| HAMBA
MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT
Ertinya:
Daripada
Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian
Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang
hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih
mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau
begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa
hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut
dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu
berlumba-lumba untuk membuat binaan".
H.R.
Muslim
|
|
Keterangan
Di antara tanda
qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan
hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka
anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri.
Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah
merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba
menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di
mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik.
Tanda kedua pula
bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia
mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan
bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain.
Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin
pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu
kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah
dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.
TAMAT |