Pekida Malaysia
RUMAH PENGASIH SG. RAMAL BARU - dari kacamata Dato' Saiful Nang
RUMAH PENGASIH SG. RAMAL BARU. Jgn salah sangka, rumah pengasih ni bukan untuk bekas penagih sahaja. Tetapi shelter kepada pembinaan insan anak2 kurang bernasib baik. Ada antara mereka datang dari keluarga yang sangattt miskin. Yang train mereka pula adalah dari golonga yang diantaranya pernah menjadi penagih dadah jugak. Saya ke sini 3 kali seminggu. Orang ramai bertanya…macammana Saiful Nang boleh ambil gambar yang sangat menyentuh perasaan?
Saya susah nak jawap. Tapi saya biarkan lah gambar ini menjawap persoalan tu. Sebenarnya dalam diri setiap manusia ada segumpal daging yang akan buat hidup kita jadi teruk atau baik. Daging itu adalah hati. Dengan hati yang tenang sahaja kita dapat bekerja dengan lebih baik & ikhlas tanpa ada tekanan dari sesiapa. Tanpa tekanan pun kita ada “self-drive”. Tak payah lah boss nak marah2 kita baru kita nak bekerja. Bagi saya, ketenangan (tranquility) itu datang dari “Apa yang kita beri kepada orang lain”. Ada sesuatu yang lain di RUmah Pengasih ini. Penekanan terhadap pembinaan insan dari peringkat anak2 lagi. Gambar di atas ni salah satu sahaja program bagaimana kanak2 seumur 2 tahun telah diajar mengatasi “Stage Fear” sehingga mereka boleh berhadapan dengan seribu orang dan berdiri di atas pentas dengan sebuah microphone di tangan dan mereka tidak gentar. Berapa ramai antara kita yang boleh buat begitu?
Berbalik kepada cerita KETENANGAN. Ada orang nak cari ketenangan, dia pergi holiday. Masa holiday dia tenang, balik dari holiday dah kacau bilau balik. Pada saya Ketenangan adalah bila kita tidak ada hutang. Dalam setiap 10 suap, 9 suap kita punya dan 1 suap lagi kepada golongan yang memerlukan. Sama seperti tiap2 bulan lepas kita hantar duit ke kampung shj, kita rasa lega sangat. Itu pun ketenangan. Di sini, saya taburkan khidmat saya dan wang ringgit untuk pembangunan Rumah Pengasih ini. Ketenangan itu lah yang kita dapat sbg balasannya.
Ni gambar anak2 yg di ajar seni mempertahankan diri sebagai salah satu pengisian untuk memberi DISIPLIN kepada anak2 bukan sebagai kekuatan untuk membuli orang. lihat gambar di http://blog.saifulnang.net/
http://farm3.static.flickr.com/2114/2647819231_22db9f72c7_o.jpg
http://farm4.static.flickr.com/3115/2647882779_561ed4f2a2_o.png
http://farm4.static.flickr.com/3203/2648712502_1da33b1bca_o.png
Pembinaan anak2 mmg menyeluruh. Kalau gambar tusyen kat atas tu, yang bagi tusyen tu adalah dari kalangan sukarelawan2 yang terdiri dari golongan professional jugak. Dan ada juga dari kalangan lecturer. Isteri saya Dr. Intan pun bagi tusyen pada anak2 yang nak ambil SPM pada setiah Ahad. Alhamdulillah, keputusan secara akademik anak2 ini memang sangat membanggakan. Average mendapat no.5 dan kebawah dalam kelas masing2 di sekolah.
Tapi yang paling penting…pembinaan Sahsiah & Akhlak. Yang ni ramai orang fail. Saya tak ada anak lagi, tapi saya takut bila tengok anak umur 3 tahun dah pandai menengking emak bapak. Bayangkan lah 10 tahun atau 20 tahun lagi, bagaimana character anak tu nanti.
Terpanjang cerita pulak, tapi tu nak cerita hari Isnin tu saya tak ada apa nak buat, saya pergi ke sini. Message besarnya, KETENANGAN itu tak boleh dibuat2…tetapi ketenangan itu datang dari keikhlasan kita sendiri. Ini lah X-FACTOR dalam diri saya sehingga saya sangat sayangkan kerja saya sekarang dan hasilnya…keikhlasan saya dalam bekerja (ambil gambar). Ikhlas tak bermaksud kita buat untuk FREE. Tapi ikhlas itu sebenarnya bila kita buat dengan sepenuh hati kita. Tak kira lah kita di bayar gaji atau tak. Ramai orang bekerja tetapi tak ikhlas bekerja…semata2 nak dapat gaji untuk bayar bil. Tapi bagi saya….lebih banyak kita beri, lebih banyak kita dapat semula. InsyaAllah nanti saya akan cerita lebih lagi tentang Rumah Pengasih Sg. Ramal Baru yang telah bersama saya lebih 4 tahun lepas lagi sehinggalah sekarang.
lIHAT UPDATE BERITA DAN GALERI FOTO DI portal baru kami http://rnd.pekida.org
UPDATE BERITA TERKINI
Salam sejahtera semua. Insyaalah pihak kami akan mengaktifkan semula ruangan berita ini setelah sekian lama tidak di update kerana kesibukan petugas kami.
Bagi sebarang berita yang ingin kami paparkan di ruang depan ini, sila emailkan kpd kami. Selain itu anda juga boleh memaparkannya di mana mana ruangan forum kita.
PEKIDA Pro Event Management mencatat sejarah di Hulu Langat
Program ini ternyata berjaya mencatatkan sejarah di Hulu Langat dimana ia merupakan satu-satunya program di mana 100% diuruskan oleh NGO (pemadam daerah Hulu Langat) dan satu syarikat
swasta (PEKIDA Pro Event Management) setelah 9 tahun program seperti ini tidak diadakan di daerah Hulu Langat. Haruslah diketahui bahawa hampir 90% program ini diuruskan oleh PEKIDA Pro Event tanpa mendapat dana khusus daripada mana-mana pihak dan diuruskan di dalam tempoh 1 bulan.Satu tempoh
dan beban tanggungjawab yang agak mustahil utk dilakukan oleh mana-mana badan NGO dan juga agensi kerajaan dengan disertai
lebih 5000 peserta melibatkan 32 kontinjen dari agensi kerajaan, NGO dan juga pihak swasta.
Keunikan program ini adalah di mana pihak RND berjaya menonjolkan pendekatan dakwah melalui event dengan
cetakan buku manual dan juga penglibatan golongan belia utk turut sama
menguruskan dan mengikuti majlis ini sesuai dengan pendekatan Islam Hadhari.
Datuk Dr Ujang bin Bagong J.P juga telah berjaya mencatatkan sejarah apabila menjadi satu-satunya dermawan yang menyumbang secara besar-besaran dan terlibat secara terus dengan program ini.
Tidak ketinggalan layanan baik ahli RND Pekida kepada pihak media dan juru
gambar yang sentiasa dipayungi daripada panas dan hujan serta diiringi oleh team
penyambut tetamu sepanjang masa menjalankan tugas.
Perarakan Maulud, Kajang -T.kasih kepada sukarelawan SFCS
Jam 830am, perarakan bermula. Walaupun masjid hanya 500m, peserta perarakan berarak mengelingi bandar Kajang. Team SFCS juga tidak ketinggalan menjalankan tugas masing-masing.
