Untuk Melayari Paparan Yang Lain, Sila Kembali Ke

Laman Utama

 

 

 

 

MINIT MESYUARAT 04

Jawatankuasa Kerja Sambutan Maulidur Rasul 1428H

 

Tempat            :          Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Saujana Impian,
                                   Kilometer 22, Jalan Cheras Kajang, Selangor           

Tarikh              :           Selasa  20hb Mac 2007

Masa               :           2:30ptg.

 

 

KEHADIRAN:   

 

No.             NAMA                                                   JABATAN

1.        DATO' HJ MAT YASIR                                                             NAZIR MASJID JAMEK KAJANG

2.        DATUK DR UJANG BIN BAGONG J.P                                      PENGERUSI PENGELOLA

3.        DR HJ MASJUKI BIN MOHD MUSURI                                        TIMBALAN PENGERUSI

4.        USTAZ SAIFUL NIZAM BIN IZHAR                                          SETIAUSAHA

5.        EN OMAR BIN MD NOH                                                            PENOLONG SETIAUSAHA

6.        EN MOHD FIRDAUS BIN MOHD IDERIS                                      BENDAHARI

7.        EN KHALINAN BIN MOHD TAHAR                                           PEKIDA/URUSETIA

8.        EN NORAZLI BIN MOHD YUSOF                                             PEKIDA/URUSETIA

9.        EN. AHMAD KHAIRUDDIN BIN MOHD NOR                              PEKIDA/URUSETIA

10.     EN. MUHAMAD YAZID BIN ABDUL MAJID                              PEKIDA/URUSETIA

11.     EN. ZULKIFLE BIN AHMAD SHAH                                           PEKIDA/URUSETIA

12.     EN ARIS BIN ABDUL MAJID                                                     SETIAUSAHA PEMADAM DAERAH HULU LANGAT

13.     HASRULAZNAM BIN KAMARULZAMAN                                AADK HULU LANGAT

14.     PUAN ROGIAH SAFFAR                                                         AJK PEMADAM

15.     PUAN AMY HASNAH HJ KARIM                                             AJK PEMADAM

16.     MARHAIZAN MOHD YASIN                                                     BANK RAKYAT KAJANG

17.     CHE ISMAIL CHE MIN                                                               BRIGED TENGAH PGA

18.     ZANARIAH ABD RAHMAN                                                      HOSPITAL KAJANG

19.     ROSLI BIN ABDUL HALIN                                                        HOSPITAL PUSRAWI

20.     KAMARZATUL HAIDA ISMA KAMARUZAMAN                      HOSPITAL PUSRAWI

21.     CIK HASLINDA RAMLI                                                             HOSPITAL SENTOSA KAJANG

22.     YAACOB NAYAN                                                                   IBU PEJABAT PENJARA

23.     IBRAHIM BIN DIN                                                                      JAB. PENERANGAN DAERAH

24.     ABDULLAH BIN AHMAD                                                         JHEOA

25.     RAZALI BIN HASHIM                                                               KEMAS HULU LANGAT

26.     JAMALUDDIN YUB                                                                  KETUA KAMPUNG AJK PEMUDA

27.     MOHD RIYAS OMAR                                                               KPMC

28.     MOHD SHAHRIL BIN RAPKAH                                                 MPKJ

29.     HJH. SAMSIDAR BINTI MAT SAMAN                                       NAIB PENGERUSI PEMADAM

30.     SALLEHUDDIN MOHD SIDEK                                                   PAID HL

31.     MOHD SAFIAN BIN MAT SAHAT                                             PEJ. BELIA & SUKAN

32.     SHARUDDIN YUSUF                                                                PEJ. PENDIDIKAN D.H.LANGAT

33.     RUSLI BIN MUHIBAT                                                                PEJABAT DAERAH HULU LANGAT

34.     ROSLAN BIN ABD RAHMAN                                                   PEMADAM

35.     ASP MANSOR MOHAYAT                                                      PENJARA KAJANG

36.     THAHA BIN MOHD YUSUF                                                      PPD HULU LANGAT

37.     NAZZIL SAIFUDDIN                                                                 SERI ABIM SG RAMAL DALAM

38.     JOHARI BIN YAHYA                                                               TELEKOM

39.     MOHD NIZAM TERMIZI                                                             TUDM SG BESI KL

40.     ZAINAL ABIDIN BIN DATO' ABD RADHI                                  WAKIL OB D H.LANGAT

41.     NOOR ADDIN BT NORDIN                                                        WAKIL PEJ. KEBAJIKAN MASYARAKAT

 

Mesyuarat bermula jam 3.00 ptg, dipengerusikan oleh pengerusi pengelola Datuk Dr Ujang bin Bagong J.P. yang kemudiannya meminta Timbalan Pengerusi pengelola Dr Hj Masjuki Bin Hj Mohd Musuri untuk mempengerusikan mesyuarat hingga akhirnya.

