|
Keterangan
Hadis di
atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat
atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan,
kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan
menimpa semua orang yang berada di tempat itu.
Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi
orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan,
walaupun masing-masing pada hari qiamat akan
diperhitungkan mengikut amalan yang telah
dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan
hendaklah segera dibasmikan dan segala
kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya
tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan
menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran
dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa
semua penduduk yang berada di tempat itu.
Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara
khusus tentang bangsa Arab tetapi yang
dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di
dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara
khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari
kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada
masa permulaan penyebarannya adalah
kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan
sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu
pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan
maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak
bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu
sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam
adalah bahasa Arab.
Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua
bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang
dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan
bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka
ditutup oleh Zul Qarnain dan
pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan
tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat
keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat.
Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan
hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari
kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan
dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi,
ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat
sekali tibanya.
TAMAT
|