Setiba di Masjid, para sukarelawan "beraksi" walaupun tanda hujan akan turun amat ketara sekali.
Majlis berakhir pada pukul 1230tgh. Setiap seorang sukarelawan SFCS memilih the best shots/shot biasa sepjg hari. Rata2, lebih dr 10 keping best shots dipilih setiap sorang menjadikan total gambar yg dipilih ialah 454mb in size (roughly 200pc of raw photos)
Terima Kasih kepada sdr. Torque kerana berkorban utk balik ke rumah mengambil iBook beliau utk tujuan permilihan dan pembakaran CD. CD tersebut telah segera diserahkan kepada En Fuad sebaik saja selesai proses pembakaran.
Kami dari pihak Pekida Pro Event Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan SFCS yang telah bertungkus lumus mengambil gambar dari jam 7 pagi sehinggalah majlis selesai pada kira-kira jam 12.30 tengahari. Yang paling menyentuh ialah apabila Dato' Saiful Nang katakan sepanjang pengalaman mengambil gambar, belum pernah berlaku semua krue di payungkan oleh penyambut tetamu VIP seperti yang dilakukan oleh Pekida Pro Event Management... amat menyentuh sekali...
Sila klik link utk melihat berita di SFCS : candidsyndrome.com
Sila klik di sini untuk melihat koleksi gambar pilihan majlis ini dari SFCS: Klik di sini utk melihat gambar
JEMPUTAN TERBUKA PERARAKAN MAULIDULRASUL 1428H PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT pada Ahad, 1 April 2007
PENGANJUR: Pemadam Daerah Hulu Langat
DENGAN KERJASAMA:
*Tuan Kadi - Pejabat Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat
*Dato' Mohd Yasir Bin Juli - Nazir Masjid Jamek Bandar Kajang
*Tuan Pegawai Daerah - Pejabat Daerah Hulu Langat
*YDP - Majlis Perbandaran Kajang
*Ketua Polis Daerah - PDRM Hulu Langat
*Jurutera Daerah -Jabatan Kerja Raya
*Ketua Jabatan - Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat
*Semua Jabatan Kerajaan Negeri & Persekutuan
*Semua NGO & Syarikat Swasta Daerah Hulu Langat
PENAUNG: YDH Dato' Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat Dato' Engku Abd Rani bin Dato' Engku Shamsuddin (Orang Besar Daerah)
PENASIHAT:
Tuan Hj. Zainal Abidin bin A'la (Pegawai Daerah Hulu Langat)
PENGERUSI PENGELOLA:
Datuk Dr. Ujang Bin Bagong, J.P (Timbalan Pengerusi PEMADAM Hulu Langat)
TIMBALAN PENGERUSI PENGELOLA / KETUA URUSETIA :
Dr. Hj Masjuki Bin Mohd Musuri
(Ketua Unit PEMADAM Sg. Ramal Baru)
(Pengarah Unit R&D, Latihan & Perhubungan Awam - Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia)
Antara matlamat utama penganjuran program seperti ini adalah bertujuan untuk:
1.Menyemarakkan semangat dalam meneruskan tugas kerasulan dalam memartabat dan mengembangkan Islam.
2.Menyatupadukan dan merapatkan silatulrahim pelbagai lapisan masyarakat seperti NGO-NGO, parti-parti politik, pelajar-pelajar, pegawai-pegawai agensi kerajaan, syarikat swasta dan lain-lain di bawah satu program dalam usaha kita membina kehidupan yang harmoni dan Islamik.
3.Membantu kerajaan menyampaikan mesej Islam Hadhari sempena ceramah sambutan Maulid ini.
4.Dari skop perniagaan, sumbangan korporat terhadap program ini akan membuka mata ramai pihak di mana mereka akan sedar bahawa syarikat-syarikat swasta memainkan peranan penting dalam penyatuan dan pembangunan Islam
Kepada sesiapa yang berminat utk menyumbang dari segi sukarelawan dan sumbangan kewangan dan juga material bolehlah menghubungi PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT di Tel: 03-87369645,Tel/Fax: 03-87399645, Mobile: 013-2299930 sila rujuk di bawah utk maklumat lanjut:
1.Senarai sukarelawan :
NAMA, NO.KP, NO.TELEFON dan berikan juga NAMA ORGANISASI, NAMA DAN NO.TEL KETUA KUMPULAN
2. Pembelian ruang iklan di buku cenderamata :
1) iklan bentuk senarai & no.telefon - RM100
2) ¼ muka dalam - RM400
3) muka dalam - RM600
4) muka penuh dalam - RM1000
5) muka penuh tengah - RM2000
6) muka penuh belakang - RM4000
7) muka depan - RM6000
8.) muka penuh belakang dalam - RM3000
9) muka penuh dalam depan
- RM 4000
3. Penajaan Sepanduk :
*Banner – RM350
*Streamer –RM50
*Backdrop Pentas – RM3500 termasuk :
i. kos artwork,
ii. kos cetakan,
iii. ruang promosi iklan/logo syarikat/jabatan yang menyumbang
iv. kos permit,
v. kos pemasangan di seluruh daerah Hulu Langat dan pembukaan semula
4. Peralatan Umum : PA system (2set diperlukan), walkie talkie, khemah, kerusi meja, Pentas dll.
5. Pengangkutan : Berupa bas, Van atau kereta untuk pengangkutan urusetia dan peserta
6. Tajaan makanan : Sarapan Urusetia(sekitar 500orang)minuman ringan & nasi bungkus untuk tetamu(sekitar 10000),sajian VIP atau apa saja bentuk sajian percuma
7. Sumbangan ikhlas berbentuk amal : yang akan disenaraikan dibuku cenderamata untuk menampung pelbagai kekurangan prasarana dan kos pengurusan am program dan tabung Rumah Pengasih Datuk Dr Ujang Bin Bagong JP.sumbangan yang diterima akan dimasukkan kepada:
AKAUN : PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT
BANK : MBB SERDANG,SELANGOR
NO.AKAUN : 5621 4270 8519
Penglibatan dan kerjasama dari semua pihak amatlah dihargai.Marilah kita beramai-ramai mengambil bahagian di dalam majlis tersebut dan bersama-sama mengembalikan sejarah kegemilangan dan perpaduan Islam.
Untuk keterangan lanjut : www.pekida.org/maulud
PEKIDA WILAYAH BANTU MANGSA BANJIR
Majlis penyerahan telah dirasmikan oleh YB ADUN kawasan Bukit Serampang dan turut disertai oleh pemimpin PEKIDA daerah Muar.
Kem Motivasi Pekida R&D berjalan lancar.
Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Dr Ujang Bin Bagong, JP, yang telah terpegun dan terpukau dengan sambutan majlis perasmian dan disiplin anggota yang ditampilkan. Turut hadir ialah Pengerusi Seni Silat Lincah Hulu Langat, Utz Yatim, juga Paduka ayahanda Dato' Seri Diraja Syed Jaafar Shaari dan Datin Seri Nora.
Seluruh warga R&d mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang telah diberikan oleh semua tetamu VIP dan para ahli keluarga R&D yang hadhir.