 

AGENDA MESYUARAT

 

  1. UCAPAN PENGERUSI PENGELOLA-DATUK DR UJANG BIN BAGONG J.P

1.       Pengerusi menyampaikan salam Tuan Pegawai Daerah yang tidak dapat hadir dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.  

2.       Ramainya AJK menghadirkan diri dalam mesyuarat kali ini membuktikan kesungguhan untuk menjayakan Pogram Sambutan Maulidur rasul 1428H  Peringkat Daerah Hulu Langat.

3.       Beliau mengucap syukur kerana melihat Ketua Penghulu Daerah Hulu Langat juga turut hadir dan meminta beliau membantu program ini dengan sungguh-sungguh.

4.       Menyatakan beliau sentiasa memantau perjalanan persiapan dari pihak urusetia dan mengucapkan syabas kepada urusetia, khususnya kepada Dr Hj Masjuki dan anggotanya yang telah bekerja keras siang dan malam sejak awal. Oleh itu, beliau tidak ingin berucap panjang dan menyerahkan kepada Dr Hj Masjuki untuk sekali lagi mempengerusikan mesyuarat kali ini.

  1. UCAPAN TIMBALAN PENGERUSI PENGELOLA

1.       Beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa mesyuarat dan penghargaan khusus kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat kerana kerjasama yang diberikan dalam penyediaan tempat mesyuarat.

2.       Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato Mat Yasir bin Juli selaku Nazir Masjid Jamek Pekan Kajang merangkap penaja utama Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Langat kerana sudi hadir untuk memantau pelaksanaan jawatankuasa kerja sambutan. Kehadiran Dato’ Yasir sudah cukup memberikan semangat untuk beliau dan urusetianya terus bekerja keras.

3.       Penghargaan khusus juga diberikan kepada Tuan Zainal Abidin wakil kepada Orang Besar Daerah dan Kapten Mohd Nizam Bin Termizi sebagai wakil kepada Komander Pengkalan TUDM Sg Besi kerana sudi hadir bersama-sama didalam mesyuarat.

4.       Beliau kemudiannya menyatakan kepada Tuan Ketua Penghulu Daerah bahawa surat jemputan mesyuarat telah dihantar kepada setiausahanya atas permintaan setiausaha tersebut yang berjanji untuk menyebarkan jemputan itu kepada semua penghulu lain (ketika dihubungi melalui talipun). seterusnya memohon maaf jika saluran itu gagal menyampaikan jemputan-jemputan mesyuarat itu kepada beliau.

5.       Beliau kemudiannya menjelaskan konsep pelaksanaan seketariat bahawa surat-menyurat untuk jemputan mesyuarat yang diadakan setiap minggu ini banyak menggunakan email dan fax kerana lebih cepat dan mudah. Dalam masa yang sama seketariat ingin memanfaatkan konsep E-Government yang menjadi dasar kerajaan.

6.       Beliau kemudiannya membacakan sepotong hadis nabi iaitu ‘sebarang amal yang baik yang tidak didasari dengan bismillah pasti ianya akan tertolak’ sebagai pendirian urusetia supaya dapat diambil iktibar dan pelajaran bersama dalam penganjuran dan pengurusan majlis ini. Beliau menyeru ahli mesyuarat untuk sama-sama membetulkan niat untuk melaksanakan program hanya kerana Allah supaya mampu bersatu hati sambil  kenal mengenal dan mengeratkan silatulrahim antara satu sama lain.

7.       Beliau turut memuji kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli mesyuarat dengan kedatangan yang hampir memenuhi dewan.  

