Untuk Melayari Paparan Yang Lain, Sila Kembali Ke

MINIT MESYUARAT 01
Jawatankuasa Kerja Sambutan Maulidur Rasul 1428H
Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Saujana Impian,
Kilometer 22, Jalan Cheras Kajang,
Selangor
Tarikh : Jumaat 23hb Februari 2007
Masa : 2:30ptg.
KEHADIRAN:
No Nama Jabatan
1 Datuk Dr Ujang Bin Bagong J.P Pengerusi
2 Dr. Hj. Masjuki Bin Hj Mohd Musuri Timbalan Pengerusi
3 Ustaz Saiful Nizam bin Izhar Setia usaha
4 En. Omar bin Md Noh Penolong Setiausaha
5 En. Mohd Firdaus bin Mohd Ideris Bendahari
6 En Khalinan Pekida / Urusetia
7 En Azli Pekida / Urusetia
8 En. Haikal Pekida / Urusetia
9 Hj Azmi Bin Hassan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu langat
10 C/Inspektor Rahiman Polis Kajang
11 Sharuddin B Yusoff Pej. Pelajaran Daerah Hulu Langat
12 Noor Adelin Bt Nordin Wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Hulu Langat
13 Nani Bin Sikin AADK Hulu Langat
14 Hasrulaznam AADK Hulu Langat
15 ASP Mansor Mohayat Penjara Kajang
16 Rosli Bin Hashim Pejabat Belia Dan Sukan
17 Baharuddin Shuib PPD Hulu Langat
18 Aris Hj Abdul Majid Pemadam Hulu Langat
19 Yuszaimi Bin Osman Pemadam Kg Tanjung
20 Mohd Yatim Bin Abu Idros PSSLM
21 Nazri Md Nusi Kolej Politech MARA
22 Mohd Shahril Rapnah MPKJ
23 Cik Gu Taha Pej. Pelajaran Daerah Hulu Langat
24 Ustaz Baharuddin Giman Pejabat Pentadbiran Agama
Daerah Hulu langat
Mesyuarat bermula jam 3.10 petang dipengerusikan oleh Pengerusi Pengelola, Datuk Dr Ujang Bin Bagong, J.P.yang kemudiannya meminta Timbalan Pengerusi Pengelola, Dr. Hj. Masjuki bin Hj. Mohd. Musuri untuk mempengerusikan mesyuarat hingga akhirnya.
AGENDA MESYUARAT
1. UCAPAN PENGERUSI PENGELOLA – DATUK DR UJANG BIN BAGONG J.P.
a. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir kerana menunjukkan keperihatinan terhadap usaha mengekalkan program mengikut takwim Islam yang sudah lama tidak diadakan di daerah Hulu Langat ini.
b. Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih terhadap pegawai PPD kerana telah bermurah hati untuk mengizinkan prasarana dewan mesyuarat yang amat selesa.
c. Mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia Program serta merayu agar semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada usaha Timbalan Pengerusi Pengelola yang juga merupakan Ketua Penyelaras sekretariat dengan menyumbangkan apa saja idea dan sokongan material yang termampu bagi menjayakan Program besar ini.
d. Beliau kemudiannya meminta Dr Hj Masjuki untuk mempengerusikan mesyuarat.
2. UCAPAN TIMBALAN PENGERUSI PENGELOLA
a. Sambil meminta izin jemaah untuk mempengerusikan Mesyuarat, beliau turut mengucapkan selamat datang dan jutaan penghargaan kepada semua yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen dan sokongan yang jelas terhadap Program ini.
b. Beliau juga menyampaikan salam Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat yang dimaklumkan sedang menghadiri kursus serta menjelaskan komen dan saranan balas Tuan Pegawai Daerah hasil perbincangan awal dengannya tentang program ini.
c. Beliau menjelaskan matlamat asal penganjuran Program Maulirurrasul ini dan kesan baiknya secara menyeluruh terhadap usaha memperbaiki keadaan ummat Islam khususnya di Daerah Hulu Langat ini.
3. PENGESAHAN PERLANTIKAN JAWATAN KUASA
Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju dan mengesahkan perlantikan Ahli Jawatankuasa Kerja terbaru yang telah di lantik dan disahkan seperti berikut.
PENAUNG : Tuan Pegawai Daerah Hulu langat
Pengerusi Pengelola : Datuk Dr Ujang Bin Bagong, J.P.
