Produk Digital » Video
CD Himpunan Ceramah Keluarga : Pembentukan Akhlak dalam Keluarga Islam - Vol 1
Atas permintaan ramai, Rakaman ceramah keluarga yang ditayangkan di channel video kami telah pun kami CD kan mengikut kapasiti penuh. Kami prihatin atas kesukaran mereka yang dapat melihat nilai serta kesan pendidikan dari koleksi video itu namun sukar menayangkannya kepada ahli keluarga yang memerlukan terutama yang tiada talian internet. Tayanga di CD lebih terang besar berbanding tayangan dari internet. *** Beruntunglah anda yang kesempatan untuk membuka channel video kami, dan dibukakan mata hati (ulul albab) untuk mengesan nilai pendidikan dari Video ceramah keluarga itu dan teringin pula untuk memanjangkan ilmu yang terselit disebalik perbincangan keluarga itu kepada keluarga dan kenalan sebagai usaha dakwah yang mudah. *** Semuga usaha kami yang sedikit tetapi berterusan ini akan dapat membantu kerajaan mengubah mentaliti dan nasib generasi Melayu dan Masyarakat Malaysia akan datang. Sumbangan yang anda bayar untuk CD itu bukan lah untuk CD semata-mata, malah ia akan digunakan untuk kesinambungan program pendidikan kami yang tidak mendapat suntikan dana dari mana-mana, bahkan untuk membiayai kos pembinaan Rumah Pengasih dan kos selenggaraan harian nya. Itulah sedikit amalan kebajikan kita untuk Agama, Bangsa dan Tanah air yang membawa kesan berpanjangan. Lebih baik dari meratap merayu kepada Allah, tanpa berusaha dan letih pula berdemonstrasi tanpa memberikan kesan yang pasti. *** Jika perlu panjangkanlah berita dan isi kandungannya sebagai sebahgian dari usaha dakwah kita bersama. Salam.