8.       Sebelum meneruskan agenda, beliau menyerahkan kepada Tuan Nazir Masjid Jamek Kajang, Dato’ Mat Yasir Bin Juli untuk memberikan ucapan aluan.                                                                                                                 

 

  1. UCAPAN ALU-ALUAN TUAN NAZIR MASJID JAMEK KAJANG

1.       Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua yang hadir dan mengulangi peringatan bahawa program ini adalah satu gerakan seluruh muslimin untuk saling bersatu-hati. Beliau mengajak ahli mesyuarat untuk menanggap perarakan ini sebagai salah satu wadah untuk beribadah dan sepatutnya menjadi pegangan untuk semyua daerah.

2.       Beliau memberitahu ada sedikit pertikaian yang berlaku iaitu persoalan tentang mengapa PEMADAM yang menganjurkan sambutan perarakan ini dan tidak JAIS Hulu Langat. Beliau mampu menjelaskan dan menyatakan bahawa masjid akan bergerak di bawah panji khusus untuk kumpulan masjid dan kemudiannya mengingatkan hadirin yang kejayaan program bergantung pada jumlah kehadiran tetamu.

3.       Beliau kemudian membuat pemakluman bahawa pada hari yang sama akan diadakan kursus ibadah haji yang mana akan dihadiri oleh seramai 800 orang peserta. Tempat program adalah di dalam masjid dan masa dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Nota: Di luar mesyuarat beliau meminta urusetia melambatkan ketibaan di masjid agar tidak bersesak dengan peserta kursus haji.

4.       Beliau turut memohon kerjasama dari pihak polis untuk menguruskan tempat letak kenderaan sebaik mungkin agar tidak bertembung antara peserta perarakan dengan peserta kursus haji.

5.       Beliau berjanji untuk mengatur bekalan nasi lemak sebanyak 2000 bungkus iaitu 1000 bungkus untuk peserta kursus haji dan 1000 bungkus untuk peserta perarakan.

6.       Beliau turut berjanji untuk menyeru umat islam qariah masjid jamek kajang supaya beramai-ramai untuk turut serta termasuklah dengan membawa anak dan isteri bersama-sama.

7.       Beliau menyatakan jika program ini dilakukan demi kepentingan agama, komitmen perlulah diberi oleh semua pihak dan tidak hanya mengharapkan urusetia saja. Beliau berharap  agar majlis mampu dilaksanakan sehebat mungkin kerana ianya amat perlu demi mempertahankan maruah Islam. 

 

KOMEN DAN ULASAN.

DATUK UJANG :

·         Beliau terharu dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tuan Nazir Masjid Jamek Kajang untuk turut sama-sama terlibat menjayakan sambutan perarakan

·         Beliau secara peribadi menyatakan sekali lagi bersetuju menyumbang

o        air mineral dan aiskrim sebanyak 1 lori,

o        beliau yang juga Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Hulu Langat berjanji akan  memastikan PEMADAM Daerah Hulu Langat menyediakan  nasi bungkus sebanyak 5000 bungkus.

DR HJ MASJUKI :

·         Beliau memberi penghargaan kepada Tuan Nazir di atas ucapan alu-aluan yang diberikan lalu  memberikan maklum balas tentang persoalan kenapa pihak PEMADAM yang menganjurkan, bukannya pihak Jabatan Agama Islam Daerah.

·         Beliau menjelaskan kronologi bahawa beliau telah diminta oleh pencetus utama program ini iaitu Hj. Omar bin Mohd Noh yang mendapat sokongan Datuk Ujang agar membantu melaksanakan majlis ini setelah beberapa kali menyaksikan kepakaran pengurusan majlis oleh Pekida Pro Event Management.

·         Pihak seketariat hanya bertindak sebagai PELAKSANA kepada program yang sudah 9 tahun tidak dilaksanakan ini sedangkan dasar majlis ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola yang tidak sama-sekali mengenepikan pihak-pihak lain yang berkaitan malahan telah melantik Tuan Nazir Masjid Jamek Kajang sebagai penaja utama sambutan dan Tuan Kadi Daerah dan Pejabat Agama Islam Daerah sebagai penasihat program.

·         Beliau turut menyeru para ahli mesyuarat untuk sama-sama berfikir dengan bijak dalam menyuarakan pendapat. Beliau menekankan konsep ‘lihat apa yang dianjur dan bukannya siapa yang menganjur’.