Timbalan Pengerusi Pengelola : Dr Hj Masjuki Bin Hj Mohd Musuri
Naib Pengerusi Pengelola : Cik Gu Aris Hj Abdul Majid
(Cadangan Pengerusi selepas mesyuarat)
Setiausaha : Ustaz Saiful Nizam bin Izhar
Penolong Setiausaha : En. Omar bin Md Noh
Bendahari : En. Mohd Firdaus bin Mohd Ideris
Penolong Bendahari : Cik Maizatul Azlina Binti Alias
AJK terdiri dari wakil-wakil Jabatan dan Organisasi berikut:
1. YDP Majlis Perbandaran Kajang
2. Jabatan Pelajaran Daerah Hulu Langat
3. Polis Di Raja Malaysia Daerah Hulu Langat
4. Ketua Pegawai Kor Bekalan, Angkatan Tentera Malaysia (Kem Sg Besi & TUDM Sg Besi)
5. Jabatan Bomba Hulu Langat
6. Jabatan Penjara Kajang
7. Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya, Daerah Hulu Langat
8. RELA Hulu Langat
9. Jabatan Kesihatan Hulu Langat
10. Jabatan Penerangan Hulu Langat
11. Penghulu Penghulu Daerah Hulu Langat
12. Ketua–Ketua Kampung & Imam Masjid Sg. Kantan/Kg Paya/Kajang
13. Persatuan Bulan Sabit Merah Hulu Langat
14. St. John Ambulance Hulu Langat
15. Rukun Tetangga / Jabatan Kebajikan Masyarat Hulu Langat
16. Pejabat Zakat Selangor
17. Jabatan Agama Islam Selangor / Pejabat Tadbir Agama Islam Daerah Hulu Langat
18. Jabatan Pembaguna Luar Bandar/Kemas Hulu Langat
19. Pegawai Jabatan Pembangunan Belia & Sukan Daerah Hulu Langat
20. Jabatan Orang Asli Hulu Langat
21. Bahgian Hal Ehwal Pelajar IPTA/IPTS di Daerah Hulu Langat
22. IKBN Daerah Hulu Langat
23. Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) Hulu Langat
24. Tenaga National Kajang
25. Telekom Malaysia Kajang
26. SYABAS Daerah Hulu Langat
27. Bank Islam / MBB / CIMB Kajang
28. Pertubahan Wanita Islam Kajang / Hulu Langat
29. Pekida - Bandar Technologi/Bangi/Kajang/Unit R&D, Latihan & Perhubungan Awam
PEMERIKSA KIRA-KIRA :
1. Akan dicadangkan oleh Pengerusi Pengelola
2. Akan dicadangkan oleh Pengerusi Pengelola
4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA PROGRAM
Setiap ahli mesyuarat telah menerima senaskah Kertas Kerja program (pindaan perta selepas pembentangan awal kepada Tuan Pegawai Daerah) sebagai rujukan.
1. Pengenalan
Semangat mengenang jasa Rasulullah yang dahulunya sering dinanti-nantikan oleh masyarakat melalui program perarakan dan perhimpunan tahunan ini telah mulai dilupakan di peringkat daerah waktu ini. Daerah Hulu Langat juga tidak terkecuali dari kelalaian ini.
Oleh itu Kertas kerja ini dirangka untuk memfokuskan kepada penganjuran Program Perarakan Raksasa sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Hulu Langat anjuran bersama PEMADAM Daerah Hulu Langat, Pejabat Daerah Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang.
KOMEN : DITERIMA SEBULAT SUARA
2. Objektif
Program ini bertujuan untuk ,
KOMEN : DITERIMA SEBULAT SUARA
3. Tempat dan Tarikh
|
|
Pada 31 Mac 2007 |
|
|
Dari Jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tgh. |
|
|
Bertempat di Stadium Kajang dan berarak ke Masjid Jamek Kajang. |
KOMEN MESYUARAT :
Ustaz Baharuddin dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam menyarankan agar tarikh ditunda sehari selepas program Maulidurrasul peringkat kebangsaan (Ahad, 1hb April) kerana banyak pegawai agensi kerajaan dan VIP jemputan terlibat dengan program peringkat pusat dan negeri.
KEPUTUSAN MESYUARAT:
Pengerusi menerangkan bahawa perkara yang sama telah diutarakan oleh Tuan Pegawai Daerah yang akan mendapatkan kepastian dari pihak kerajaan negeri dan Pusat sekiranya ada kekangan protokol. Pihak urusetia akan merujuk semula kepadanya untuk cadangan ini dan cadangan diterima sebulat suara untuk menyerahkan kepada Tuan Penaung Program menetapkan tarikh muktamad.
