlu sebagai
tambahan dari perlembagaan ini yang akan diluluskan oleh Perhimpunan Agong.
8.4 Pindaan Perlembagaan:
a) Pindaan
Perlembagaan dilakukan oleh Perhimpunan Agong Tahunan.Ahli-ahli boleh
mengemukakan cadangan pindaan setelah diluluskan oleh
Mesyuarat Daerah dan kemudiannya dikemukakan semula dalam Perhimpunan Agong
Tahunan melalui Mesyuarat Perwakilan Daerah.
b)
Permohonan pindaan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan
kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari daripada keputusan
pindaan itu hendak dibuat.
c)
Pindaan Perlembagaan ini hanya dikuatkuasakan setelah
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
8.5 Penafsiran Perlembagaan:
Sekiranya berlaku salah pengertian tentang penafsiran dalam
beberapa perkara dalam Perlembagaan ini, maka keputusan Majlis Tertinggi adalah
muktamat kecuali dirombak oleh keputusan Perhirnpunan Agung.
8.6 Pembubaran PEKIDA
MALAYSIA:
a) Pembubaran PEKlDA MALAYSIA hanya boleh
dilakukan sekiranya perhimpunan Agong sebulat suara memutuskan bahawa ianya patut dibubarkan.
b)
Pembahagian wang ringgit kepunyaan PEKIDA MALAYSIA setelah ditolak segala hutang
piutang dan segala tanggungan akan diputuskan oleh Perhimpunan
c) Jika
sekiranya ada tanggungan lagi, maka tertanggunglah kepada
Ahli PEKIDA MALAYSIA yang ada pada masa itu.
8.7
Singkatan-Singkatan:
a)
PA - Perhimpunan Agong
b)
MT - Majlis Tertinggi
c)
MJN - Majlis Jawatankuasa Negeri
d)
MJMJN - Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Jawatankuasa Negeri
e)
MAD - Mesyuarat Agong Daerah
f)
JD - Jawatankuasa Daerah
g)
MP - Majlis Penasihat
h)
MPA - Majlis Pemegang Amanah
FASAL 9
9. PERKARA-PERKARA AM
9.1 Semua Ahli Majlis/Jawatankuasa pertubuhan ini dan
lain-lain pegawai yang menjalankan tugas dalam pcrtubuhan ini hendaklah
warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
9.2 Pertubuhan ini tidak boleh mengadakan apa-apa
perhubungan atau pengabungan diluar Malaysia kecuali dengan kebenaran bertulis
YB Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.
9.3 Tahun kewangan pertubuhan ini bermula pada
1hb.Januari,dan berakhir pada 31hb.Disember tiap-tiap tahun.
9.4 Ahli Majlis/Jawatankuasa
berkuasa melantik Iain-Iain ahli bagi memenuhi kekosongan didalam Majlis/Jawatankuasa
tersebut dan beberapa Jawatankuasa kecil.
9.5 Seseorang pelajar Universiti atau Kolej tidak akan
diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali dibenarkan terlebih dahulu secara
bertulis oleh Naib Cansellor Universiti yang berkenaan.
|