·         Beliau mengajak ahli mesyuarat untuk memberikan fokus terhadap pelaksanaan untuk memastikan kejayaan program sebagaimana yasng telah dihajati dan ditekankan oleh Tuan Pegawai Daerah.

·         Akhir kata, beliau menyatakan minit mesyuarat kali ke-3 telah diedarkan kepada semua ahli mesyuarat sehari selepas mesyuarat melalui faks dan di laman web dan Tuan Pegawai Daerah telah memberikan maklum balas dari minit tersebut.

 

  1. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KO-ORDINASI KE 3

Dr Hj Masjuki telah membacakan agenda mesyuarat dan mengemukakan kepada jemaah mesyuarat untuk mengesahkan minit mesyuarat ko-ordinasi ke 3.

KOMEN MESYUARAT :

En Khalinan Bin Mohd Taha mencadangkan minit mesyuarat ko-ordinasi ke 3 disahkan dan disokong oleh Datuk Dr Ujang Bin Bagong,J.P

KEPUTUSAN MESYUARAT :  DITERIMA SEBULAT SUARA

 

  1. LAPURAN KEMAJUAN SEMASA OLEH KETUA URUSETIA
    1. Urusan Permit  : Sekretariat menyatakan tentang urusan permit telah dimulakan semenjak 3 bulan yang lepas dan pihak urusetia telah mengetahui syarat-syarat yang dikenakan untuk mendapat permit daripada pihak polis. Timbalan pengerusi pengelola kemudiannya meminta En Aris untuk memberikan laporan tentang urusan permit.

PENJELASAN

·         En. Aris menjelaskan ada butiran yang dapat disertakan dan ada yang tidak dapat disertakan kerana kekurangan maklumat.

·         Beliau meminta supaya kawalan keselamatan pada hari sambutan dititikberatkan dan mencadangkan agar tanggungjawab ini diserahkan sepenuhnya untuk dipantau oleh pihak polis.

·         Beliau menjamin untuk bertanggungjawab penuh mendapatkan permit dan sebenarnya pihak Polis meminta surat kebenaran penggunaan tempat secara bertulis kerana bimbang ada salahguna atau dakwaan di belakang hari. Dalam hal ini, kita tidak ada masalah kerana semua pihak yang terlibat (Masjid dan Stadium MPKJ) adalah bersama-sama dalam mesyuarat kita dan bersetuju secara verbal dan disahkan dalam minit mesyuarat.

·         Beliau menjelaskan bahawa pihak MPKJ akan memberi surat kebenaran penggunaaan stadium. Kelewatan berlaku akibat daripada kekeliruan antara pihak MPKJ dan sekretariat akibat dari kesilapan penggunaan perkataan perkarangan dalam surat kebenaran dan perkara sudah diuruskan oleh beliau.

·         Pihak Masjid Jamek Kajang sudah bersetuju dan beliau sedang menunggu surat kebenaran daripada pihak masjid.

KOMEN

·         Timbalan Pengerusi Pengelola menarik perhatian dengan memohon agar En. Aris dapat mengajukan permohonan maaf kepada Ketua Balai Polis Kajang Tuan Chief Insp Rahiman kerana kesilapan dalam pelaksanaan prosedur permohonan permit yang tidak melalui Ketua Balai Polis Kajang (yang telah memberikan borang permohonan) untuk dibawa ke peringkat Ketua Polis Daerah.

·         Perkara berhubungan dengan kelulusan permit telah dibangkitkan oleh Tuan Rahiman pada mesyuarat yang lepas bahawa ianya perlu disiapkan 2 minggu sebelum pelaksanaan program dan urusetia telah pun menyerahkan borang permit dan menyatakan semua syarat yang ditetapkan 3 minggu lalu.