Majlis Aidil Adha R&D berlansung dengan meriah dan menyentuh jiwa.
Seluruh warga R&D PEKIDA Malaysia Wilayah Persekutuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemberita kerana sudi membuat liputan Majlis TERSEBUT YANG TELAH DI ADAKAN pada hari raya ke dua, 1 hb Januari 2007 jam 8.30 malam.
Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Ybhg Datuk Dr Ujang bin Bagong, JP dan turut di hadiri oleh jemaah Pekida wilayah persekutuan di ketuai oleh Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Ayahanda Mazni Ab Ghani, ayahanda Zul DBKL dan ramai lagi tetamu khas yang lain.
Alhamdulillah berita mengenai program tersebut telah dikeluarkan di berita harian seminggu selepas itu (5 hb Januari 2007).
Terima Kasih TV3
pada hari Sabtu, 20  hb Januari 2007 (01 Muharam 1428 H).
Majlis telah di adakan di Perkarangan Pejabat  Unit PEMADAM Sg Ramal Baru
8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang
Unit Cawangan Sungai Ramal Baru yang dianggotai sepenuhnya oleh anggota Task Force Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan.
Alhamdulillah berita mengenai program tersebut telah dikeluarkan di berita jam 6 TV3.
Forum Maal Hijrah anjuran Pekida, Pemadam dan JAKIM mengajak rakyat membudayakan ilmu dan mendokong Islam Hadhari
Forum yang di adakan pada jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 pagi itu di hadiri oleh anggota–anggota dan keluarga unit R&D Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia Wilayah Persekutuan dan Unit Pemadam Cawangan Sg Ramal Baru.
Sewaktu pembukaan forum, Ustaz Zahari Bin Isman membacakan sepotong ayat al-Qur’an dari surah At-taubah ayat 20 dengan menyeru umat Islam benar-benar melaksanakan jihad yang sihat dengan usaha pembangunan masyarakat melalui kombinasi Kerjasama diri dan sumbangan dana untuk pembangunan ekonomi. Beliau turut menegaskan agar umat tidak hanya bercakap dan berjuang secara retorik sahaja tanpa melakukan sesuatu apa pun pembangunan fizikal dan mental.
Dalam ceramahnya Ustaz Haji Mat Radzi dari JAKIM menyeru agar umat Islam di Malaysia mendokong pendekatan Islam Hadhari yang  telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan telah mula menjadi tumpuan dan diterima pakai oleh negara Islam sedunia. Beliau yang turut membacakan 10 prinsip-prinsip Islam Hadhari kepada hadirin kelihatan amat berpuashati dengan sambutan hangat dari para hadirin.
Sementara itu, Dr Hj Masjuki menambah seruan dengan tegas dan jelas agar umat Islam tidak lagi merasa was-was untuk menyokong usaha kerajaan membangun masyarakat melalui pendekatan Islam Hadhari. Menurut beliau, sesiapa yang menolak atau menidakkan usaha YAB Perdana Menteri untuk menjayakan Islam Hadhari adalah orang yang jahil dan tidak peka terhadap kejatuhan Islam masa kini.
Dr Hj Masjuki menyatakan bahawa Islam Hadhari adalah Islam sebenar yang telah hilang dan perlu dihadhirkan semula. Sebagai contoh Umat Islam telah berpecah belah, bermula dari peringkat keluarga, kampung, negeri dan seluruh dunia. Umat Islam adalah juara kepada keruntuhan akhlak di Malaysia seperti dadah, lepak, judi, rempit, sumbang mahram dan sebagainya. Umat Islam juga jahil tentang agamanya sendiri, tidak bersungguh-sungguh membaca dan memahami kitab suci agamanya sendiri, hidup beragama dalam keadaan ikut-ikut semata-mata. Akhirnya mereka mudah terpesong dan dipesongkan, termasuk gejala keluar agama yang agak serius melanda umat Islam masa kini.
Dalam mengulas kenyataan Ustaz Hj Mat Razi Bin Mat Ali dari JAKIM yang mengatakan umat Islam kini mengamalkan sikap hasad dengki dan tidak suka membudayakan Ilmu, hanya membaca purata 2 buat buku saja setahun dan kebanyakkannya merupakan majalah hiburan, Dr Hj Masjuki mengajak umat Islam berfikiran global dan tidak menyempitkan fikiran hanya di sekitar kampung sendiri saja. Beliau turut sedih dengan perpecahan ummat yang sangat serius masa kini. Beliau turut menyeru agar umat Islam hidup berbaik-baik dengan masyarakat bukan Islam.
Dr Masjuki yakin jika semua Umat Islam berjaya menampilkan sahsiah dan akhlak Islam sebenar, akan ramai masyarakat bukan Islam akan tertarik kepada Islam dan mungkin akan memeluk Islam tanpa paksaan. Beliau turut menyelar sebilangan Umat Islam yang suka memusuhi masyarakat bukan Islam dan memetik contoh sunnah Rasulullah yang tidak lansung memusuhi orang-orang yang tidak mengikuti ajakkannya, termasuk duduk serumah dan bapa saudaranya Abu Talib sehingga bapa saudaranya wafat.
Beliau amat yakin Islam Hadhari mampu membawa Malaysia di persada dunia sebagai negara Islam contoh yang menyediakan sistem perhubungan sesama insan dan perundangan negara yang adil dan rakyat berbilang kaum hidup saksama. Tidak mustahil sama sekali jika satu hari nanti bukan saja penganut Budha dan Hindu akan berminat terhadap Islam, malah penganut Kristian dan Yahudi turut memeluk Islam jika Umat Islam berjaya membawa sistem kehidupan Islam secara menyeluruh.
Ditulis oleh :
HAJI AMIR BIN ANUAR
PENGERUSI BIRO DAKWAH, PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
K/P NO: 650114-10-7151
TEL : 019-3526328, PEJ: 03-87369645
RUJUKAN :
DR. HJ MASJUKI BIN MOHD MUSURI
PENGARAH UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM, PEKIDA MALAYSIA
KP NO: 620812-01-6057
TEL : 019-6230363, 013-2299930
Rumah Pengasih Datuk Ujang Bagong Mendermakan RM 11,111.11 Untuk Mangsa Banjir
Seindah nama yang diberikan, indah lagi sifat pemurah dan pengasihnya YBhg Datuk (Dr) Ujang Bin Bagong, J.P. Beliau yang kini berumur 80 tahun cukup dikenali khususnya bagi penduduk daerah Ulu Langat merupakan seorang dermawan terkenal dan aktivis masyarakat di Selangor khususnya. Setiap hari Jumaat akan berbaris panjang anak-anak selepas solat Jumaat untuk menerima derma dari YBhg Datuk Ujang. Pembersihan dan pengindahan Infrastruktur Masjid Kajang, Masjid Sungai Kantan, Kawasan Kubur Islam Kajang, Sekolah Agama Kajang contohnya adalah merupakan hasil pembiayaan beliau. Usaha beliau membimbing ahli Pemadam Daerah Ulu Langat selama 28 tahun tanpa jemu. Semua usaha murni ini amat patut dicontohi oleh kita semua.
