Untuk Melayari Paparan Yang Lain, Sila Kembali Ke
SURAT JEMPUTAN PENYERTAAN PESERTA PERARAKAN
dan
Permohonan Sumbangan & Sukarelawan Urusetia
|
PEMADAM HULU
LANGAT
(Penganjur)
|
SEKRETARIAT SAMBUTAN MAULIDULRASUL
1428 H
PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT
D/A
Pejabat Pemadam Unit Sungai Ramal
Baru & PEKIDA PRO EVENT
MANAGEMENT
8558,
Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel:
03-87369645 Tel/Fax: 03-87399645 Mobile: 013-2299930, 019-6230363
(Dr.Hj.Masjuki)
Email:
rnd@pekida.org
Website:
http://www.pekida.org/maulud
|
(Authorised Event Manager) |
Ruj. Kami :
MAULUD/1428/08-03
Tarikh : 10 MAC 2007
KEPADA
Semua Pegawai dan Ketua Jabatan,
Pengerusi/AJK NGO serta Pengarah/Pengurus syarikat
U.P.:
1) Tuan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Hulu Langat
2) YDP Majlis Perbandaran Kajang
3) Jabatan Pelajaran Daerah Hulu Langat
4) Polis Di Raja Malaysia Daerah Hulu Langat
5) Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan – UP: EN.NANI BIN SIKIN
6) Ketua Pegawai Kor Bekalan, ATM & TUDM (Sg Besi)
7) Jabatan Bomba Hulu Langat
8) Jabatan Penjara Kajang
9) Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya, Daerah Hulu Langat
10) RELA Hulu Langat
11) Jabatan Kesihatan Hulu Langat
12) Jabatan Penerangan Hulu Langat
13) Penghulu Penghulu Daerah Hulu Langat
14) Ketua–Ketua Kampung & Imam Masjid seluruh Daerah Hulu Langat
15) Persatuan Bulan Sabit Merah Hulu Langat
16) St. John Ambulance Hulu Langat
17) Rukun Tetangga / Jabatan Kebajikan Masyarat Hulu Langat
18) Pejabat Zakat Selangor
19) Jabatan Agama Islam Selangor / Pejabat Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat
20) Jabatan Pembagunan Luar Bandar/Kemas Hulu Langat
21) Pegawai Jabatan Pembangunan Belia & Sukan Daerah Hulu Langat
22) Jabatan Orang Asli Hulu Langat
23) Bahgian Hal Ehwal Pelajar IPTA/IPTS di Daerah Hulu Langat
24) IKBN Daerah Hulu Langat
25) Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Hulu Langat
26) Tenaga National Kajang
27) Telekom Malaysia Kajang
28) SYABAS Daerah Hulu Langat
29) Bank Islam / MBB / CIMB Kajang
30) Pertubahan Wanita Islam Kajang / Hulu Langat
31) Pekida – cawangan-cawangan Daerah Hulu Langat, Putrajaya dan Lembah Kelang.
32) PEMADAM Daerah Hulu Langat dan Ketua-ketua Unit PEMADAM
33) Ketua UMNO, PAS dan Keadilan 4 Peringkat (Ketua Cawangan /Pemuda /Puteri /Wanita), cawangan-cawangan seluruh Daerah Hulu Langat.
34) Bank-bank, Syarikat-syarikat korporat/Kilang-kilang seluruh Daerah Hulu-langat
Tuan/puan,
Jemputan PENYERTAAN PESERTA PERARAKAN dan Permohonan Sumbangan & Sukarelawan Urusetia untuk Program Sambutan Maulidur Rasul 1428H Peringkat Daerah Hulu Langat
Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.
1. JEMPUTAN KHAS & PENGHANTARAN PESERTA PERARAKAN:
Pihak pengurusan organisasi tuan adalah dijemput sebagai tetamu khas serta menghantar peserta Perarakan bagi menyemarakkan lagi program yang akan diadakan seperti berikut,.
Tempat & Masa : Perhimpunan di Stadium Kajang (7.30 am)
Perarakan ke Masjid Jamek (8.00 am)
Ceramah dan Acara Pentas di Masjid Jamek
(hingga jam 12 tgh)
Tarikh : Ahad, 1hb April 2007
Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberikan maklumat Senarai peserta perarakan (bilangan 20-100 orang): NAMA, JANTINA, NO. K/P, NO.TALIPUN disenaraikan mengikut NAMA ORGANISASI, NAMA DAN NO. TALIPUN KETUA KUMPULAN.selewat-lewatnya pada 20 Mac 07,
NOTA : Sila ambil maklum bahawa peserta perarakan dan tetamu dari setiap organisasi akan diadili untuk menerima hadiah kemenangan yang berikut.
1. Peserta & tetamu paling ramai
(harus mendaftar dan mendapatkan kupon dari urusetia)
2. Sepanduk tercantik
3. Disiplin terbaik keseluruhan (termasuk pakaian seragam dan tabiat peserta).
2. RAYUAN SUMBANGAN & PEMBELIAN RUANG IKLAN BUKU CENDERAMATA:
Kami rayu agar dapat disenaraikan pelbagai bentuk sumbangan ikhlas seperti berikut:
|
|
Senarai Sukarelawan : NAMA, JANTINA, NO. K/P, NO.TALIPUN dan berikan juga NAMA ORGANISASI, NAMA DAN NO. TALIPUN KETUA KUMPULAN. |
