Untuk Melayari Paparan Yang Lain, Sila Kembali Ke

MINIT MESYUARAT 02
Jawatankuasa Kerja Sambutan Maulidur Rasul 1428H
Tempat Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) Saujana Impian
Kilometer 22,Jalan Cheras,Kajang,Selangor
Tarikh Selasa 6hb Mac 2007
Masa 2.30ptg
KEHADIRAN:
No Nama Jabatan
1. Datuk Dr Ujang Bin Bagong J.P Pengerusi
2. Dr Hj Masjuki Bin Mohd Musuri Timbalan Pengerusi
Mesyuarat bermula jam 3.00ptg dipengerusikan oleh pengerusi pengelola Datuk Dr Ujang bin Bagong J.P yang kemudiannya meminta Timbalan Pengerusi pengelola Dr Hj Masjuki Bin Hj Mohd Musuri untuk mempengerusikan mesyuarat hingga akhirnya.
AGENDA MESYUARAT
1. Pengerusi menyampaikan salam Tuan Pegawai Daerah yang tidak dapat hadir dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir kerana komitmen semua AJK menghadirkan diri membuktikan kesungguhan untuk menjayakan Pogram Sambutan Maulidur rasul 1428H Peringkat Daerah Hulu Langat.
2. Beliau turut mengucapkan terima kasih terhadap Dato Mat Yasir bin Juli selaku Nazir Masjid Jamek Pekan Kajang kerana menghadiri mesyuarat ini.kehadiran Beliau akan memudahkan urusan pengelola program menggunakan kemudahan Masjid Jamek Pekan Kajang.
3. Beliau menyatakan kenyakinan Program Sambutan Maulidur Rasul 1428H pasti berjaya dilaksanakan dengan adanya komitmen semua pihak yang terlibat. Bagi merealisasikan pelaksanaan program.
4. beliau secara peribadi menyatakan bersetuju menyumbang
5. Beliau kemudiannya meminta Dr Hj Masjuki untuk mempengerusi mesyuarat.
1. Beliau mengucapkan terimakasih pada AJK mesyuarat menjemput beliau menghadiri mesyuarat ini dan amat berbangga kerana program ini akan dilaksanakan di Masjid Jamek Pekan Kajang.beliau juga menyatakan tentang keperluan program ini diadakan bagi mengembalikan program kearah keislaman disambut secara besar-besaran dengan penglibatan semua pihak.
2. Sebagai Nazir Masjid Jamek Pekan Kajang beliau memohon kepada semua AJK yang hadir memastikan anggaran kehadiran 10,000 orang semasa program berlangsung perlu diambil secara serius kerana anggaran tersebut dalam program Sambutan Maulidur Rasul 1428H peringkat daerah H/Langat suatu kejayaan yang besar bagi pihak pengelola majlis.
3. Atas tanggungjawab itu beliau akan mengadakan suatu mesyuarat dengan AJK 40buah surau dibawah kariah masjid Jamek Pekan Kajang untuk memastikan setiap setiap surau menyediakan 50bungkus nasi untuk program tersebut.dan beliau juga akan memastikan masjid Jamek Pekan Kajang akan menghebahkan program tersebut pada setiap solat jumaat kepada jemaah masjid.
Dr Hj Masjuki telah membacakan agenda mesyuarat dan mengulas serba sedikit tentang minit mesyuarat 01 dan mengemukakan kepada jemaah mesyuarat untuk mengesahkan minit mesyuarat ko-ordinasi ke 1.
KOMEN MESYUARAT :
En Omar bin Md Noh mencadangkan minit mesyuarat ko-ordinasi ke1 disahkan
dan disokong oleh En Aris b Abdul Majid.
KEPUTUSAN MESYUARAT : DITERIMA SEBULAT SUARA
· Pengerusi mengulas dan menerangkan tentang surat jemputan penyertaan serta rayuan sumbangan yang telah diedarkan secara satu persatu.
· Beliau menyatakan sehingga hari ini belum ada yang tampil menghulur sumbangan kecuali En. Omar yang menyumbangkan RM200 dan biaya jamuan mesyuarat ditanggung oleh Datuk Ujang, walaupun pihak urusetia telah bergerak lebih sebulan dan membelanjakan beribu ringgit untuk kerja-kerja pengurusan asas bagi menjayakan program ini.