 

  1. LAPURAN MESYUARAT KECIL BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH

Pada 14hb Mac 2007, satu mesyuarat kecil telah diadakan di Pejabat Daerah Hulu Langat untuk membincangkan tentang beberapa perkara berbangkit. Mesyuarat tersebut dihadiri seramai 9 orang ahli iaitu:

·         Tuan Haji Zainal Abidin Bin A’ala Penasihat 1

·         Datuk Dr Ujang Bin Bagong J.P               Pengerusi Pengelola

·         Dr Hj Masjuki Bin Mohd Musuri               Timbalan Pengerusi

·         Ustaz Saiful Nizam Bin Izhar                   Setiausaha

·         En Omar bin Md Noh                              Penolong Setiausaha

·         En Aris bin Abdul Majid                          Setiausaha PEMADAM Daerah Hulu Langat

·         Pn. Norifah Bt Ismail                              AJK PEMADAM Daerah Hulu Langat

·         En Yuszaimi B Osman                           Unit PEMADAM Kg Tanjung

·         Ust Mohd Yatim Bin Abu Idris                 Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia

Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan ialah :

    1. Penstrukturan AJK Induk dan AJK Kecil : Tuan Pegawai Daerah membangkitkan persoalan tentang jawatankuasa kecil bagi melicinkan perlaksanaan program.

PENJELASAN :

·         Timbalan Pengerusi Pengelola merangkap Ketua Sekeretariat Sambutan Maulidur Rasul menjelaskan bahawa jabatan-jabatan yang telah dipanggil untuk terlibat dalam jawatankuasa kerja akan bertindak untuk mengepalai tugas-tugas tertentu yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing dalam program tersebut.

·         Beliau memberikan hospital sebagai contoh dalam melaksanakan tugas khas sebagai AJK kecil memantau bahagian kecemasan. Ini telah dibincangkan dalam mesyuarat ke 1 dan dipersetujui sebulat suara.

·         Beliau kemudiannya menjelaskan Pekida Pro Event Management yang dilantik sebulat suara untuk menguruskan program ini telah melantik jawatankuasa kecil untuk memantau dan mempastikan setiap kerja mampu diselesaikan dengan sempurna.

·         Pihak sekretariat dan jawatankuasa kecil berhubung secara harian dan bilik gerakan bertugas hampir 24 jam sehari sejak sebulan lalu dalam memastikan semua urusan berjalan lancar dan jawatankuasa serta orang awam mudah mendapatkan maklumat tentang program.

·         Pestrukturan jawatankuasa kecil dibuat dari kalangan urusetia Pekida Pro Event  / PEMADAM Sg Ramal Baru kerana pihak sekretariat merasa malu untuk mengarahkan wakil jabatan-jabatan kerajaan dalam daerah Hulu Langat untuk melaksanakan setiap kerja tangan, walaupun mereka sendiri ada menyumbangkan prasarana.

·         Beliau turut menjelaskan bahawa jawatankuasa kerja yang dilantik bertindak sebagai penetap dasar pengelola dan jawatankuasa kecil Urusetia bertindak untuk melaksanakan setiap dasar yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.  

    1. Isu Akaun Pekida Pro Event Management : tentang penggunaan akaun Pekida Pro Event Management sebagai akaun rasmi program dan keperluan sumbangan dana dan persoalan siapa bertanggungjawab sekiranya sumbangan tidak mencukupi sehingga hari berlansungnya program perarakan.

PENJELASAN

§         Sekretariat menjelaskan program perarakan tetap akan diteruskan samada sumbangan diterima atau tidak. Misi program adalah atas dasar dakwah yang mana pihak sekretariat merasakan ianya menjadi satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul.

§         Walau bagaimanapun pihak skretariat tetap berharap sumbangan dari pelbagai phak dalam pelbagai bentuk untuk sama-sama menjayakan program perarakan.

§         Kaunter sekretariat bergerak secara 24 jam untuk menyalurkan maklumat dan menguruskan program tanpa mengira samada ada penyumbang atau tidak kerana kita keruntukan masa dan tidak boleh menanti sumbangan.

§         Pekida Pro Event telah menguruskan semua mesyuarat, melakukan sebaran jemputan tetamu/peserta, dan akan memastikan kehadiran tetamu, mengatur prasarana dan memastikan prasarana digunakan sebaik mungkin. Di hujung majlis, pihak sekretariat juga akan membersihkan kembali kawasan masjid selepas selesai program.

    1. Keperluan dan Penggunaan Dana PENJELASAN

·         Sekretariat menjelaskan beberapa keperluan dana yang diperlukan dalam melaksanakan pra sambutan perarakan. Antaranya melibatkan

1.       Makan minum termasuk kos utiliti pejabat untuk menampung Urusetia seramai 10 hingga 15 orang yang bergerak secara bergilir hampir 24 jam setiap hari termasuk sabtu dan hari minggu.

