Untuk Melayari Paparan Yang Lain, Sila Kembali Ke

MINIT MESYUARAT 03
Jawatankuasa Kerja Sambutan Maulidur Rasul 1428H
Tempat Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Saujana Impian
Kilometer 22,Jalan Cheras,Kajang,Selangor
Tarikh Selasa 13hb Mac 2007
Masa 2.30 ptg
KEHADIRAN:
No Nama Jabatan
1. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Aala Penasihat 1
2. Datuk Dr Ujang Bin Bagong J.P Pengerusi Pengelola
3. Dr Hj Masjuki Bin Mohd Musuri Timbalan Pengerusi
Mesyuarat bermula jam 3.00 ptg, dipengerusikan oleh pengerusi pengelola Datuk Dr Ujang bin Bagong J.P. yang kemudiannya meminta Timbalan Pengerusi pengelola Dr Hj Masjuki Bin Hj Mohd Musuri untuk mempengerusikan mesyuarat hingga akhirnya.
AGENDA MESYUARAT
1. Dato Dr. Ujang B. Bagong, JP mengucapkan tahniah di atas kehadiran semua pada mesyuarat kali ini terutamanya di atas kesudian Tuan Pegawai Daerah, Tuan Hj. Zainal Abidin B. Aala yang turut sama hadir dan memuji Tuan Pegawai Daerah kerana tiba lebih awal dari ketua sekretariat sendiri.
2. Beliau melahirkan keluhan kerana terdapat wakil-wakil jabatan kerajaan yang tidak prihatin untuk menghadirkan diri. Sekretariat disarankan untuk mengenal pasti punca kehadiran yang agak mengecewakan pada mesyuarat pada kali ini yang mana samada ianya disebabkan oleh kelemahan sekratariat, kelemahan sistem pengurusan maklumat jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat atau sememangnya mereka tidak berminat dengan program seperti ini.
3. Beliau juga menyarankan agar Tuan Pegawai Daerah dapat memantau sikap jabatan-jabatan kerajaan dengan mengeluarkan surat pekeliling kepada semua jabatan-jabatan kerajaan di bawah pentadbiran Daerah Hulu Langat supaya semua pihak mengambil perhatian tentang program sambutan Maulidurrasul peringkat Daerah Hulu Langat kali ini.
4. Beliau menekankan pentingnya untuk semua Jawatankuasa dan ketua jabatan menjaga maruah Tuan Pegawai Daerah dan Agama Islam dalam menjayakan program yang besar seperti ini.
5. Beliau kemudiannya meminta Dr. Masjuki untuk mempengerusikan mesyuarat.
1. Sambil meminta izin jemaah untuk mempengerusikan Mesyuarat, beliau memohon maaf kepada Cikgu Thaha Bin Mohd Yusof kerana kekeliruan komunikasi antara pihak seketeriat dan pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat mengenai penetapan tarikh dan tempat mesyuarat. Beliau menjelaskan tentang penetapan tarikh mesyuarat hari ini dan persediaan tempat serta juadah telah dipersetujui sebulat suara di antara ahli jawatankuasa kerja dan pihak PPD tanpa perlu surat menyurat lagi dalam mesyuarat yang lalu (rujuk minit mesyuarat ke 2).
2. Beliau juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa mesyuarat dan penghargaan khusus kepada Cikgu Thaha Bin Mohd Yusof kerana kerjasama yang diberikan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
3. Beliau menjelaskan bahawa ini merupakan ujian Allah kepada semua pihak dalam usaha menjayakan program ini. Semua pihak termasuk pihak Sekretariat harus mengambil pelajaran untuk mempastikan usaha lebih gigih dan mengurangkan kesilapan di masa depan.
1. Beliau mengucapkan selamat datang kepada semua yang hadir dan memohon ampun kepada semua ahli Majlis kerana tidak dapat hadir ke mesyuarat pertama dan kedua atas sebab tugas-tugas lain.
2. Beliau menjelaskan kronologi timbulnya idea perlaksanaan program ini melalui mesyuarat khas bersama kira-kira 10 anggota dari pihak PEMADAM dengannya di pejabat beliau kira-kira sebulan setengah yang lalu hinggalah sekarang.
3. Beliau menasihatkan bahawa perjalanan majlis ini harus ada undang-undang yang berkaitan dengan peraturan kerajaan dan semua Jawatankuasa harus melihatnya dari sudut yang luas (makro) bukan dari sudut yang sempit (mikro).