|
|
Pembelian ruang iklan
di buku cenderamata
–
|
|
|
Penajaan Sepanduk
:
|
NOTA : nilai tajaan termasuk kos artwork, kos cetakan, ruang promosi Iklan/logo syarikat/jabatan yang menyumbang, kos permit, pemasangan dan pembukaan semula di seluruh daerah Hulu Langat.
|
|
Penajaan Flier A4 – RM 0.50 sekeping x 10,000 helai- untuk diletakkan di semua masjid dan cermin kereta di tempat-tempat strategik. Jumlah tajaan adalah mengikut kemampuan dan boleh dibuat secara bersama oleh beberapa penaja. |
|
|
Penajaan Poster A3 – RM 5 sekeping x 1000 keping – untuk di tampal di tempat awam seperti papan kenyataan semua masjid dan tempat-tempat awam. |
|
|
Peralatan umum : PA system (2 set diperlukan), walkie talkie, kemah, kerusi meja, pentas dll. |
|
|
Pengangkutan : berupa Bas, Van atau kereta untuk pengangkutan urusetia dan peserta. |
|
|
Tajaan makanan : Sarapan Urusetia (sekitar 500 orang), minuman ringan & Nasi bungkus untuk tetamu (sekitar 10,000), sajian VIP atau apa saja bentuk sajian percuma. TAJAAN boleh samada berbentuk barangan atau dinilai dengan tunai. |
|
|
Sumbangan ikhlas berbentuk tunai : yang akan disenaraikan dibuku cenderamata untuk menampung pelbagai kekurangan prasarana dan kos pengurusan am program dan tabung Rumah Pengasih Datuk Dr Ujang Bagong, JP. |
|
|
Mohon dapatkan bukti bertulis pemberian dan penerimaan serta alamatkan semua urusan tunai kepada, |
AKAUN : PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT
BANK : MBB SERDANG, SELANGOR
NOMBOR AKAUN : 5621 4270 8519
Perhimpunan tahun ini dijangka akan menghimpunkan lebih 10 ribu tetamu dan sumbangan pelbagai bentuk secara berjamaah amat diperlukan untuk tidak membebankan mana-mana pihak.
Sementara pihak urusetia akan mencuba sedaya upaya untuk mempastikan keselamatan sepanjang program berjalan adalah terjamin, harus ambil maklum bahawa keselamatan diri setiap peserta adalah menjadi tanggungjawab semua peserta, tetamu dan ketua kumpulan masing-masing dan pihak urusetia tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab di atas sebarang kemalangan akibat dari kecuaian individu di sepanjang program ini.
Semoga dengan kehadiran jemaah Peserta dan Sukarelawan dari organisasi tuan dapat menyumbangkan idea perlaksanaan yang bernas di samping dapat mengumpulkan pelbagai sumbangan secara bersepadu bagi memastikan kejayaan program Maulidur Rasul yang telah lama tidak diadakan di Daerah kita ini.
Maklumat terkini program ini dipaparkan di www.pekida.org/maulud. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pejabat sakretariat di alamat dan talian yang tertera di kepala surat ini atau hubungi terus Timbalan Pengerusi Pengelola, Dr Hj Masjuki Bin Hj Mohd Musuri..
Sekian dan terima kasih.
‘INSAN CEMERLANG UMMAH TERBILANG’
Yang Benar,
![]()
(Dato’ (Dr) Ujang Bin Bagong, J.P.)
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Sambutan Maulidur Rasul 1428H
s.k
LAMPIRAN : ATURCARA MAJLIS
MASA ATURCARA MAJLIS
6.30 pagi • Urusetia dan Penyambut tetamu mengambil tempat
7.30 pagi • Peserta perarakan mengambil tempat di stadium
8.00 pagi • Ketibaan tetamu VIP dan VVIP.
8.25 pagi • Bacaan Al-Qur’an oleh qari jemputan
8.30 pagi • Perarakan Kontijen bermula
10.30 pagi • Semua peserta perarakan dan tetamu berkumpul di masjid
10.35 pagi • Ucapan Pengerusi Majlis
10.40 pagi • Bacaan Do’a
10.45 pagi • Persembahan Nasyid Maulidurrasul
10.55 pagi • Ucapan alu-aluan Tuan Pegawai Daerah
11.10 pagi • Ceramah Ringkas Maulidurrasul.
11.40 pagi • Penyampaian hadiah dan cenderahati
11.50 pagi • Makan tengahari dan silatulrahim sesama tetamu
12.30 pagi • Bersurai


Disedia dan diedarkan oleh

Pejabat Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah
(PEKIDA
8558,
Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel:
03-87369645 Tel/Fax: 03-87399645
Email:
rnd@pekida.org
Website:
http://www.pekida.org

Semua pertanyaan mengenai web ini sila hubungi
[urusetia].
Last updated: 03/16/07.