· Oleh itu beliau turut menawarkan pembelian ruang iklan di buku cenderamata yang telah dirangka untuk diedarkan kepada semua tetamu. Di antara bentuk sumbangan yang diterangkan ialah,
1. Senarai sukarelawan : NAMA, NO.KP, NO.TALIPUN dan berikan juga
NAMA ORGANISASI, NAMA DAN NO.TEL KETUA KUMPULAN
2. Pembelian ruang iklan di buku cenderamata :
1. iklan bentuk senarai & no.talipun - RM100
2. ¼ muka dalam - RM400
3. ½ muka dalam - RM600
4. muka penuh dalam - RM1000
5. muka penuh tengah - RM2000
6. muka penuh belakang - RM4000
7. muka depan - RM6000
8. muka penuh belakang dalam - RM3000
9. muka penuh dalam depan - RM4000
3. Penajaan Sepanduk :
· Banner – RM350
· Streamer –RM50
· Backdrop Pentas – RM3500 termasuk
i. kos artwork,
ii. kos cetakan,
iii. ruang promosi iklan/logo syarikat/jabatan yang menyumbang
iv. kos permit,
v. kos pemasangan di seluruh daerah Hulu Langat dan pembukaan semula
4. Peralatan Umum : PA system (2set diperlukan), walkie talkie, khemah, kerusi meja, Pentas dll.
5. Pengangkutan : Berupa bas, Van atau kereta untuk pengangkutan urusetia dan peserta
6. Tajaan makanan : Sarapan Urusetia(sekitar 500orang)minuman ringan & nasi bungkus untuk tetamu(sekitar 10000),sajian VIP atau apa saja bentuk sajian percuma
7. Sumbangan ikhlas berbentuk amal : yang akan disenaraikan dibuku cenderamata untuk menampung pelbagai kekurangan prasarana dan kos pengurusan am program dan tabung Rumah Pengasih Datuk Dr Ujang Bin Bagong JP.sumbangan yang diterima akan dimasukkan kepada:
AKAUN : PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT
BANK : MBB SERDANG,SELANGOR
NO.AKAUN : 5621 4270 8519
KOMEN : DITERIMA SEBULAT SUARA
a) Route perjalanan perarakan
· dibangkitkan Tuan C/I Rahiman, dijelaskan oleh En Omar dengan melakarkan beberapa laluan di white board untuk persetujuan umum.
· persoalan ditangguhkan selepas kata sepakat supaya diadakan pertemuan khusus wakil pengelola iaitu En Omar dengan pihak polis Kajang termasuk penyerahan kepada En Omar dan Ybhg Datuk Ujang untuk urusan mendapatkan Permit program dari pihak PDRM.
· Pengerusi mengeluarkan borang permit yang telah didapatkan dari pihak PDRM dan menjelaskan syarat-syarat asas untuk kelulusannya.
b) kata sepakat untuk memastikan anggaran kehadiran peserta harus dikemukakan sebelum 22hb Mac 2007
c) Ustaz Hj Mohd Baharudin dari Pejabat Agama Kajang menjelaskan tentang prosedur perarakan dan konsep sepanduk sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sebagai panduan bersama. NOTA : SILA RUJUK LAMPIRAN A.
d) Permohonan Datuk Ujang Bin Bagong JP kepada majlis supaya menyusun semula susunan nama AJK mengikut kedudukan hirarki pentadbiran daerah Hulu Langat. Datuk Ujang meminta agar dituliskan dalam kad jemputan, Banner dan buku cenderamata secara rasmi bahawa Penaung Program ini di tukar kepada Orang Besar Daerah Hulu Langat iaitu Y.Bhg Dato’ Engku Abdul Rani Bin Samsudin dan Tuan Pegawai Daerah sebagai Penasihat utama dan diikuti dengan Dato’ Nazir Masjid Kajang, Ketua Polis Daerah & Tuan Kadi Daerah Hulu Langat.
e) Kenyataan Persetujuan dari setiap AJK tentang kehadiran Peserta, Sukarelawan dan Sumbangan yang mampu disalurkan seperti berikut,
1. Jab Kesihatan : Menyediakan ambulan dan pegawai perubatan
2. Lembaga zakat selangor : akan mempastikan
· Peruntukan kewangan perlu dibincang secara khusus. Setakat ini peruntukan yang ada hanya untuk saguhati penceramah Forum saja. Sekiranya forum dibatalkan maka pihak nya tidak dapat menghulurkan bantuan.
· Untuk urusan selanjutnya satu kertaskerja lengkap perlu dibuat untuk meyakinkan LZS untuk menyalurkan dana di bawah katagori Asnaf Jihad. Pihak urusetia diminta membuat pertemuan khusus dengan pihak LZS.
· Semua pekerja LZS kajang dijemput Menjadi urusetia (6 orang)
3. Jab perpaduan dan Integrasi Negara akan mempastikan - 300 peserta (dewasa/remaja/puteri)
· majlis memohon untuk tambahan 30 orang Sukarelawan
4. Silat Lincah Kg Tanjung – hanya mampu menghantar 20-30 orang sahaja. Datuk Ujang meminta agar ditambahkan lagi demi menunjukkan sokongan terhadap program ini.