4. Beliau berjanji untuk membawa program ini dengan serius ke Majlis Tindakan Daerah dan mengeluarkan pekeliling rasmi kepada semua jabatan dan organisasi yang ada di bawah kelolaan Pejabat Daerah Hulu Langat dalam bentuk bertulis untuk mendapatkan bantuan berupa kenderaan dan jemputan rasmi untuk menjayakan program ini.
5. Menasihatkan agar ada Jawatankuasa kecil seperti Sajian, pengangkutan, keselamatan dan lain-lain untuk melicinkan lagi pengurusan majlis ini.
6. Menasihatkan agar difikirkan semula kaedah yang selamat dalam usaha mendapatkan sumbangan ikhlas dan pengurusan akaun bank.
7. Menyatakan kebimbangan ketidakcukupan bekalan makanan yang akan memalukan pihaknya dan penganjur jika perkara sedemikian berlaku.
KOMEN DAN ULASAN.
DATUK UJANG :
· Beliau menafikan memberi kebenaran untuk meminta derma namun menyatakan rasa simpati kepada pihak sekretariat kerana telah membiayai semua urusan perlaksanaan program yang memerlukan belanja seperti apa yang dinyatakan oleh pihak sekretariat. Soal makan minum beliau sanggup mengeluarkan modal jika semua pihak masih tidak sudi mengeluarkan sumbangan.
· Beliau minta pihak Pejabat Daerah juga membantu membekalkan nasi bungkus untuk menampung kekurangan dan menasihatkan semua yang hadir sebagai mukmin melakukan sesuatu untuk kebajikan agama dan masyarakat.
DR HJ MASJUKI :
· Beliau mengakui larangan Datuk Ujang dan sememangnya tiada derma yang dikutip melainkan ianya berbentuk jualan iklan di buku cenderamata, banner, streamer dll sepertimana dinyatakan dalam minit mesyuarat dan surat pelawaan tajaan yang telah diedarkan di mesyuarat ke 2. Sumbangan dari pihak jabatan adalah berupa prasarana (in-kind) dan tidak melibatkan tunai.
· Semua sumbangan berbentuk tajaan memerlukan saluran akaun bank di mana semuanya mempunyai rekod dan resit bertulis untuk tujuan pembukuan akaun dan audit oleh juru audit yang akan dinamakan oleh Datuk Ujang dari calun pilihannya yang tidak dikenali oleh pihak sekretariat.
· Pihak sekretariat tidak dapat mengelak dari keperluan tunai untuk mengendalikan pengurusan program ini termasuklah untuk kos tersembunyi yang tidak diperolehi secara lansung dari mana-mana jabatan dan ahli mesyuarat seperti kos printing dan penghantaran semua kertaskerja, minit mesyuarat, surat-surat jemputan, tag nama, sijil penghargaan, kos saguhati dan perjalanan urusetia sekretariat yang telah bertugas sejak sebulan lalu dan lain-lain.
· Lebihan dari perbelanjaan printing akan digunakan untuk menampung kos yang memerlukan tunai seperti di atas di samping untuk menampung sarana majlis mengikut prioriti seperti tambahan bekalan makanan, diikuti dengan tambahan sewa kemah, sewa bas dan sebagainya.
· Sehingga kini belum ada mana-mana penaja yang tampil lagi melainkan perbelanjaan juadah mesyuarat yang selama ini ditanggung oleh Datuk Ujang dan RM 200 dari En Omar sebanyak 2 kali. Selebihnya dibiayai sendiri oleh pihak Pekida Pro Event Management demi mengejar masa dan melancarkan urusan.
· Menjawab nasihat mengenai AJK kecil, beliau menyatakan bahawa telah dipersetujui dalam mesyuarat yang lalu bahawa setiap jabatan telah diamanahkan secara lansung menjadi AJK kecil di bidang berkaitan. Sebagai contoh,
o KESELAMATAN diketuai oleh PDRM yang akan menyelia semua pihak yang terlibat di bawah tugas keselamatan seperti PGA, RELA dan sebagainya.
o KESIHATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS diketuai oleh pihak Jabatan Kesihatan yang akan menyelia pihak berkaitan seperti PBSM, St John Ambulance dll.
o SIAR RAYA diserahkan kepada Jabatan Penerangan yang akan menguruskan PA system dan jemputan pihak media.
o PERSIAPAN TEMPAT & KEMAH pihak Jurutera JKR
· Tempoh masa 2 minggu yang ada akan digunakan untuk mendapatkan tajaan bagi menampung kos cetakan sepanduk, buku cenderamata dan sebagainya.