4. Kumpulan Sasar
Kumpulan-kumpulan atau individu-individu yang difokuskan untuk program ini adalah:
a. Golongan yang terlibat dalam perarakan :
1. Pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan IPTA/IPTS.
2. NGO-NGO, Persatuan-persatuan penduduk, Rukun Tetangga dan parti Politk seluruh Hulu Langat.
3. Agensi-agensi kerajaan.
4. Masjid-masjid sekitar daerah Hulu Langat.
5. Syarikat-syarikat korporat dan kilang-kilang.
b. Jemputan khas sebagai tetamu Prihatin & Penyumbang
1. Pemimpin-pemimpin agensi kerajaan.
2. Pemimpin-pemimpin badan Korporat & Swasta.
3. Pemimpin-pemimpin parti politik pelbagai fahaman.
4. Pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan (NGO).
5. Wartawan-wartawan.
6. Semua anggota masyarakat.
c. Jemputan Khas - terdiri daripada:
1. VVIP – YAB Menteri Besar Selangor
2. VIP –
a. Menteri,
b. Ahli Parlimen, Senator dan ADUN,
c. Ketua-ketua jabatan agensi kerajaan
d. Pengarah-pengarah syarikat korporat,
e. Pemimpin-pemimpin NGO dan parti politik seluruh Daerah Hulu Langat.
f. Penyumbang individu.
KOMEN : DITERIMA SEBULAT SUARA
5. Aturcara Program
Majlis akan di penuhi dengan program berikut,
|
|
Perhimpunan maulidur Rasul di Stadium Kajang |
|
|
Perarakan raksasa dari Stadium Kajang ke Masjid Jamek melalui bandar Kajang. |
|
|
Pertandingan selawat, pakaian, disiplin peserta dan sepanduk terbaik sepanjang perarakan. |
|
|
Kaunter Kesihatan – unit pemeriksaan & rawatan kesihatan percuma |
|
|
Kutipan derma kilat untuk pembiayaan Program dan Pembangunan Rumah Pengasih Datuk Ujang Bagong. |
|
|
Persembahan Pentas - Nasyid dan sajak berkaitan Maulidurrasul. |
|
|
Sedikit ucapan aluan dari VVIP atau VIP. |
|
|
Forum/ceramah Maulidur Rasul. |
|
|
Penyampaian hadiah kepada pemenang perarakan dan cenderahati kepada VIP, penceramah dan para penyumbang. |
|
|
Jamuan makan tengahari & bersurai. |
KOMEN :
· Ustaz Baharudin menerangkan ketetapan pihak Kerajaan Negeri untuk disiplin perhimpunan dan perarakan sebagai panduan program di peringkat Daerah.
· Tema majlis belum diketahui oleh pihak Pejabat Agama dan Urusetia akan mendapatkannya sendiri dari JAKIM ATAU jais.
CADANGAN JEMAAH MESYUARAT :
· Laluan perarakan diserahkan kepada pihak setiausaha untuk membincangkannya dengan pihak PDRM agar ianya lebih mudah dan tidak mengganggu lalu-lintas dan memudaratkan banyak pihak yang akan mencemarkan matalamat program.
· ACARA Forum digugurkan dan digantikan hanya dengan Ceramah Pendek (sekitar 30 minit).
· Menyerahkan kepada kebijaksanaan Urusetia Sekretariat Program untuk menyesuaikan dengan keadaan seperti faktor cuaca, suasana, masa dan menyesuaikan aturcara dan disiplin program dengan menimbangkan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS dan JAKIM
· Melaksakan program mengikut kemampuan modal yang diperolehi bagi perlaksanaan program-program yang telah dicadangkan tanpa membebankan mana-mana pihak.
CADANGAN DAN KOMEN DITERIMA SEBULAT SUARA.
6. Perancangan, Pengurusan dan Perlaksanaan Program
Bagi mempercepatkan dan melancarkan lagi proses persiapan dalam waktu singkat ini, adalah dicadangkan agar segala urusan dari awal hingga akhir majlis diuruskan oleh syarikat PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT di bantu oleh Sukarelawan dari Agensi Kerajaan, NGO-NGO dan IPTA/IPTS secara pengswastaan.
PEKIDA PRO EVENT MANAGEMENT yang dimilikki dan di urus sepenuhnya oleh Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pekida Malaysia dipilih berdasarkan kelengkapan dan kepakaran pengurusan majlis dari kalangan anggota-anggota yang dimilikki.