5. Polis Kajang - Minta dikecualikan atas alasan terlibat dengan urusan Lalulintas.
6. Syabas menyediakan - 50orang urusetia termasuk peserta perarakan
7. Pekida Bandar Teknologi - akan mempastikan
· 1000 orang peserta termasuk 100orang urusetia
· Bersetuju membekalkan 100 bungkus nasi.
8. JHEOA menyediakan -
· 200orang peserta - akan tetapi memohon dari pihak Majlis menyediakan pengangkutan kepada peserta dan menaja sepanduk kerana JHEOA tiada peruntukan untuk itu..
· Datuk Ujang Bin Bagong JP bersetuju untuk menaja sepanduk bagi kontinjen JHEOA.
· Pihak urusetia akan cuba mendapatkan bantuan dari pihak-pihak lain termasuk para ADUN dan MP kawasan untuk pengangkutan.
9. AADK - akan mempastikan
· penyertaan dari wakil-wakil pusat serenti/pusat pemulihan swasta /Alumni dan cawangan Ampang.
· Jumlah perwakilan tidak dapat dipastikan.
· bersetuju menyediakan 5 kotak air mineral dan Datuk Ujang menambah sumbangan dengan 100 kotak lagi untuk AADK.
· Memohon kepada majlis menyediakan pengangkutan untuk para peserta.
10. Pejabat Agama Islam Daerah- menghantar
· 1 kontinjen seramai 40 orang dan
· memberi penjelasan tentang konsep perarakan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.
11. Pej Pendidikan Daerah –
· 500orang dari pelajar sekolah daerah H/Langat.
· Memohon kepada majlis mendapatkan Pengangkutan untuk sekolah yang tidak mempunyai bas sekolah
12. PGA Cheras - mohon kepada majlis menghantar wakil/surat untuk Perbincangan khusus tentang penghantaran kontigen dan bantuan sukarelawan..
13. JKR - bersetuju untuk
· menyediakan khemah / pentas bersama jabatan lain sebanyak mungkin..
· mohon majlis supaya Dapatkan persetujuan Pegawai Daerah supaya wajibkan setiap ketua Jabatan menjadi ketua kontinjen setiap Agensi Kerajaan yang Terlibat.
· minta memohon majlis ambil perhatian untuk menyemak semula tentang tarikh kerana pada 1hb april 2007 kerana tuan Pegawai Daerah sepatutnya terlibat suatu Program yang melibatkan JKR.
KOMEN MESYUARAT :
1. pengerusi menjelaskan langkah untuk menyelesaikan masalah pengangkutan melakukan pertemuan khusus dengan ADUN/Ahli Parlimen daerah H/Langat untuk bantuan kenderaan.
2. majlis memohon wakil PEKIDA bandar Teknologi bersama pihak urusetia untuk melakukan pertemuan khusus dengan YB Ahmad Kuris.
3. Pertemuan khusus antara pihak urusetia dengan beberapa jabatan atau organisasi juga perlu diadakan bagi memastikan persiapan Program berjalan lancar tanpa menimbulkan kekeliruan dari mana mana pihak.
4. pihak urusetia akan mempastikan segala saranan jemaah mesyuarat dilaksanakan sebaik mungkin.



LAMPIRAN A:
KONSEP SEPANDUK MAULIDURRASUL 1428 H
1. Ukuran sepanduk 3’x 8’(atau bersesuaian)
2. Tulisan sepanduk hendaklah menggunakan tulisan jawi.
3. Setiap sepanduk boleh menggunakan tidak lebih dari 4 jenis warna.
4. Setiap sepanduk hendaklah menulis salh satu dari cogankata-cogankata berikut :
a) Insan Cemerlang Ummah Terbilang
b) Rasulullah S.A.W Penyuluh Kehidupan Ummah
c) Rasullah S.A.W Idola Ummah
d) Ummah Berkualiti Tuntutan Islam
e) Rasulullah S.A.W Ikutan Sepanjang Zaman
f) Muhammad S.A.W Hadirmu Membawa Rahmat.
g) Akhlak Rasulullah S.A.W Cermin Keindahan
h) Rasullah S.A.W Lambang Insan Cemerlang.
i) Cintakan Allah Cinta Rasulullah.
j) Rasulullah S.A.W Sunnahmu Pedoman Kehidupan
5.Setiap sepanduk dibenarkan untuk mempamerkan perkara-perkara berikut:
a) Logo Agensi
b) Nama Agensi
c) Sebarang rekabentuk kreativiti hiasan tambahan.
Disedia dan diedarkan oleh

Pejabat Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah
(PEKIDA
8558,
Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel:
03-87369645 Tel/Fax: 03-87399645
Email:
rnd@pekida.org
Website:
http://www.pekida.org

Semua pertanyaan mengenai web ini sila hubungi
[urusetia].
Last updated: 03/16/07.