· Wakil-wakil jabatan yang hadir sebelum ini ada yang tidak hadir dalam mesyuarat yang lain, namun mereka mendapat maklumat terkini mesyuarat ini dengan mengikutinya melalui minit mesyuarat di internet (www.pekida.org/maulud) atau dengan merujuk kepada pihak urusetia.
· Akur dengan nasihat tuan Pegawai Daerah, pihak sekretariat akan menyusuli semua janji sumbangan sarana dari pihak jabatan dengan surat rasmi permohonan.
CIK GU ARIS wakil pemadam Daerah Hulu Langat
· Minta had masa untuk mengutip sumbangan iklan agar tiada salahguna kuasa.
· Minta lapuran lengkap untuk beliau mengajukan lapuran kepada pihak PEMADAM negeri. Setiap proses mesti dengan surat menyurat atau secara bertulis.
· Meminta maklumat untuk melengkapkan permohonan permit seperti a)nama penceramah b)salinan banner c)jadual lengkap program d)agensi yang terlibat e)anggaran sebenar peserta perarakan.
DR HJ MASJUKI MENJAWAB :
· Semua urusan tajaan dan sumbangan dibuat secara telus termasuk harga tajaan dan lapuran lengkap akan diserahkan kepada pihak PEMADAM daerah selewat-lewatnya 2 minggu selepas program.
· Semua urusan permit telah dipersetujui untuk diuruskan oleh En.Omar dan Datuk Ujang sebagai penama pemohon dan menjawab persoalan permit seperti berikut,
a) nama penceramah telah di bincang dan dinyatakan dalam minit mesyuarat yang lalu iaitu Ustaz Hj Mohd Baharuddin bin Giman dari unit dakwah Pejabat Pentadbir Hal Ehwal Agama Islam Hulu Langat.
b) salinan banner ada dilampirkan dengan ukuran 2 x 6 kaki.
c) jadual lengkap program telah dibincang di mesyuarat pertama dan akan kemukakan susunan lengkap dalam mesyuarat akan datang.
d) agensi yang terlibat seperti di minit-minit mesyuarat dan surat jemputan.
e) anggaran peserta perarakan telah dibincang di mesyuarat lalu iaitu sekitar 5000 orang.
Dr Hj Masjuki telah membacakan agenda mesyuarat dan mengemukakan kepada jemaah mesyuarat untuk mengesahkan minit mesyuarat ko-ordinasi ke 2.
KOMEN MESYUARAT :
Datuk Dr Ujang Bin Bagong,J.P. mencadangkan minit mesyuarat ko-ordinasi ke 2 disahkan dan disokong oleh En Khalinan Bin Mohd Tahar.
KEPUTUSAN MESYUARAT : DITERIMA SEBULAT SUARA
PENJELASAN - En. Omar meminta penjelasan sais banner dan tempat untuk diletakkan. Akhirnya pihak Tuan Pegawai Daerah diminta membantu mempercepatkan proses urusan dengan MPKJ dan dipersetujui oleh Tuan Pegawai Daerah.
PENJELASAN :
· Sekeretariat menjelaskan bahawa pihak Ketua Penghulu telah dihubungi melalui talipun. Mereka meminta difakskan di nombor faks yang diberikan semua jemputan cukup hanya kepada ketua Penghulu sahaja untuk dipanjangkan kepada semua penghulu lain di daerah Hulu Langat ini.
· Tuan pegawai Daerah pula bersetuju untuk membuat surat pekeliling dan memantau perkara ini bukan saja kepada penghulu malah kepada 61 JKKK kampung, semua agensi Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, ADUN, MP dan semua organisasi / parti politik di seluruh daerah Hulu Langat.
KOMEN beliau sendiri tidak ingat akan program itu dan menyatakan tiada masalah dengan tarikh itu serta bersetuju memanjangkan jemputan kepada Datuk Rahman Palil untuk turut hadir.
KOMEN hasil perbincangan memutuskan izin untuk bacaan al-quran ini dibuat sebelum perarakan di stadium.