‘Rumah Pengasih Datuk Ujang’ ialah beberapa unit rumah yang telah diwakafkan oleh Dr. Hj Masjuki Bin Hj Musuri, juga merupakan seorang aktivis masyarakat yang bergerak cergas terutama dalam badan NGO iaitu PEMADAM, Jiran Perihatin dan PEKIDA Malaysia. Beliau adalah merupakan Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pekida Malaysia dan Pengerusi Unit Pemadam Sungai Ramal Baru. Beliau sering mengetuai skuad bantuan bencana alam seperti kebakaran, Tsunami, Banjir dan sebagainya. Beliau juga telah berjaya menganjurkan majlis Perkahwinan dan perhimpunan OKU di dataran Merdeka awal tahun lepas dengan jayanya.
Rumah ini telah berjaya dirasmikan pada hari Sabtu 20hb Januari 2007 (1 Muharam 1428H) dalam satu majlis gilang gemilang bersempena sambutan Maal Hijrah 1428 oleh Pegawai Daerah Ulu Langat, iaitu Tuan Hj. Zainal Abidin Bin Aala mewakili ADUN Kawasan Bangi Professor Datuk Dr Amran Bin Kasimin yang telah tidak dapat hadir pada saat-saat akhir. Turut hadir dalam majlis itu ialah YB DATO’ HOH HEE LEE , Datuk Dr. Ujang sendiri, Dato’ Hj Ab Malek Ranting Dari Unit Perlaksanaan dan Pemantauan Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Rukun Tetangga, Ketua Rela Daerah, Ketua Pemuda UMNO, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan dan pelbagai Ketua Jabatan dan pemimpin Agensi Kerajaan seperti Polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan sebagainya.
Dalam majlis itu Datuk Dr Ujang yang juga Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Hulu Langat dan Penasihat Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan turut menyampaikan sumbangan peribadi untuk mangsa banjir sebanyak RM 11,111.11 kepada wakil TV3 iaitu Ustaz Fauzi Bin Hashim, Pengurus Bahagian Sumber Manusia TV3. 2 minggu sebelum itu Pihak Pekida telah menyampaikan sumbangan 400 buah tilam kepada mangsa banjir di Johor.
‘Rumah Pengasih Datuk Ujang’ merupakan sebuah tempat yang telah tersedia 3 buah rumah yang dibangun di atas sebidang tanah lot beralamat di No 8558 Jalan Pegawai, Sg Ramal Baru, 43000 Kajang Selangor. Matlamat utama penubuhan Rumah Pengasih ini ialah untuk menempatkan bekas penagih dadah. Sehingga kini 15 orang daripada bekas penagih dadah telah diberikan bimbingan mental dan fizikal secara intensif dan berterusan. Motivasi dalaman yang telah diberikan bukan saja membolehkan mereka terus hidup seperti manusia normal bahkan mampu memberikan kaunseling kepada Penagih lain di Pusat Serenti maupun sekolah-sekolah.
Selain daripada itu ‘Rumah Pengasih Datuk Ujang’ ini juga menjadi tempat perlindungan kepada fakir miskin, anak Yatim, Ibu Tunggal dan warga tua yang memerlukan. Di rumah ini bukan saja mereka dibiayai dari segi keperluan asas, malah anak-anak mereka turut di biayai dan dididik untuk menjadi juara dalam bidang akademik sehingga mampu mendokong usaha mencegah Dadah terhadap anggota masyarakat yang lain. Dalam beberapa Majlis baru-baru ini, Datuk Ujang Bagong telah menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada 3 orang anak termasuk yatim piatu yang mendapat 5A dalam UPSR dan 2 orang yang mendapat 8A dalam PMR.
Dalam majlis Perasmian tersebut Dr Hj Masjuki menyatakan keperluan Dana RM 100 ribu ringgit bagi membeli bahan binaan terpakai untuk membangun rumah setingkat itu menjadi dua tingkat bagi memuatkan sekitar 20 keluarga lagi. Pembinaannya dilakukan secara gotong royong oleh sukarelawan Pemadam dan Ahli Pekida Malaysia. Agak menyentuh hati apabila Dr Hj Masjuki meminta hadirin menyumbangkan apa saja barang binaan terpakai seperti besi buruk,  kayu, Papan lapis dan perabut terpakai. Dalam Majlis itu terkumpul dana sumbangan dari para hadirin sebanyak RM 20,000. Bagi yang ingin menyumbang bolehlah mengajukannya kepada Prihatin Services atau datang terus ke alamat yang tertera.
Ditulis oleh :
HAJI AMIR BIN ANUAR
PENGERUSI BIRO DAKWAH, PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
K/P NO: 650114-10-7151
TEL : 019-3526328, PEJ: 03-87369645
RUJUKAN :
DR. HJ MASJUKI BIN MOHD MUSURI
PENGARAH UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM, PEKIDA MALAYSIA
KP NO: 620812-01-6057
TEL : 019-6230363, 013-2299930
Kerjasama Pekida dan Pemadam contoh penyatuan NGO
Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Hoh Lee Lee Adun Balakong, Pengerusi PEMADAM Daerah Ulu Langat Tuan Hj Zainal Abidin bin Aala, Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Ulu Langat YBhg Datuk Dr. Ujang Bin Bagong JP, Ybhg Dato’ Hj Abdul Malik Bin Ranting, Ustaz Fauzi Bin Hashim Pengurus Bahagian Sumber Manusia TV3 dan beberapa dif –dif  jemputan terhormat yang lain.
Perasmian majlis yang menyaksikan disiplin paling tinggi dan aturcara yang padat dan meriah ini telah dilaksanakan oleh Pengerusi PEMADAM Daerah Ulu Langat, Tuan Hj Zainal Abidin bin Aala. Di dalam ucapan perasmian tersebut, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Unit PEMADAM cawangan Sg Ramal Baru di bawah pimpinan Yang Berusaha Dr Hj Masjuki Bin Hj Musuri serta seluruh ahli Pemadam dibawah Unit ini yang telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan PEMADAM unit cawangan Sg Ramal Baru dan menganjurkan majlis yang begitu meriah dan berjaya sekali.
Ucapan syabas juga telah diberikan kepada yang amat pengasih dan dikasihi Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Ulu Langat, YBhg Datuk Dr. Ujang Bin Bagong JP, seorang dermawan terkenal dan aktivis masyarakat di Selangor, kerana telah berusaha membimbing ahli Pemadam Daerah Hulu Langat selama 28 tahun tanpa jemu. LEBIH MEMBERANSANGKAN LAGI ialah kejayaan Datuk Ujang menyatupadukan NGO-NGO agar bergerak secara bersepadu menghapus dadah. Ini jelas dapat kita lihat di majlis tersebut, di mana terdapat kerjasama Jiran Prihatin, Pemuda UMNO, Unit R&D Pekida Malaysia dan lain-lain. Sesungguhnya komitmen beliau terhadap Pemadam tiada tandingnya, samada dari segi bantuan khidmat nasihat, wang ringgit dan sebagainya.
Dalam ucapannya Dr Hj Masjuki menyatakan rasa terharu dengan kehadiran yang ramai termasuk dari pihak Tv3 walaupun hujan lebat. Beliau mengajak umat Islam menjadi umat pilihan yang benar-benar membawa sifat pemurah dan pengasih semata-mata kerana Allah, sesuai dengan landasan perlaksanaan Bismillah yang dibaca setiap hari oleh umat Islam. Beliau juga mengulas isi forum Ma’al Hijrah yang turut diadakan di sebelah paginya dengan mengajak Umat menghayati dan melaksanakan Islam Hadhari dan hidup berharmoni dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.