2.       Kos komunikasi yang amat banyak melibatkan perhubungan telefon, fax yang berulang-ulang, internet dll.

3.       Kos cetakan yang tinggi melibatkan penggunaan toner warna dan hitam laserjet terutama instant printing yang tidak sempat dicetak secara kontrak kerana kesuntukan masa.

4.       Kos kenderaan/perjalanan dalam usaha menemui prospek penaja untuk mencari penaja untuk menampung pelbagai kos termasuk mencetak  banner, streamer, fliers, kad jemputan khas, tagnama, buku manual dan sijil penghargaan urusetia, buku cenderamata, minit mesyuarat kecil bersama.

5.       Kos siaraya – sumbangan untuk siaraya dari kampung ke kampung

6.       Audio Visual System – Pekida Pro Event akan mendapatkan satu set sistem dan memerlukan satu set lagi PA sistem tambahan. Live telecast juga akan diusahakan pada hari sambutan dan pihak sekretariat memerlukan sumbangan untuk penggunaan kamera video dan digital.

7.       Kos sewa kenderaan untuk pengangkutan sukarelawan.

8.       Makanan dan minuman untuk peserta, tetamu dan sukarelawan.

9.       Makanan dan Minuman untuk tetamu jemputan khas / VIP.

10.   lain-lain kos luar jangka.

    1. Isu Pertandingan Semasa Perarakan – Jemaah mesyuarat khas bersama tuan Pegawai Daerah turut membangkitkan tentang isu pertandingan yang diadakan semasa perarakan yang mana ianya akan membawa kepada matlamat program lebih kepada rebutan hadian dan bukannya sebagai satu wadah ibadah. Turut dibangkitkan isu kemungkinan berlaku pilih kasih jika juri dari pihak Urusetia.

PENJELASAN

·         Sekretariat menjelaskan bahawa tujuan diadakan pertandingan adalah untuk menerbitkan semangat berlumba-lumba di kalangan kontinjen.

·         Tujuan pertandingan juga adalah untuk memberatkan penjagaan etika dan disiplin di kalangan kontinjen yang terlibat. Tujuan khusus supaya tetamu sempat menerima pelajaran dari program ceramah kerana akan kekal bersama hingga ke akhir agenda kerana menunggu hadiah.

·         Pertandingan juga diadakan lebih menjurus ke arah pertandingan berbentuk kasual yang mana ianya sama seperti pertandingan hadiah cabutan bertuah.

·         Timbalan Pengerusi Pengelola juga memaklumkan bahawa Unit PEMADAM Sg Ramal Baru tidak akan terlibat di dalam perarakan dan hanya akan ditugaskan sebagai urusetia program.

·         Walau bagaimanapun pihak sekretariat bersetuju untuk memotong beberapa pertandingan yang mungkin menimbulkan fitnah.

 

  1. PEMBENTANGAN ATURCARA DAN FLOOR PLAN PERARAKAN

Pembentangan dilaksanakan oleh Dr. Haji Masjuki kepada jemaah mesyuarat dengan menggunakan LCD projector dan komputer.

·         Peta laluan peserta perarakan – En. Omar dan pihak polis akan bekerjasama dalam memastikan kelancaran perjalanan peserta dan jika terdapat perubahan laluan disaat- saat akhir. En. Omar memberikan komen laluan yang digunakan tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat.

·         Layout kedudukan peserta di stadium – Konsep yang akan digunakan oleh urusetia untuk mengurus kontijen di padang ialah ‘First come, first serve’.  Hanya beberapa kontigen yang akan disusun khas mengikut protokol, termasuklah kalangan VIP, Majlis agama, orang-tua / cacat, Masjid Kajang, PEMADAM dan sebagainya. Peserta akan mula dilepaskan berarak jika stadium penuh untuk mengurangkan kesesakan di stadium. Jika tidak penuh, perarakan akan mengikut masa yang telah ditetapkan.

·         Layout kedudukan di perkarangan masjid – penjelasan tentang kedudukan peserta, tetamu VIP dan tempat letak kenderaan VIP.

·         Gambar sebenar streamer yang akan digunakan – Tuan Pegawai Daerah mengarahkan agar logo hanya ditumpukan pada logo PEMADAM sahaja dan tidak logo-logo kerajaan dan organisasi. Dr Hj Masjuki turut mempelawa jemaah mesyuarat membetulkan kesilapan jika ada.