1. JHEOA menyediakan -
· 200 orang peserta - memohon pihak Majlis menyediakan pengangkutan dan makanan.
· Pihak urusetia akan cuba mendapatkan bantuan dari pihak-pihak lain termasuk para ADUN dan MP kawasan untuk pengangkutan. Di hujung mesyuarat diputuskan sumbangan 2 bas dari Jabatan Belia dan Sukan akan disalurkan untuk orang Asli kecuali ada perubahan atau tambahan bas dari punca-punca lain.
2. Telekom :
Kali pertama datang mesyuarat dan bersetuju menghantar 1 kontijen seramai 20 orang.
3. Penjara Kajang
· Akan membawa 20 orang anggota dan akan menjemput keluarga seramai mungkin.
· Ini kali pertama mengikuti mesyuarat yang sebelumnya diwakili oleh pegawai lain dan menyatakan agak kurang jelas dengan persiapan program ini setakat ini serta memohon penjelasan lebih lanjut.
PENJELASAN PENGERUSI meminta beliau mendapatkan semula minit mesyuarat yang lalu samada dari internet atau dari pihak urusetia. Pihak urusetia juga menyatakan azam bahawa segala komen dan teguran tidak sekali-kali akan melemahkan semangat bahkan akan dijadikan pendorong agar semua urusetia bekerja lebih keras untuk memastikan kejayaan program ini.
4. Puan Noripah pemerhati PEMADAM Daerah kali pertama hadir mesyuarat dan menyatakan ramai AJK PEMADAM daerah tidak maklum tentang mesyuarat ini.
PENJELASAN PENGERUSI beliau dijemput sebagai pemerhati, bukan sebagai AJK. Selanjutnya meminta beliau mendapatkan semula minit mesyuarat yang lalu samada dari internet atau dari pihak urusetia untuk mengikuti perkembangannya.
5. PDRM Tuan Zainol Abidin menjawab kebimbangan Tuan Pegawai Daerah tentang permit dengan menyatakan pihak PDRM tiada masalah untuk mengeluarkan permit bagi program ini
6. PGA menyediakan 20 orang mewakili 1 kontijen peserta perarakan dan meminta urusetia menghantar surat rasmi untuk urusan permohonan kenderaan.
PENJELASAN PENGERUSI menyatakan surat yang diminta telah dihantar kepada Ajutan melalui Puan Rosni iaitu PA Komander Brigade Tengah namun berjanji untuk mengantarnya sekali lagi melalui beliau.
7. Persatuan Penduduk Bandar Teknologi - akan menghantar 1 kontijen terdiri dari
· 20 orang pemain bola untuk menjadi peserta perarakan.
8. Syabas - akan mempastikan
· 50 orang peserta perarakan dan meminta floor plan program ini.
PENJELASAN PENGERUSI meminta hadir di mesyuarat akan datang untuk dijelaskan secara terperinci.
9. Pejabat Agama Islam Daerah- menghantar
· 1 kontinjen seramai 40 orang
· Menyatakan persetujuan dari Sekolah Agama Rakyat yang belum dapat dinyatakan jumlah kehadiran mereka.
10. Pej Pendidikan Daerah
· Memohon maaf kerana tidak cukup mikrofon disebabkan notis yang lewat.
· Meminta penjelasan tentang Objektif, fokus pendidikan, golongan sasaran dan sebagainya tentang program ini yang baginya masih kabur.
· 500 orang dari pelajar sekolah berasrama di daerah H/Langat tetapi akan menambah dengan mengarahkan semua para guru, staf jabatan dan seberapa ramai murid yang akan menumpang kenderaan guru ke perarakan ini.
· Penyediaan 5 buah bas, tetapi hanya untuk mengangkut pelajar asrama sahaja.
· Berbesar hati dapat menyediakan dewan dan prasarana serta menawarkan penggunaan dewan seterusnya terutama apabila siapnya auditorium jabatan yang lebih canggih dengan segala kelengkapan sedikit masa lagi.
PENJELASAN PENGERUSI
· Meminta beliau membaca semula minit mesyuarat pertama yang mana telah bentangkan, dibincang serta dipersetujui sebulat suara tentang kertas kerja program dan dinyatakan secara terperinci semua mengenai objektif, fokus pendidikan dan golongan sasaran yang ditanyakan.
· Menyampaikan isihati Tuan Pegawai Daerah yang tidak berkecilhati dengan jumlah mikrofon yang dikatakan kurang.