Semua anggota Lelaki Unit Cawangan ini berpakaian lengkap Kut Hitam bertali leher merah dan bersongkok dan anggota wanitanya memakai pakaian hitam dan putih berselendang kuning. Turut memberikan pujian terbuka ialah YB Datuk Hoh Lee Lee Adun Balakong yang kagum dengan desiplin dan kesungguhan luar biasa yang ditunjukkan oleh pengurusan majlis ini. Penyambut tetamu yang berpakaian lengkap dan berpayung tidak langsung meninggalkan tempat dan tugas masing-masing walaupun dalam keadaan hujan lebat.
Matlamat utama majlis ini diadakan  adalah sebagai mendokong usaha murni dalam menangani dan membendung gejala dadah serta memupuk semangat membenci dadah di kalangan masyarakat secara komprehensif. Lebih menarik lagi ialah apabila Unit cawangan Pemadam yang baru ditubuhkan ini ialah turut membentuk Skuad Remaja untuk menghindarkan dadah sejak kecil lagi. Ini dapat dilihat melalui penampilan mereka bahawa mereka telah mendapat didikan yang amat berkesan oleh kepimpinan unit ini.
Dalam ucapannya Datuk Dr Ujang bin Bagong turut menyatakan rasa bangga dengan kejayaan unit ini yang telah berjaya mengadakan team kaunseling Dadah dari kalangan bekas bekas penagih Profesional yang ditempatkan di rumah Pengasih Datuk Ujang yang turut dirasmikan pada majlis yang sama. Beliau turut menyumbangkan sumbangan Peribadi sebanyak RM 11,111.11 untuk mangsa banjir dan RM 6,666.66 tambahan pembinaan Rumah Pengasih Datuk Ujang yang mengambil sempena namanya.
Bersesuaian dengan awal bulan  Muharram ini, diharapkan usaha-usaha murni pihak PEMADAM, Jiran Prihatin, Rukun Tetangga dan Pekida Malaysia untuk membimbing penagih-penagih dadah kembali ke pangkal jalan untuk menjadi insan CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG akan terlaksana bersesuaian dengan visi PEMADAM dan kerajaan Malaysia, iaitu agar negara kita bebas dari najis dadah menjelang 2015.
Dlam majlis itu, YB Datuk Hoh Lee Lee Adun Balakong turut menyumbang sebanyak RM 2,000, diikuti oleh Pengerusi Pemadam Hulu Langat sebanyak RM 1,500 dan beberapa tetamu lain untuk pembiayaan pembesaran Rumah Pengasih Datuk Ujang Bagong.
Ditulis oleh :
HAJI AMIR BIN ANUAR
PENGERUSI BIRO DAKWAH, PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
K/P NO: 650114-10-7151
TEL : 019-3526328, PEJ: 03-87369645
RUJUKAN :
DR. HJ MASJUKI BIN MOHD MUSURI
PENGARAH UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM, PEKIDA MALAYSIA
KP NO: 620812-01-6057
TEL : 019-6230363, 013-2299930
Koperasi Prihatin Sg Ramal Baru Bercita-cita menjadi Koperasi contoh
Pada tanggal I Muharram 1428 H bersamaan 20hb Januari 2007, telah ditubuhkan satu koperasi yang diberi nama Koperasi Prihatin yang beralamat di 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru 43000 Kajang, Selangor.
Suatu nama yang agak menyentuh hati kerana tertubuhnya koperasi ini adalah dari keperihatinan Unit R&D Pekida Malaysia yang dipengerusikan oleh Dr Masjuki Bin Md Musuri yang mengusulkan agar satu koperasi ditubuhkan untuk membantu dan membela masyarakat Sg Ramal Baru, khususnya penghuni-penghuni Rumah Pengasih Datuk (Dr) Ujang Bin Bagong JP ( yang beralamat ditempat yang sama) yang terdiri dari bekas-bekas penagih dadah, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan fakir miskin. Koperasi Prihatin ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Ulu Langat, Tuan Hj Zainal Abidin b. Aala.
Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang pemurah dan penyayang, Dr Masjuki selaku Pengarah Unit R&D Pekida Malaysia merasakan ianya menjadi satu kewajipan setiap masyarakat agar dapat memberikan sumbangan untuk membela insan-insan yang terbiar lemah dan teraniaya agar dapat mereka menjalani penghidupan yang normal dan dalam masa yang sama juga penghuni Rumah Pengasih ini boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat Sg Ramal Baru khususnya dan masyarakat di luar amnya.
Tujuan asal Koperasi Prihatin adalah untuk membantu perekonomian masyarakat Sg Ramal dan juga penghuni-penghuni Rumah Pengasih Datuk Ujang agar dapat berdikari dalam urusan perekonomian mereka dan dalam masa yang sama menyahut seruan kerajaan agar masyarakat bumiputra menjadi satu masyarakat peniaga. Ianya menjadi satu titik mula bagaimana ahli mendapat pendedahan konsep perniagaan yang berasaskan usahasama bahkan juga ianya menjadi impian ahli-ahli koperasi Prihatin agar pengurusan berdasarkan konsep Islamiah dapat diwujudkan.
Cita-cita lembaga Penaja Koperasi ini ialah agar Koperasi Prihatin bakal menjadi contoh kepada masyarakat dan menjadi kebanggaan pihak kerajaan bahawa konsep perniagaan secara Islamiah ataupun berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah boleh menghasilkan perniagaan yang berjaya dan adil. Malah tidak salah ianya bakal menjadi contoh koperasi yang berjaya  bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.
Beberapa aktiviti awal koperasi ialah menjalankan aktiviti runcit, insurans, jahitan dan sebagai wakil pos dalam masa yang terdekat ini. Pihak Koperasi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Ujang Bin Bagong JP kerana sumbangan besar beliau dari segi moral dan wang ringgit berusaha sama bagi mempastikan kewujudan Koperasi Prihatin  benar-benar terlaksana.
Ditulis oleh :
HAJI AMIR BIN ANUAR
PENGERUSI BIRO DAKWAH, PENERANGAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
K/P NO: 650114-10-7151
TEL : 019-3526328, PEJ: 03-87369645
RUJUKAN :
DR. HJ MASJUKI BIN MOHD MUSURI
PENGARAH UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM, PEKIDA MALAYSIA
KP NO: 620812-01-6057
TEL : 019-6230363, 013-2299930
R&D bersama Putrajaya di Pasir Putih
Unit R&D yang disertai oleh 30 anggota berpakaian lengkap yang mulanya hadir sebagai jemputan khas telah diberi penghormatan untuk mengendalikan majlis sebagai Juru Acara (MC) dan penyambut tetamu VIP untuk lebih menyeri dan memeriahkan majlis. Ayahanda Dr Hj Masjuki sendiri telah di pilih untuk mengendalikan majlis sebagai juru acara dan telah dapat memimpin majlis dengan ceria walaupun dalam keadaan bidan terjun.