KOMEN : DITERIMA SEBULAT SUARA
7. Manual Perlaksanaan Program
Manual atau tertib persiapan program adalah seperti berikut.
1. Penyediaan kertas konsep asas program. Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan asas dari pihak-pihak penganjur dan pelaksana program melalui perhubungan lansung atau mesyuarat khas.
2. Mengaktifkan satu bilik gerakan projek – cadangan di Pejabat Pro Event Management di alamat 8558, Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang.
3. Perlaksanaan kerja menyediakan, mencetak dan mengirim kad Jemputan dan surat rayuan sumbangan kepada para penyumbang melalui kiriman kad jemputan khas dan kertas kerja program melalui kaedah pos, email, faks dan diikuti tindakan susulan secara perbincangan bersemuka melalui pertemuan peribadi atau panggilan talipun.
4. Pelawaan rasmi penyertaan peserta perarakan dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah-sekolah, IPTA serta kumpulan-kumpulan yang disasarkan.
5. Pelawaan bantuan sukarelawan dan petugas-petugas khas bagi urusan keselamatan, pertolongan cemas dan-lain-lain dari pihak agensi keselamatan, pusat pengajian tinggi dan sebagainya.
6. Kerja-kerja persiapan bahan dan artwork untuk cetakan banner, risalah dan buku cenderamata khas yang memuatkan segala maklumat program termasuk butir-butir penyumbang dan mesej khas dari Pegwai Daerah selaku Penaung projek dan pihak-pihak VIP yang terlibat.
7. Memuatkan ke dalam website khas www.pekida.org/maulid segala kandungan buku cenderamata, termasuk butir-butir sumbangan dan jemputan serta segala maklumat yang berkenaan dengan projek ini untuk rujukan umum.
8. Kerja-kerja cetakan tag nama dan sijil penghargaan untuk jemputan VIP, urusetia, sukarelawan dan petugas rasmi.
9. Permohonan Rasmi untuk permit perhimpunan, penggantungan sepanduk dan perarakan dari pihak-pihak yang terlibat seperti PDRM, Majlis Perbandaran dan lain-lain.
10. Perlaksanaan kerja-kerja siar raya termasuk mewar-warkan program perarakan dan perhimpunan di media masa, media elektronik dan kerja-kerja pemasangan sepanduk di seluruh bandar, pekan-pekan dan Kampung-kampung di Hulu Langat (jumlahnya bergantung kepada dana tajaan sepanduk yang diperolehi).
11. Menyediakan bahan dan mencetak buku manual program untuk rujukan Jawatankuasa Penganjur, petugas dan pihak media.
12. Mengumpulkan para sukarelawan mengikut kumpulan dan penyampaian taklimat tugas mengikut buku panduan.
13. Persiapan tempat seperti kerja-kerja menghias dan membersihkan tapak, masjid & stadium, pemasangan kemah, susun-atur kerusi, pemasangan PA Sistem dan sebagainya
14. Persiapan juadah dan kelengkapan sambutan.
15. Menyediakan Penyambut dan pelayan tetamu khas untuk setiap tetamu berdaftar dan penyumbang yang turut hadir, samada dari golongan VVIP, VIP, ahli dan pemimpin politik, NGO, ahli korporat dan orang ramai yang akan diumumkan kehadiran & kepulangannya .
16. Majlis akan diserikan dengan pameran, khidmat kesihatan percuma, forum perdana daripada pihak JAKIM atau JAIS, ucapan alu-aluan ringkas dari VIP, bacaan sajak Maulid serta persembahan nasyid dari pihak urusetia.
17. Mempersiapkan liputan media dan rakaman video serta gambar fotograf di sepanjang majlis.
18. Kerja pembersihan kawasan selepas perjalan majlis secara menyeluruh bersama-sama pihak Majlis Perbandaran Kajang dan sukarelawan.