·         Gambar-gambar program Pekida Pro Event – Timbalan Pengerusi turut memaparkan gambar-gambar program berunsur dakwah yang pernah disertai oleh Pekida Pro Event Management sambil menerangkan alasan atau rasionale perlaksanaan sebagai gambaran kasar kepada jemaah tentang program ini.

·         Backdrop Pentas – backdrop turut ditayangkan dan ianya akan dibuat dalam bentuk digital secara looping dengan sistem video kerana tiada penaja setakat ini untuk inkjet printed backdrop.

·         Cenderahati yang pernah disediakan pihak PPEM – Sekretariat menunjukkan cenderahati berbentuk gambar (secara personalised) yang amat berkesan pernah diterima oleh kenamaan VIP dalam program yang pernah diadakan. Antara penerimanya ialah Dato’ Noh Omar, Dato’  Dr Ujang Bin Bagong Jp dan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, YB Senator Datuk Dr Hj Mohd Fuad dll.

 

KOMEN DAN ULASAN.

DATUK UJANG :

·         Beliau amat gembira dan berpuashati dengan penjelasan serta berharap ini akan menjadi satu-satunya program yang paling berjaya dilaksanakan oleh beliau.

·         Dato’ Ujang turut menyatakan yang beliau sudah banyak berhabis dalam menjayakan aktiviti berkaitan masyarakat dan ingin melihat kejayaan ini sebelum beliau menutup mata.

ENCIK ARIS :

·         Beliau kagum dengan penyampaian yang diberikan oleh Dr Hj Masjuki dan berharap program sambutan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

                                                                                      

  1. PERKARA BERBANGKIT

1.       PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH – 

·         Menyatakan program yang akan diadakan ini merupakan satu usaha dan contoh yang terbaik untuk masyarakat mendidik anak-anak di luar waktu persekolahan.

·         Memohon supaya mesyuarat akan datang yang akan diadakan pada 23 Mac 2007 diadakan pada sebelah petang.

·         Memohon supaya diberikan surat permohonan penggunaan tempat sebagai satu standard ISO yang telah ditetapkan untuk jabatan kerajaan.

KOMEN

·         Bersetuju dengan cadangan dari pihak PPD dan akan mengemukakan surat permohonan penggunaan dewan mesyuarat.

2.       KETUA PENGULU DAERAH HULU LANGAT

·         Mengucapkan penghargaan kepada semua ahli jemaah mesyuarat.

·         Sekali lagi memberitahu bahawa beliau tidak mendapat surat jemputan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa kerja perarakan yang lalu.

·         Sudah berbincang dengan 7 penghulu yang berada di bawah bidang kuasa ketua penghulu. Hasil perjumpaan tersebut beliau bersetuju untuk mengeluarkan surat rasmi kepada seluruh ketua kampung dan JKK dalam daerah Hulu Langat.

·         Beliau cuba untuk memujuk penyertaan seramai 400 orang namun ianya masih belum muktamad dan dijangka sekitar 200 akan dapat hadir.

·         Beliau turut memaklumkan bahawa Unit PEMADAM Sg Kantan menaja pelikat untuk digunakan semasa perarakan.* urusetia agak kurang faham dengan maksud beliau.

·         Beliau turut menanyakan soalan tentang pakaian seragam yang telah ditetapkan oleh pihak sekeretariat.

KOMEN

·         Timbalan Pengerusi Pengelola memohon maaf sekali lagi dan menjelaskan bahawa surat jemputan mesyuarat telah difakskan kepada setiausaha beliau dan pihak urusetia mempunyai bukti bertulis dar rekod berkomputer yang digunakan sebagai alat penghantar faks. Mungkin ada kekeliruan atau kelemahan pengurusan dokumen di mana-mana dalam penerimaan maklumat ini.

·         Beliau turut menjelaskan bahawa pakaian seragam bergantung kepada kreativiti ketua kontinjen dan tiada ketetapan dikeluarkan, asalkan tidak menimbulkan fitnah dan gangguan awam.

3.       TUDM PANGKALAN SUNGAI BESI 

·         Wakil bagi pihak komander pangkalan TUDM sungai besi.

·         Menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat secara mengejut dari ketua beliau, namun amat berbesar hati kerana dijemput untuk turut serta bersama di dalam mesyuarat jawatankuasa kerja.