Pujian ikhlas seluruh tetamu termasuk pengumuman dalam majlis yang telah diberikan oleh tetamu kehormat terhadap unit R&D amat membanggakan.
Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Pasir Putih, YB Datuk Che' Amin, turut disertai oleh YM Tengku Bendahara Negeri Terengganu, Dato' Hj Ab Malek Ranting, ayahanda Dato' Seri Diraja Syed Jaafar Shaari, ayahanda Hj Malik Kg Pandan, ayahanda Lan Gajah dan ramai ayahanda, kekanda dan warga PEKIDA seluruh Malaysia.
Terima Kasih TV3
Perasmian Penubuhan PEMADAM
Unit Cawangan Sungai Ramal Baru yang dianggotai sepenuhnya oleh anggota Task Force Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan.
Alhamdulillah berita mengenai program tersebut telah dikeluarkan di berita jam 6 TV3.
Pelancaran Kedai elektronik Pekida R&D..!!! Berita besar untuk semua
Anda hanya perlu click banner iklan cenderahati di atas atau di kiri web site kita atau layari alamat di bawah untuk melihat barangan yang ditawarkan.
Sertai Ayahanda, Abang-abang dan adik beradik lain untuk Bercakap FREE..!
Bismillah hirrohman nirrohim...
Assalamualaikum Saudara/Saudari,
Apa khabar Saudara/Saudari sekeluarga? semoga sihat-sihat selalu,
Saya MAIZATUL BINTI RAHIM, mewakili pekida R&D dan Prihatin Services mengirim email ini kepada Saudara/Saudari untuk menyampaikan satu berita besar.
Jika dulu kita teragak-agak dan takut-takut untuk menghubungi rakan taulan, pelanggan dan jemaah kerana khuatir bil telefon jadi tinggi, kini tidak perlu lagi… dengan Kemudahan PANGGILAN PERCUMA celcom POWERTOOLS Pekida Prihatin kita bukan saja dapat bercakap PERCUMA secara individu, malah kita dapat BERSIDANG (CONFERENCE) sekerap mungkin dengan jemaah kita sekerap mungkin dengan PERCUMA.
Kami, Prihatin Services daripada unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam PEKIDA MALAYSIA ingin menawarkan pekej ini untuk dimanfaatkan oleh ahli keluarga, syarikat dan organisasi Saudara/Saudari.
Ini adalah satu Pekej Keluarga/Pekej Jemaah yang luar biasa, tidak pernah di tawarkan oleh mana mana syarikat Telefon sebelumnya. Dirangka dan diditawarkan khusus untuk memupuk sifat keperihatinan melalui perhubungan kemanusiaan untuk dinikmati oleh semua ahli dan sukarelawan PRIHATIN & PEKIDA MALAYSIA.
Misi kami ialah untuk bekerjasama dengan celcom, menggalakkan perhubungan yang rapat di kalangan individu untuk merapatkan persahabatan, kekerabatan dan semangat kekeluargaan di kalangan kita. Saudara/Saudari juga boleh manfaatkan pekej ini untuk memperbaiki perhubungan perniagaan sesama pekerja dan pelanggan Saudara/Saudari tanpa batasan kos dan masa. Berhubunglah semahunya dengan PERCUMA.
Saudara/Saudari juga boleh menawarkan pekej EMAS ini kepada Organisasi NGO, rakan niaga, rakan politik dan pengundi yang suka berhubung dan siapa saja. Apa yang perlu Saudara/Saudari lakukan ialah mendaftar sebagai sukarelawan Prihatin atau menjadi ahli PEKIDA MALAYSIA dan Saudara/Saudari layak untuk mendaftar dan mendapatkan satu talian Celcom di bawah Pekej EMAS ini dengan PERCUMA, tanpa DEPOSIT, tanpa PENJAMIN.
Dengan Pekej ini, Saudara/Saudari dan kumpulan Saudara/Saudari akan menikmati tarif khas yang sangat menarik seperti berikut.
a)	Panggilan PERCUMA sesama kumpulan
b)	Caj panggilan dan sms MURAH (diskaun melebihi 50%) untuk panggilan kepada bukan ahli dalam kumpulan.
c)	KADAR SAMA RATA untuk panggilan yang dibuat dari dan ke mana saja seluruh negara, termasuk Sabah dan Serawak.
d)	Caj minima (5 sen untuk panggilan dan 2 sen untuk sms) untuk 8 NOMBOR CELCOM YANG DIPILIH.
e)	Maksima 3 TALIAN ANAK percuma dengan bayaran rm 13 sebulan dan boleh bercakap percuma sesama ahli dalam kumpulan kecil (1+3=4 talian)
f)	Pendaftaran PERCUMA, tanpa cagaran, tanpa penjamin.
g)	Setiap penama BOLEH MENDAFTAR SEHINGGA 3 TALIAN UTAMA dan setiap talian utama boleh memohon 3 talian anak (supplementary).
h)	PERCUMA KAD SIM 128K baru yang dilengkapi dengan memori tinggi dan kemudahan 3g.
i)	V.A.S. percuma, mel suara, panggilan menunggu, panggilan persidangan (Conference), clip dan sebagainya.
Untuk makluman dan tindakan Saudara/Saudari, tawaran ini akan berakhir sebelum hujung bulan Ogos'06. Jadi, janganlah berlengah lagi. Ahli Baiah adalah di kira sebagai layak menyertai skim ini walaupun belum menerima kad ahli Pekida.
Prihatin pula ditubuhkan untuk mendekatkan masyarakat dgn Pekida melalui kerja kemanusiaan dan kemsyarakatan. Tidak semestinya ahli pekida saja. Jadi anda tidak terkecuali. Kebanyakkan ahli prihatin akhirnya menjadi ahli Pekida yang Prihatin.
Untuk makluman Biasanya kalau bukan black list celcom atau telecom boleh lepas.  Untuk mempercepatkan masa kerana tawaran hingga ke hujung bulan ini saja, maka ada baiknya samada Saudara/Saudari datang ke kajang atau emailkan
1. salinan ic depan belakang.
2. beri nama ibu.
3. beri alamat pos untuk penghantaran bil dan simkad.
4. beri nombor talipun sekarang.
5. beri contoh tandatangan utk kami paste ke borang.
kami di sini semua telah menggunakan talian free ini dan amat gembira melakukan tele-conference (persidangan telefon) seluruh negara dengan percuma. Semuga Saudara/Saudari dapat bersama kita dan menjadikan hubungan ini lebih akrab selepas ini.
Sila lihat brosur khas dan keterangan lanjut di www.pekida.org/celcom atau www.prihatin.com/celcom atau hubungi kami melalui email atau sms untuk tindakan segera.