11. MPAJ bersetuju
· Membawa program ini ke pihak atasan MPAJ termasuk kemungkinan membenarkan penggunaan kenderaan (bas) MPAJ untuk program ini.
12. Persatuan Seni Silat Lincah -
· Bertanya tentang kemungkinan cuaca buruk dan apa tindakan urusetia serta komen tentang syarat hanya tulisan jawi pada sepanduk.
PENJELASAN PENGERUSI
· Meminta beliau membaca semula minit mesyuarat lalu yang mana telah dijelaskan bahawa pihak Polis akan membantu mengubah plan tindakan seperti mengubah haluan, menunda masa perarakan dan sebagainya mengikut keadaan seperti jumlah peserta, masa bermulanya perarakan, keadaan trafik ketika itu dan juga faktur cuaca.
· Meminta semua kontigen agar tidak terlalu terikat dengan peraturan sepanduk yang dilampirkan kerana itu bukan satu kewajipan tetapi merupakan satu panduan saja agar semua sepanduk tidak kelihatan caca merba. Tulisan jawi adalah merupakan promosi dan asas tulisan agama Islam, namun tulisan rumi masih dibenarkan untuk memudahkan kefahaman tetamu.
13. Jabatan Belia dan Sukan mengucapkan tahniah tentang perjalanan program ini dan setuju untuk menawarkan 3 buah bas (2 untuk urusetia dan 1 untuk kegunaan jabatan sendiri). Urusan kontigen masih kekal seperti minit mesyuarat lalu.
14. Lembaga Zakat Selangor mengulangi persetujuan saguhati penceramah dan meminta urusetia memohon secara rasmi. Kekal setuju dengan 5 staff sebagai urusetia bantuan.
15. Bank rakyat kali pertama hadir dan meminta urusetia berjumpa secara khusus dan berkemungkinan akan membeli ruang iklan untuk menampung kos program. PPD mencelah bahawa Bank Rakyat adalah penderma utama kepada program khas PPD.
16. Ustaz Yatim (datang kemudian) meminta maaf datang lewat atas urusan peribadi dan menyatakan tambahan kesanggupan 40 50 orang peserta sahaja kerana terikat dengan protokol PSSLM. Meminta semua pihak jangan sekali-kali memperlekehkan organisasi silat lincah kerana silat lincah sebenarnya mempunyai 1 juta ahli dan ia adalah setanding dengan AADK, bukan dengan PEMADAM.
KOMEN Datuk Ujang sedia bersemuka dengan Mahaguru Omar Din untuk mendapatkan tambahan peserta.
i. Ulasan ucapan penutup Datuk Dr Ujang Bin Bagong JP
· mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada MPAJ bukan saja sudi hadir menunjukkan keperihatinan terhadap program keagamaan seperti ini, malah bersetuju untuk mendapatkan kelulusan penggunaan kenderaan mereka. Beliau meminta jabatan lain mencontohi MPAJ.
· Memohon Jabatan penjara menambah kehadiran dan meminta pihak urusetia memperbaiki kelemahan semua pihak.
ii. Pengerusi Mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PPD yang telah bermurah hati menyediakan tempat mesyuarat dan memohon agar majlis memohon sekali lagi penggunaan dewan untuk kali ke 4 dengan menyerahkan kepada Tuan Pegawai Daerah untuk menetapkan tarikh mesyuarat pada hari esok setelah meneliti program beliau yang telah sedia diatur.
iii. Pengerusi juga menyatakan azam untuk menyiapkan minit mesyuarat secepat mungkin dan menghantar surat jemputan mesyuarat yang akan datang sebaik saja mandapat ketetapan tarikh dari Tuan Pegawai Daerah.
iv. Sekali lagi pengerusi memohon maaf dan meminta semua pihak mengambil positif terhadap apa yang dialami dan menjadikan ianya satu pelajaran atau sebagai ujian Allah untuk mendapat kejayaan perlaksanaan program ini. Segala yang dilakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan keredoaan Allah jua.


Disedia dan diedarkan oleh

Pejabat Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah
(PEKIDA
8558,
Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel:
03-87369645 Tel/Fax: 03-87399645
Email:
rnd@pekida.org
Website:
http://www.pekida.org

Semua pertanyaan mengenai web ini sila hubungi
[urusetia].
Last updated: 03/16/07.