KOMEN : DITERIMA SEBULAT SUARA
8. Keperluan Logistik dan Kelengkapan Majlis
|
|
40 Khemah dan 3000 kerusi di perkarangan Masjid. | ||||||
|
|
Perhiasan Meja dan kerusi VIP di masjid dan stadium. | ||||||
|
|
P.A Sistem di Masjid dan stadium | ||||||
|
|
Sistem Video & tayangan multimedia. | ||||||
|
|
30 unit Sistem Radio Bergerak (walkie talkie). | ||||||
|
|
Juruhebah (DJ) dan Pengerusi Majlis (MC) DI Stadium dan Masjid. | ||||||
|
|
Kelengkapan Katering
|
||||||
|
|
Pemasangan Pentas 16 x 20 ka dan perhiasan pentas. | ||||||
|
|
Kelengkapan lampu dan kipas di pentas dan kemah. | ||||||
|
|
3 Kamera & jurukamera foto. | ||||||
|
|
2 Kamera & jurukamera video. | ||||||
|
|
Pengawal lalulintas dan tempat letak kereta. | ||||||
|
|
Pengawal Keselamatan (Crowd Control). | ||||||
|
|
Penyambut tetamu Awam & VIP. | ||||||
|
|
Pelayan Khas tetamu VIP. | ||||||
|
|
Pengangkutan OKU dan petugas untuk hadir ke majlis. | ||||||
|
|
Tandas bergerak. | ||||||
|
|
Kaunter unit kesihatan, kecemasan & rawatan percuma. | ||||||
|
|
Kaunter pameran anti dadah oleh AADK dan Bahgian Anti Narkotik PDRM | ||||||
|
|
kumpulan Kompang dan Nasyid |
KOMEN DAN KEPUTUSAN MESYUARAT :
Pengerusi mesyuarat menerangkan bahawa hasil perbincangan dengan Tuan Pegawai Daerah mencadangkan agar ditiadakan pukulan kompang sepanjang perarakan agar tidak mengganggu selawat. Oleh itu ianya hanya akan dimainkan sebagai alu-aluan sambutan ketibaan VIP sahaja.
Cadangan Jemaah Mesyuarat diterima agar
· Menyerahkan kepada kebijaksanaan Urusetia Sekretariat Program untuk menyesuaikan dengan keadaan seperti faktor cuaca, suasana dan prasarana Masjid, masa dan jumlah modal yang diperolehi bagi perlaksanaan program-program yang telah dicadangkan.
· Menulis surat rasmi memohon sumbangan khidmat dan penggunaan peralatan dari semua jabatan yang terlibat.
· Menulis surat rasmi melalui jabatan tertentu untuk mendapatkan Urusetia atau Sukarelawan tambahan bagi membantu kelancaran majlis.
9. Sumbangan yang diperlukan
|
|
Sumbangan tunai
untuk
perbelanjaan umum keperluan sarana majlis perarakan dan perhimpunan seperti
|
||||||||||||||
|
|
Sumbangan Kenderaan majlis – untuk mengangkut petugas, peserta dan tetamu yang memerlukan, termasuk dari tempat transit ke stadium sebelum perarakan. | ||||||||||||||
|
|
Sumbangan
tenaga sukarelawan
– program ini memerlukan sekitar 400 orang sukarelawan yang sanggup
menyumbangkan tenaga untuk
|
||||||||||||||
|
|
Sumbangan berupa peralatan keperluan majlis dalam bentuk apa saja yang tersenarai di atas maupun yang tidak disenaraikan. |
Nota : sais perlaksanaan majlis ini akan bergantung kepada jumlah sumbangan dana dan material yang berjaya dikumpulkan sepanjang masa persiapan yang ada.
KOMEN & CADANGAN:
a) Pengerusi Mesyuarat merayu sumbangan modal awal untuk menampung kos Bilik Gerakan yang telah berjalan lebih 2 minggu seperti kos perhubungan, cetakan, posting, kos perjalanan dan saguhati urusetia.
b) CADANGAN DITERIMA SEBULAT SUARA DENGAN KOMEN YANG SERUPA DENGAN PARA 8 agar pihak Urusetia menggunakan kebijaksanaan untuk menyesuaikan sais perlaksanaan majlis mengikut jumlah sumbangan yang diperolehi dan masa pengurusan yang singkat.
10. Sumber Dana yang dicadangkan
a) Peruntukan dari tabung bantuan Projek Masyarakat oleh wakil-wakil rakyat dan Ahli Parlimen dalam daerah Hulu Langat
b) Sumbangan syarikat korporat
c) Sumbangan peruntukan dari PEMADAM, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Hulu Langat.
KOMEN : DITERIMA SEBULAT SUARA
11. Kesimpulan
Rasa kasih dan semangat bermasyarakat secara Islamik tidak akan menyerap dan bermakna dalam diri kita selagi tidak kita buktikan dengan sama sama menghulurkan bantuan harta maupun tenaga.