·         Beliau akan berbincang dengan Komander Pangkalan berkenaan untuk sumbangan  dan peralatan yang akan disalurkan dari pihak Pengkalan Sg Besi.

·         Beliau turut menarik perhatian dengan menyeru semua untuk sama-sama mengambil berat untuk menilai keperluan mengadakan sambutan maulidur rasul di kalangan umat Islam.

·         Maklumbalas akan diberikan pada 23 Mac nanti.

KOMEN

·         Dr Hj Masjuki menyatakan bahawa di waktu aman ATM secara amnya amat komited jika terdapat keperluan penglibatan mereka dalam pelaksanan kerja-kerja amal dan kebajikan. Ini adalah berdasarkan penelitian harian dan pengalaman beliau menguruskan beberapa majlis masyarakat dan kebajikan.

·         Sekali lagi beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wakil ATM kerana prihatin untuk bersama walaupun tidak berada dalam Daerah Hulu Langat.

4.       JABATAN PENJARA KAJANG        

·         Tuan Mansor memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada mesyuarat lepas dan beliau digantikan oleh Inspektor Yaakop.

·         Jabatan Penjara menganggarkan kehadiran anggota yang lebih ramai jika mendapat arahan daripada Jabatan Penjara Malaysia. Beliau berjanji untuk menyampaikan berita kepada jabatan penjara dan akan mengeluarkan surat arahan kepada jabatan-jabatan kecil yang berada di bawah kelolaan beliau.

5.       WAKIL DATO’ ENGKU MAHA BIJAYA        

·         Mengucapkan penghargaan kepada jemaah mesyuarat dan beliau menyatakan bahawa ayahandanya amat merestui pelaksanaan sambutan tersebut.

·         Ayahanda beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih di atas penjelasan yang telah diberikan oleh Ustaz Saiful Nizam dari pejabat sekretariat pada 16 Mac berkenaan sambutan majlis ini secara berdepan.

·         Beliau kemudiannya memohon pihak sekretariat untuk membetulkan ejaan yang terdapat pada nama ayahandanya.

KOMEN

·         Dr Hj Masjuki mengucapkan terima kasih di atas kesudian hadir dan kemudiannya membetulkan ejaan YDP Orang Besar Daerah.

6.       SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH ABIM

·         Merupakan sekolah swasta yang berada di Kajang. Mempunyai 950 orang pelajar dan berjanji untuk turut sama hadir menyertai program perarakan.

7.       KPJ SPECIALIST

·         Pn. Maisarah sebagai General Manager menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat dan Ingin menaja 1000 fliers.

·         Turut mempromosi kempen derma darah yang akan diadakan pada hari sabtu.

8.       MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

·         Mengucapkan penghargaan kepada semua ahli jemaah mesyuarat dan memaklumkan tentang ketidakhadiran belliau pada mesyuarat lepas kerana jadual bertembung dengan mesyuarat lain.

·         Berjanji untuk menyediakan sumbangan 4 khemah, 200 kerusi dan 20 meja.

9.       Beliau turut berjanji untuk menulis kepada semua persatuan penduduk kajang.

  1. LAIN-LAIN HAL

                     i.      Ulasan ucapan penutup Datuk Dr Ujang Bin Bagong JP

·         Meminta senarai Kerjasama didahuli oleh kadhi dan kemudiannya nazir masjid jamek.

·         Beliau tidak mahu timbul pertikaian tentang status anjuran yang sepatutnya dianjurkan oleh jabatan agama dan bukannya NGO.

·         Mengingatkan ketetapan jemputan mesyuarat terakhir pada 28 Mac di tempat yang sama jika tiada perubahan dari pihak Tuan Pegawai Daerah.

  1. PENANGGUHAN MESYUARAT – ditangguhkan tepat jam 5.25 petang.

 

 

      

    

 

 

 

 

 

 

 

 

Disedia dan diedarkan oleh

Pejabat Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia

(PEKIDA MALAYSIA) Wilayah Persekutuan

8558, Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-87369645 Tel/Fax: 03-87399645 Mobile: 013-2299930, 019-6230363

Email: rnd@pekida.org  Website: http://www.pekida.org

Semua pertanyaan mengenai web ini sila hubungi [urusetia].
Last updated: 03/16/07.