HUBUNGI KAMI SEKARANG DI,
PRIHATIN SERVICES
ROB NO: (1607051-X)
8558, Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-87369645 Tel/Fax: 03-87399645
Mobile: 019-6230363 (TOLL FREE POWERTOOLS )
Atau
HUBUNGI SECARA PERIBADI PEGAWAI RND YANG BERIKUT:
PRIHATIN SERVICES
ROB NO: (1607051-X)
8558, Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-87369645 Tel/Fax: 03-87399645
Mobile: 019-6230363 (TOLL FREE POWERTOOLS )
Atau
HUBUNGI SECARA PERIBADI PEGAWAI RND YANG BERIKUT:
KEKANDA ANDY - Johor (POWERTOOL CALL FREE 013-3976760),
KEKANDA AZAR - JOHOR ((POWERTOOL CALL FREE 013-3984543) Nick name Forum : TONTOYO,
KEKANDA JONO / AZMAN - JOHOR (POWERTOOL CALL FREE 013-3983220),
KEKANDA  ZACK - HQ (012-6931005),
KEKANDA NIZAM - Penang (POWERTOOL CALL FREE 013-3335636),
ERFI – KEDAH (POWERTOOL CALL FREE 019-6230223
KEKANDA WAN TAIPING - (POWERTOOL CALL FREE 019-6230414),
KEKANDA KHALID - HQ POWERTOOL CALL FREE 019-6230426
KEKANDA MAIZATUL – HQ- POWERTOOL CALL FREE 019-6230425
WAN BOS - HQ (POWERTOOL CALL FREE 013-3303028)
AZMI HQ - POWERTOOL CALL FREE 013-3984546,
HAFIZ HQ - POWERTOOL CALL FREE 013-3929144,
ATAU
AYAHANDA DR.HJ.MASJUKI (013 3671112, 013-2299930 POWERTOOL CALL FREE 019-6230363)
Email: info@prihatin.com   rnd@pekida.org
Website: http://www.prihatin.com/celcom  or www.pekida.org/celcom
Sokongan dan dokongan daripada Saudara/Saudari saya dahului dengan jutaan terima kasih... Semuga dengan pekej ini kita dapat berhubung lebih rapat dan misi perjuangan lebih mudah dicapai…. Insyaallah.
Sekian dahulu buat masa ini,
Wassalam...
Maizatul
Kerjasama Celcom dengan Pekida Utara
Berita bergambar di alamat :
NOTIS YURAN KHAS WEB DAN FORUM
Alhamdulillah
Mengambil keputusan dan pandangan ahli forum yang telah di mesyuaratkan malam tadi, kami dengan ini mengumumkan kadar yuran mengikut katagori ahli forum seperti berikut.
Catagory A: Ahli biasa
Hanya boleh membaca topik saja. Yuran dikenakan = RM 10 setahun.
Catagory B: Ahli aktif
Boleh membaca dan posting. Yuran di kenakan = RM 20 setahun.
Catagory C: Ahli Keluarga Pekida.
Boleh membaca dan posting semua topik, termasuk topik yang di Private' kan. Yuran dikenakan = RM 30 setahun.
Sila Onlinekan bayaran ke akaun ini.
AKAUN  : PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT
BANK : MBB SERDANG, SELANGOR
NOMBOR AKAUN : 5621 4270 8519
Sms ke nombor 013 3671112 dan email ke pekida@hotmail.com selepas online dengan memberi butir butir lengkap berikut.
Nama samaran di Forum (Nick)
Email rasmi
Nombor Handphone
Nilai transfer yang telah di buat dan Catagory ahli forum yang di pohon.
Masa yang tepat Pembayaran di buat
Kaedah kemasukan wang (Autoteller cash online /MBB2U/CHEQUE)
Kemasukan dari cawangan mana
faks atau email slip bayaran ke nombor 03-87399645 (tidak wajib).
Beri Nama dan Alamat penuh pengiriman (tidak wajib).
PERHATIAN : SEBAGAI PILIHAN DAN KEMUDAHAN, ANDA JUGA BOLEH MENGGUNAKAN KAEDAH CREDIT TRANSFER MELALUI KREDIT DALAM TALIPUN ANDA ATAU TEMAN ANDA KE TALIAN 013-2299930, 013-2299996
Sila ambil perhatian bahawa,
Semua topik forum akan disusun semula pemberian izin nya mengikut katagori.
Setiap Nick memerlukan satu Pembayaran. Anda boleh menyembunyikan nama penuh dan identiti anda dengan memasukkan wang melalui mesin auto teller, jika anda mahu. Kami tidak memaksa anda mendedahkan identiti anda atas beberapa sebab yang kami sedia maklum.
Satu Pembayaran membolehkan anda menggunakan nick yang sama di postal BARU DAN LAMA yang telah pun aktif semula dengan percuma.
Mereka yang mendaftar akan di berikan email percuma menggunakan NAMA @pekida.org setelah jumlah dana cukup dan kita berjaya menyewa Dedicated Server. Kami juga bercadang menyediakan portal atau ruangan web peribadi untuk pengguna berdaftar berbayar menggunakan portal pekida.org.
Sekian, harap maklum.
PEMBUKAAN PORTAL FORUM BARU UNTUK AHLI PEKIDA SAHAJA
ASSALAMUALAIKUM WBT...
SALAM sejahtera dari Pengarah R&D khas untuk semua warga forum Komuniti PEKIDA MALAYSIA.
Beliau menyatakan rasa kesal kerana ramai ahli forum yang menyentuh isu peribadi dan perkauman dalam forum rasmi pekida.org.
Memandangkan kegagalan ramai ahli forum menjaga tatasusila dan menyusun kata di forum biasa, maka pihak Mods telah ambil keputusan untuk membuka forum baru khas untuk ahli Pekida sahaja.
Selepas ini tiada sebarang isu tentang perkara yang berkaitan dengan perkauman, kongsi gelap, politik ganaz dan sebagainya di forum depan. Pihak Mod akan [b]menDELETE [/b] terus tanpa merujuk kepada penulis jika ada isu isu panas yang diutarakan di forum terbuka ini.
Ini bermakna hanya topik yang berkaitan dengan masyarakat, dakwah, kebajikan, ekonomi, pendidikan, pengumuman aktiviti dan apa saja yang berkaitan dengan Program rasmi Pekida di benarkan untuk perbincangan.
UNTUK MENDAPATKAN EKSES, ANDA PERLU MENGIRIM
[b]>>> NAMA PENUH MENGIKUT NO. K/P
>>> NOMBOR KAD PENGENALAN.
>>> ALAMAT PENUH SURAT MENYURAT.
>>> ALAMAT TEMPAT TINGGAL.
>>> NOMBOR AHLI PEKIDA (JIKA SUDAH SIAP)
>>> NOMBOR RESIT BAYARAN AHLI PEKIDA (JIKA KAD BELUM SIAP)
>>> RANTING ATAU CAWANGAN ASAL.
>>> NAMA ABANG PENYELIA KAWASAN YANG MENJAGA ANDA.
>>> SEKURANG-KURANGNYA 1 NOMBOR HP ABANG PENYELIA BERDAFTAR YANG KENAL RAPAT DENGAN ANDA.
>>> NOMBOR H/P SENDIRI.
>>> NOMBOR TALIPUN RUMAH / PEJABAT.
>>> ALAMAT EMAIL YANG SAH.[/b]
Dan setelah mengirim semua itu kepada rnd@pekida.org anda harus menghantar permohonan melalui sms dengan menghantar butir yang sama KE 013 3671112. Kelulusan hanya akan diberikan oleh Pengarah r&d sendiri.
Setelah itu nanti, anda akan menerima jemputan ke portal Forum VIP sebaik saja anda log-in di muka depan, bersebelahan mesej di kotak kuning yang kini di paparkan utk semua ahli Komuniti Pekida.org ... bunyi jemputan itu adalah lebih kurang begini...