Perancangan dan perlaksanaan program ini di rangka begitu rupa supaya setiap yang hadir akan merasa terkesan melalui layanan mesra dan semangat keharmonian bersama pendekatan Islam Hadhari yang diasaskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia melalui satu perhimpunan dan perarakan Maulidurrasul yang telah lama tidak dilakukan di Daerah Hulu Langat InsyaAllah.
Perlaksanaan program ini akan mengurangkan perselisihan faham dan memupuk hubungan kasih sayang (sillahturrahim) sesama insan untuk membentuk sifat-sifat pemurah dan pengasih sesama insan. Semuga Program ini akan meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat tidak kira tua, muda, tanpa mengira fahaman agama dan politik untuk bersatu hati dan saling tolong-menolong untuk mensejahterakan umat manusia yang hidup di daerah Hulu Langat ini.
Akhirnya sama-sama kita berdoa agar Daerah Hulu Langat boleh menjadi contoh kepada daerah-daerah lain dalam memartabat dan mengembangkan Islam melalui konsep Islam Hadhari ini.
KOMEN : DITERIMA SEBULAT SUARA

Sambungan Agenda Mesyuarat...
5. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
a) Mengumpulkan sumbangan tenaga dan peralatan
b) Cadangan tambahan
CADANGAN DAN PERNYATAAN AHLI MESYUARAT:
1. Datuk Dr Ujang menyarankan agar setiap Masjid Daerah Hulu Langat menyumbangkan sekurang-kurangnya 100 bungkus nasi untuk jamuan tetamu. Wakil Pejabat Agama sarankan agar urusetia menulis surat memohon izin dari Pihak Kadi Daerah Hulu Langat untuk tujuan itu.
2. Datuk Dr Ujang bersedia menyumbangkan
a. Sepanduk atau kain rentang (tidak dinyatakan jumlah)
b. 100 Bendera Malaysia
c. Aiskrim untuk kanak-kanak dan tetamu (tidak dinyatakan jumlah)
d. 1000 bungkus nasi.
3. Beberapa jabatan seperti MPK, PPD, Penjara, Pejabat Kebajikan Masyarakat dan lain-lain akan berusaha mendapatkan bantuan peralatan seperti kemah dan kenderaan untuk mengangkut urusetia dan peserta. Surat permohonan rasmi diperlukan dari pihak urusetia.
4. Pihak PPD bersetuju dengan permohonan Urusetia agar menyalurkan jemputan peserta perarakan dan sukarelawan melaluinya.
5. Urusan Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh pihak PDRM
6. Urusan letak kereta diketuai oleh RELA
7. Urusan yang berkaitan dengan hal ehwal kesihatan dan pertolongan cemas, termasuklah urusan jemputan dan manual tugasan dari badan-badan yang berkaitan dengannya seperti PBSM, St. John Ambulance dan sebagainya diketuai oleh pihak Jabatan Kesihatan.
8. Urusan Permit perhimpunan dan laluan perarakan diketuai oleh pihak PDRM dan dibantu oleh Saudara Omar sebagai Penolong Setiausaha dengan surat permohonan rasmi dikeluarkan oleh pihak urusetia.
9. Urusan Permit penggunaan tempat dan penggantungan sepanduk dan streamer diketuai oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang dengan surat permohonan rasmi dikeluarkan oleh pihak urusetia.
6. UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI PENGELOLA
|
|
DATUK DR UJANG mengucapkan terimakasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan berharap apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan lancar. |
|
|
Beliau turut menggesa mesyuarat kedua segera diadakan dengan menjemput semua AJK yang baru dilantik oleh Jemaah Mesyuarat untuk mendapatkan satu penggembelingan tenaga dan idea yang lebih baik bagi menjayakan program. |
7. UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI MESYUARAT
a. Dr Hj Masjuki mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan telah menyumbang banyak cadangan.
b. Beliau menyeru semua urusetia dan AJK program ini agar sentiasa berlapang dada dan melihat hasil program ini dari skop yang lebih matang dan meluas.
c. Beliau memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam mempengerusikan mesyuarat.
8. MESYUARAT DITANGGUHKAN : Pada tepat jam 5.26 petang.


Disedia dan diedarkan oleh

Pejabat Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah
(PEKIDA
8558,
Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan
Tel:
03-87369645 Tel/Fax: 03-87399645
Email:
rnd@pekida.org
Website:
http://www.pekida.org

Semua pertanyaan mengenai web ini sila hubungi
[urusetia].
Last updated: 03/16/07.