Upgrade Server - Mungkin ada sedikit gangguan
ASSALAMUALAIKUM
Maaf semua.
Buat masa ni web portal baru sering tersangkut sebab terlalu tinggi traficnya, sehingga lebih kurang 20 000 sehari. Ini membuatkan server yg di sewa secara perkongsian (shared server) tidak dapat menampung dan selalu jamp. Oleh itu, Kita terpaksa menyewa server yang lebih besar secara solo untuk menampung trafic yang banyak.
Kami sedang berusaha membeli dedicated server yang kosnya terlalu mahal ie. lebih rm 500 sebulan, tidak termasuk kos setting dan maintenance. Bayaran pula harus di bayar selama setahun sekali, iaitu melebihi RM6 ribu setahun.
Harus di ingat bahawa R&D telah menanggung segala kos web ini sejak 2 tahun lalu. Kami tidak mendapat sumbangan dana walau se sen pun dari ibu pejabat Pekida. Oleh itu sumbangan ikhlas dari setiap ahli terutamanya yang [b]SERING MENGIKLANKAN PERNIAGAAN MEREKA SECARA PERCUMA DI SINI [/b]amat di perlukan agar kita dapat terus berinteraksi melalui portal yang teratur dan menarik dengan lancar.
Sementara itu, di ketika web portal tersangkut, kalian ikutilah berita dari portal lama - [url=http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=39263&subForumID=105828]http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=39263&subForumID=105828[/url]
Portal forum dan chat akan kami gantung untuk sementara waktu untuk mengurangkan trafic.
Selalu selalu lah mencuba semula buka www.pekida.org untuk mengetahui samada dedicated server sudah berjalan atau belum. Apa pun kami akan maklumkan di portal forum lama sebagai saluran maklumat kepada anda semua, keluarga Pekida dan tatamu awam yang di kasihi.
Sekian harap maklum.
PEKEJ INSURAN PERTANIAN & PENTERNAKAN.
Perkhidmatan yang selama ini di tunggu-tunggu oleh pelabur antarabangsa di bidang pertanian dan penternakan.
Perkhidmatan yang akan menambah keyakinan pelaburan anda untuk sebarang aktiviti Pertanian dan Penternakan.
Insurankan ia kepda kami dan kami akan menggantikan atau membayar kerugian mengikut harga pasaran atau mengikut jumlah harga yang diinsurankan, yang mana lebih rendah untuk semua yang berikut.
ANDA NYATAKAN APA SAJA PUNCA KERUGIAN USAHA ANDA, DAN KAMI AKAN PASTI BERUSAHA MELINDUNGINYA…
Kematian Ternakan:
Kami gantikan kerugian akibat kematian ternakan anda. Samada akibat kemalangan, penyakit atau tekanan cuaca luar biasa.
Kecederaan & Susut nilai:
Kami gantikan kerugian susut nilai ternakan anda disebabkan Kemalangan apa saja, yang mengakibatkan kerosakan Fungsi atau rupa anggota genital, anggota dan deria badan dan sebagainya.
Kebakaran:
Kami gantikan kehilangan akibat kerosakan reban, rumah, setor, peralatan, kenderaan, stok makanan, rumput, tanaman dan hasil pertanian, ternakan dan apa saja yang berkaitan.
Kecurian, Rompakan, Kehilangan:
Kami gantikan kehilangan akibat kecurian, rompakan, kehilangan ternakan, peralatan, kenderaan, stok makanan, rumput, hasil pertanian dan apa saja yang berkaitan.
Kemalangan Pengangkutan:
Anda tidak perlu khuatir untuk mengangkut ternakan anda ke mana saja, dan mengimpot ternakan anda dari mana saja di dunia ini. Kami gantikan kehilangan akibat kemalangan kenderaan atau kapal sewaktu mengangkut ternakan, hasil pertanian, peralatan, stok makanan dan apa saja yang berkaitan.
Perlindungan Awam:
Kami akan menanggung segala tuntutan pampasan awam, hasil dari kemudaratan yang berlaku disebabkan kelakuan ternakan, aktiviti pertanian atau penternakan anda.
Kerosakan Bencana alam:
Kami akan menanggung segala tuntutan pampasan hasil dari kerugian yang berlaku terhadap apa saja harta ladangseperti rumah dan bangunan, tanaman dan hasil tanaman, ternakan mesin pertanian dan apa saja, yang rosak atau musnah akibat dari bencana alam seperti kemarau, banjir air, banjir lumpur, gempabumi, tanah runtuh, ribut taufan, petir dan apa saja.
BORANG PERMOHONAN:
Penuhkan dan Kembalikan Borang ringkas di mukasurat sebelah dan kami akan kirimkan kepada anda Pekej cadangan kami untuk jaminan yang meyakinkan anda. Sebarang pertanyaan, sila hubungi,
COMMERCE ASSURANCE BHD.
LIVESTOCK INSURANCE DEPARTMENT
Mobile : 013-3671117 (Dr.Masjuki)
Email : rnd@pekida.org
SUMBANGAN PENAJAAN WEB HOSTING PERCUMA UNTUK PEKIDA R&D OLEH EXABYTES
Terima kasih kita ucapkan kepada Exabytes kerana keperihatinan mereka terhadap khidmat komuniti yang telah di lakukan oleh Pekida R&D.
Inilah bukti nyata dari perjuangan yang tidak mengenal erti penat dan lelah, yang tidak mengenal erti lemah semangat dan kecil hati dengan kutukan mereka yang tidak berhenti mengutuk dan mencaci.
Syabas untuk seluruh warga R&D atas penajaan ini.
Untuk maklumat Web Hosting yang anda ingini sila lawati http://www.exabytes.com.my
GAMBAR & LAPURAN PERHIMPUNAN & PERKAHWINAN OKU OLEH JURUGAMBAR ANTARABANGSA SAIFUL NANG - CANDID SYNDROME
all religions and races. That's the beauty of it.
life and I somehow spend RM50 just for a single dinner. Ohhh man!! what a useless man i am if i don't do something to help them
Due to that reason, now Candid Syndrome is giving full support as apart of the backbone to PRIHATIN financially and workmanship. Come on guys! these people deserve a comfortable life on this world.
Join this community by visiting www.pekida.org. There u can enroll to be in the community online, AND its even better ir you could make a move to be a member of Pekida Malaysia through this Very Special Unit - R&D, Training and Public Relation Unit. The community is now harbouring a lot of Professionals in various backgrounds.
Sifat kemanusiaan pada kita dah hampir pudar, dan kadangkala kita sanggup memincingkan mata melihat kepayahan orang2 istimewa ini. Berkerut muka mereka yang berusaha untuk turun dari kenderaan mereka dalam keadaan panas dan hujan, sambil memasang roda pada kerusi roda mereka yg dilipat...OMG, how if we suddenly lost a pair of feet and we have to join them in that life. We can help them... AND we need to help them!
SAIFUL NANG
Principal
Candid Syndrome (TM)
Saiful Nang Photogrphy (KL)
Email 1 :
saifulnang@yahoo.com
Email 2 :
info@saifulnang.net
+ 019 2004 257 (SN)